Penularan wabak COVID-19 yang semakin berleluasa sehingga mencecah hampir lima ribu kes setiap hari menjadi kebimbangan buat kita semua. Kebimbangan ini turut dirasai oleh figura tempatan yang terkenal dengan jolokon ‘guru fesyen’ ataupun dengan jenama ‘RI’ nya. Siapa lagi kalau bukan Dato’ Rizalman Ibrahim, penaung bagi jenamanya Rizalman Ibrahim.
Baru-baru ini, Dato’ Rizalman memuat naik sebuah status pengumuman tentang PENUTUPAN dan PENYEKATAN penuh untuk semua transaksi perniagaannya termasuklah dengan pekerja dibawah naungan syarikatnya RIC Group Sdn Bhd.
Inisiatif yang dilakukan oleh beliau ini mendapat pujian ramai terutamanya di laman Twitter kerana ia merupakan tindakan berani dan bertanggungjawab untuk bersama-sama mengurangkan kes Covid-19 di Malaysia.
Antara komen-komen positif di laman Twitter yang memuji sikap keprihatinan Dato’ Rizalman dalam usaha untuk mengurangkan kes wabak Covid-19.
Tidak bernokhtah di situ sahaja, Dato’ Rizalman juga menghentikan sementara penjualan talian untuk rangkaian produk ‘supplement’ nya seperti T’Neeq dan T’Neeq Junior sehingga tempoh yang akan diberitahu kemudian.
Justeru, kami di Hijabista memandang hormat kepada beliau atas usahanya ini dan berharap agar tindakannya ini menjadi ikutan kepada beberapa pihak lain untuk bersama-sama mencegah dan menghapuskan wabak COVID-19. Syabas Dato’ Rizalman Ibrahim!
Sumber gambar: Instagram Dato’ Rizalman Ibrahim.