Kemenangan pasukan JDT menjulang Piala Malaysia minggu lepas memang telah dijangka dan biasalah bila sudah menang, insan-insan yang rapat dengan pemain pasti akan turut terasa tempiasanya. Salah seorang adalah pelakon Mia Ahmad yag dikatakan terlalu excited hingga mencium pipi suaminya, penjaga gol JDT, Izham Tarmizi di khalayak. Namun tindakan spontannya itu telah mencetus kontroversi di kalangan netizen. Ramai yang mengecam tindakan Mia yang dianggap keterlaluan.
Tidak mahu perkara ini terus terusan diperkatakan, Izham dikatakan telah bertanya pada seorang ustaz berhubung rakaman video berkenaan. Menurut Izham, perkara di lakukan Mia adalah secara spontan kerana terlalu gembira dengan kemenangan itu dan bukanlah sengaja menunjuk kebahagiaan di tempat umum.
Artikel Berkaitan: Hukum Suami Yang Suka ‘Like’ Gambar Wanita Seksi
Dalam satu screenshoot perbualan yang dimuat turun di instastorynya, Izham telah bertanya hukum seorang isteri mencium pipi suaminya di kawasan umum begitu.
Dia turut meminta agar video berkenaan dipadam dan meminta maaf secara terbuka jika ia memang menjadi kesalahan.
Persoalan itu telah terjawab apabila imam membalas pesanan WhatsApp itu memberitahu bahawa ciuman berkenaan tiada masalah, namun jangan sehingga menimbulkan perasaan seseorang atau nafsu orang yang melihatnya.
Jika ada perasaan begitu, barulah jatuh haram. Malah Imam berkenaan yang juga telah menonton video berkenaan turut memberitahu, jika berlaku padanya, isterinya juga akan melakukan perkara yang sama.
Malah dia turut menerangkan ia adaah tindakan reflek yang tidak disengajakan. Jika kita terlampau gembira segala tindakan yang dibuat kita tidak akan perasaan. Imam itu turut berharap segala penjelasan akan difahami oleh orang di luar sana yang mengecam perbualan pasangan ini.
Sebelum itu, menurut Mia ciuman tu berlaku secara automatik sebab dia terlalu gembira untuk suaminya dan pasukan JDT yang bekerja keras untuk perlawanan itu. Dia menganggap ia adalah perkara normal bila ada rasa gembira untuk suami sendiri.
Nampaknya Izham dan Mia sudah boleh menarik nafas lega dengan penjelasan imam ini. Apa-apapun diharapkan pasangan ini terus cekal menghadai segala dugaan dan rintangan berumahtangga. Maklumlah kedua-duanya adalah ‘public figure’ dan segala yang dibuat pasti akan menarik perhatian ramai.
SUMBER: MSTAR
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MIA AHMAD & IZHAM