umrah

Berpeluang mengerjakan Umrah dan menjadi tetamu Allah S.W.T merupakan impian setiap umat Islam di muka bumi ini. Sudah tentu kesemua para jemaah yang datang berharap untuk mendapat umrah yang mabrur dan sempurna apabila pulang semula ke negara masing-masing.

Namun begitu, terdapat beberapa kesalahan semasa umrah yang sering dilakukan para jemaah kerana dilihat remeh akan tetapi akan hanya menghampakan harapan anda sendiri. Bukan itu sahaja, anda turut perlu membayar dam akibat kesalahan “kecil” ini.

Berikut merupakan kesalahan semasa umrah yang mungkin hijabi akan lakukan:

Ads

1. Memakai seluar ketat di dalam jubah.

Kesalahan Pakaian Wanita Yang Selalu Dilakukan Ketika Umrah, No Dua Khas Untuk Hijabi Yang Gemar Berkacamata.
GAMBAR: IG Selebriti Mira Filzah (gambar sekadar hiasan)

Jika anda memakai seluar sebegini hanya untuk beribadah di masjid, tidak mengapa. Isunya apabila jemaah wanita ini mula memanjat bukit seperti Bukit Uhud. Mereka akan mengangkat kain jubah untuk memudahkan pergerakan menaiki bukit kerana sudah memakai seluar di bahagian dalam, tetapi seluar mereka teramatlah ketat sehingga menampakkan bentuk betis yang merupakan aurat yang perlu dijaga. Sebaiknya, bawalah seluar yang longgar supaya aurat ini masih dijaga walaupun anda mengangkat kain jubah.

2. Memakai cermin mata menampakkan rambut.

Kesalahan Pakaian Wanita Yang Selalu Dilakukan Ketika Umrah, No Dua Khas Untuk Hijabi Yang Gemar Berkacamata.
GAMBAR: IG Selebriti Neelofa

Memakai cermin mata menjadi satu trend bergaya untuk bergambar kesukaan hijabi untuk merakam kan momen indah dengan pemandangan yang cantik. Hal ini terjadi apabila hijabi yang memakai cermin mata, kadangkala di bahagian tepi muka selalu terkeluar rambut kerana tidak ditutup dengan kemas.

Ingat, aurat merupakan sesuatu yang amat penting untuk dijaga di dalam Islam, jadi pastikan aurat rambut dijaga sebaiknya! Bila berkaca mata hitam, hati-hati! Memang selalu rambut terkeluar bila memakai cermin mata begini sudahnya ibadah batal kerana aurat terdedah.

Ads

3. Berjalan di hadapan orang yang sedang bersolat.

Kesalahan Pakaian Wanita Yang Selalu Dilakukan Ketika Umrah, No Dua Khas Untuk Hijabi Yang Gemar Berkacamata.
GAMBAR: Kartun muslimah

Perkara ini terjadi apabila kita mementingkan diri sendiri dan memang tidak dapat dinafikan, ramai di antara bangsa lain yang juga tidak kisah untuk berjalan melangkah mereka yang sedang bersolat.

Hal ini juga tidak biasa dilakukan oleh rakyat Malaysia, tetapi ketika berada di bumi Mekah dan Madinah, kadangkala kita pun akan terikut kerana melihat perbuatan ini dilakukan oleh orang lain yang juga beragama Islam. Sebaiknya elakkan seboleh mungkin untuk lalu di hadapan seseorang yang sedang bersolat. Jika perlu, tunggulah sehingga orang itu selesai bersolat dan baru berlalu di hadapan beliau. Anda juga dinasihatkan meletak sesuatu di hadapan tempat sujug supaya perkara ini tidak berlaku lagi.

Ads

4. Memakai stokin nipis.

Kesalahan Pakaian Wanita Yang Selalu Dilakukan Ketika Umrah, No Dua Khas Untuk Hijabi Yang Gemar Berkacamata.
GAMBAR: IG Selebriti Amira Othman

Semasa berada di Mekah dan Madinah, amat jarang untuk kita membawa kain telekung ke masjid. Biasanya kita cuma akan memakai telekung atau tudung labuh dan bersolat.
Tetapi haruslah kita periksa dahulu stokin yang dipakai, adakah ianya jarang dan menampakkan warna kulit? Ini juga merupakan aurat yang perlu dijaga. Pakailah stokin yang tebal, ataupun simpan sepasang stokin tebal hanya untuk bersolat jika anda tidak selesa memakai stokin itu setiap masa.

Banyak lagi kesalahan yang hijabi terlepas pandang, sebaiknya sebelum menunaikan umrah mahupun haji ketahui panduan dan tatacara untuk mengerjakan ibadah.

SUMBER: Islam itu indah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI