Proses membersihkan wajah merupakan aktiviti harian yang perlu dilakukan sekiranya anda mengenakan solekan. Sebelum tidur pastikan tiada secalit sisa solekan pun tertinggal di wajah kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit muka di kemudian hari.
Biarpun nampak mudah, namun sebenarnya membersihkan solekan bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ada beberapa kesalahan yang perlu dielakkan supaya tidak memberi kesan buruk kepada kulit muka.
.
Hanya Menggunakan Tisu Membersih Solekan
Ramai dari kita yang menggunakan tisu membersih atau makeup wipes untuk cara mudah membersihkan sisa solekan. Tidak dinafikan memang car aini parktikal dan pantas namun anda harus sedari yang ia hanya membersihkan bahagian luaran dan tidak membersihkan secara mendalam.
Menggunakan Kain Kering Atau Air Sejuk
Untuk membersihkan wajah lebih sesuai jika anda menggunakan air suam kerana ia boleh melegakan sekaligus melembutkan kuliy. Gunakan kain microfiber dan lakukan Gerakan berputar secara lembut pada kulit. Jangan gosok keterlaluan sehingga kulit terasa pedih. Kain tersebut boleh direndam ke dalam air suam dan tekapkan di muka bagi menguraikan kesan solekan agar lebih senang dibersihkan. Penggunaan air suam juga membantu membuka pori dan membuang sisa solekan yang masih ada.
Salah Pilih Produk Pembersihan
Anda harus mengenali jenis kulit wajah anda sebelum membeli pembersih muka. Sama ada ia jenis kering atau berminyak. Jika kulit wajah anda jenis yang keriang gunakan pembersih muka jenis creamy adan milky kerana selain membersih ia membantu melembapkan. Manakala jika anda merupakan individu berkulit berminyak, gunakan foaming cleanser kerana ia bersifat kering dan boleh menghalang minyak yang keterlaluan. Memilih pembersih muka yang tepat membantu mengurangkan iritasi kulit wajah.
.
Membersih Mengikut Aturan
Bila membersihkan solekan diwajah jangan gunakan satu kain pembersih untuk semua bahagian wajah, sebaliknya bersihkan bahagian tertentu terlebih dahulu agar bersih secara menyeluruh. Cuci bahagian mata terlebih dahulu kerana solekan tebal banyak tertumpu di bahagian ini, gunakan micellar water dengan banduan kain kapas. Kemudian bersihkan pula bahagian bibir anda ahar tidak tercela dengan sisa lipstick. Akhir sekali barulah berseihkan bahagian kulit wajah yang lain.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI