Tidak dinafikan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya.  Begitulah juga yang ditakdirkan perjalanan karier seorang bekas pramugari, Sharifah Lisa yang akhirnya menerima hidayah dari Allah dengan cara sangat menyentuh hati.

Menceritakan pengalamannya dalam satu Hadith Open Mic yang begitu menyentuh perasaan setiap yang mendengar. Setelah 19 tahun bekerja di awan biru, akhirnya Tuhan memberi tanda padanya di tanah suci Mekah.

Dia yang bekerja sebagai pramugari sejak tahun 1996 ketika usianya masih muda. Waktu itu dalam usia berkenaan tidak terfikir soal lain kecuali keseronokan memakai pakaian segaram berkenaan.

Mula kerja sebagai pramugari ketika tahun 1996 lagi.

“Memang saya tidak terfikir tentang konsep tanggung jawab kerana apa yang saya tahu kerjaya sebagai pramugari itu menyeronokkan dan boleh lihat satu dunia.

“Namun sebenarnya tanggung jawab untuk menjaga beratus orang dalam perut kapal terbang ini juga sebenarnya bukanlah satu tugas yang mudah,” katanya yang ketika itu sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Namun begitu, keseronokan dengan kerjaya yang dianggap glamour ini membuatkan dia terlupa dengan tanggung jawab sebagai seorang ibu dan isteri.

IKLAN
Anggap kerja di atas sana sebagai rumah.

“Apabila bekerja di atas sana, saya anggap itu adalah rumah saya. Tidak ada istilah cuti atau public holiday. Hidup kami berlandaskan monthly roaster hinggakan saya lupa suami saya yang banyak menggalas tugas sebagai ibu dan ayah kepada anak-anak ketika ketiadaan saya di rumah.

“Akan tetapi oleh kerana sudah terlalu lama bekerja dan keseronokan juga sudah ‘habis’, barulah saya mula terfikir tanggung jawab sebagai seorang isteri dan perempuan,” katanya lagi yang mula mendapat hidayah dari Allah sejak tahun 2014.

“Tugas sebagai ibu banyak diuruskan oleh suami ketika ketiadaan saya di rumah”.

“Ketika itu saya berpeluang melakukan ibadah umrah. Saya masih ingat kejadian sewaktu mahu mencium hajar aswad, kain telekung saya habis tercabut hingga menampakan anak rambut. Waktu itu saya rasa sangat malu berada depan Kaabah.

IKLAN

“Pada masa itu saya terfikir sampai bila saya mahu terus begini. Allah dah bagi tanda. Sebelum itu ketika waktu bekerja saya pakai kebaya dan rambut pula ‘free hair’, tetapi bila sampai hotel saya akan pakai tudung.

“Saya sebenarnya tidak berani nak berhenti kerana merasakan pekerjaan itulah yang selama ini memberi rezeki kepada saya. Namun selepas kejadian itu, barulah membuka mata dan saya kemudiannya berbincang dengan suami,” tambahnya lagi.

Perkongsian cukup menarik.

Walaupun ada berbincang tentang perkara itu tetapi dia masih lagi teragak-agak dengan keputusan terbaik yang mahu diambil.

IKLAN

“Hinggalah pada tahun 2015, saya dapat surat dan ketika itu saya sedar bahawa Allah dah bagi jawapan. Jadi saya tak perlu sedih terpaksa diberhentikan dan saya anggap ia sebagai satu hikmah.

“Dia beri peluang untuk saya mengenali anak-anak dan berbakti kepada mereka. Saya pergi dengan hati yang tenang dan senang sebab sudah diberikan jawapan.

“Sampai sekarang hati saya tenang dan gembira. Tumpuan kini pada anak-anak dan suami. Tanggung jawab itu saya bayar dan ganti balik dengan masa yang saya hilang ketika dengan mereka dulu,” jelasnya lagi.

DENGARKAN VIDEO PENUH:

BEKAS PRAMUGARI, KISAH DI DEPAN KA'ABAH, MEKAH

"Malunya aku, depan Ka'abah jadi macam ini", kata beliau…Sedutan dari Hadith Open Mic oleh Kengkawanproject. Untuk Musim ke 3 yang akan datang, mereka akan berada di United Kingdom.

Posted by The Rohani on Wednesday, 4 July 2018

SUMBER: THE ROHANI

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI