Kerjasama ALHA ALFA Dan MAHSA University, Angkat Kerjaya ‘Mak Andam’ Sama Taraf Kerjaya Profesional Lain

Share

Solekan dan wanita sudah tidak dapat dipisahkan, malah mereka yang obses tentang solekan sering mencari sesuatu di media sosial. Suapan pelbagai teknik dan godam kecantikan di aplikasi TikTok, membuat ramai wanita pandai bersolek.

Namun adakah ilmu solekan itu sudah memadai dengan belajar di atas talian sahaja. Cukup berbeza hasil sentuhan mereka yang anda panggil jurusolek selebriti dengan ‘mak andam’ (juru solek pengantin). Tetapi adakah taraf mereka sama di mata rakyat atau yang membezakan mereka adalah pengalaman dan hasil sentuhan?

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Di mana ‘level’ sebenar juru solek di Malaysia

Jika dilihat kerjaya juru solek di negara luar, mereka di pandang tinggi di mana keperluan solekan itu penting dalam dalam mewarnai industri.

“Di sini perlu ada kesedaran pada juru solek tempatan untuk meletakkan kerjaya mereka setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti doktor, jurutera dan sebagainya”, ujar Dato Seri Alha Alfa dalam satu majlis menandatangai satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MAHSA University (MAHSA).

Kerjasama antara MAHSA dan Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd (AARLSB) adalah bertujuan untuk memperkasakan kerjasama kemahiran dan akademik dalam pengajaran, latihan, penyelidikan dan pembangunan produk. Ia turut merangkumi program-program pengajian, pertukaran maklumat dan perkongsian kepakaran.

Kerjasama ini juga melibatkan pertukaran penyelidik, tenaga pengajar dan para pelajar di samping penganjuran persidangan kecantikan dan kesihatan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Idea tercetus melalui pengalaman

Tercetusnya idea ini dari pengalaman sepanjang penglibatan kerjaya Dato Seri Alha Alfa sendiri sebagai juru solek selama 10 tahun. Beliau beranggapan kerjaya ini berpotensi besar untuk diangkat sebagai sebuah kerjaya profesional seprtimana karier profesional yang lain.

“Kekangan sebelum ini seperti stigma masyarakat yang mungkin melihat kerjaya ini sebagai ‘kerjaya jalanan’ atau mengelarnya sebagai ‘kerjaya mak andam’, perlu diubah sebagai sebuah kerjaya yang stabil dan mempunyai masa hadapan. Kerana itulah saya berpendapat perlunya sebuah pengiktirafan diberikan kepada kerjaya ini supaya dilihat sebagai prospek yang berkualiti demi memenuhi keperluan dan tuntutan industri.”

Menurut pengasas dan Pengarah Eksekutif AARL, Dato Sri Al Halim Bin Al Fadzil (Dato’ Sri Alha Alfa) , MoU yang dimerterai ini adalah merupakan sebuah permulaan ke arah kerjasama yang lebih besar di masa akan datang khususnya antara MAHSA dan Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd. Kerjasama ini mempunyai perancangan yang unik iaitu untuk mewujudkan sebuah program Diploma di dalam bidang seni solekan dan kecantikan bagi membantu para juru solek di Malaysia yang selama ini tercari-cari pengiktirafan akademik di peringkat universiti.

Metaliti akan merubah perjalanan kerjaya

Melalui bakat yang diasah dan berbekalkan pendidikan, metaliti perjalanan kerjaya mereka akan berubah, dengan cara berfikir dan bercakap pastinya lebih profesional. Usaha ini satu langkah menambah keyakinan mereka supaya kerjaya sebagai juru solek mampu pergi lebih jauh dari apa yang mereka jangkakan.

“Selain itu, kita sendiri dapat melihat bagaimana industri kecantikan di Malaysia, telah berkembang dan telah banyak juga menyumbang kepada kemampuan ekonomi negara.”

“Sebagai contoh, daripada AARL telah melahirkan para stokis, ratusan agent dan dropship yang telah mampu menjana pendapatan bulanan sehingga 5 angka. Malah kami juga telah melahirkan ramai anak didik dalam bidang solekan yang kini telah berjaya menjalankan perniagaan masing-masing.”

Ujarnya lagi, sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan di awal rantaian, agar kitaran yang kita hasilkan adalah sebuah kitaran yang mengangkat martabat kerjyaa MUA secara khusus dan kerjaya Konsultan Kecantikan secara am.

Dalam erti kata yang lain, mesejnya adalah jelas kepada masyarakat, bahawa kesihatan dan kecantikan, adalah komponen yang sering berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. Atas dasar itu beliau secara peribadi melihat kerjasama dengan Universiti MAHSA adalah pilihan yang tepat.

Usaha mendapatkan pengiktirafan

Sememangnya pengalaman dan kepakaran MAHSA dalam bidang akedemik tidak perlu diragui dan kepakaran itulah yang patut diyakini dalam merangka sebuah akedemi pathaway bagi kesinambungan kerjaya para pelajar.

Menerusi kerjasama antara MAHSA dan Alha Alfa Academy ini, anda boleh merencana masa hadapan yang lebih besar. Kerjasama ini bukan melibatkan soal pendidikan semata-mata, tetapi turut membabitkan soal perkongsian kepakaran, pengalaman dan idea, di mana ia akan digunakan dalam urusan penyelidikan pembangunan produk, integrasi pelbagai bidang yang mempunyai manfaat besar kepada industri kecantikan dan kesihatan di Malaysia.

Merencana pelan masa hadapan

Menerusi kerjasama ini, pelbagai perancangan telah dirangka oleh kedua-dua belah pihak sebagai usaha memaju dan merancakkan lagi industri kecantikan dan kesihatan negara ini, dan diharapkan menerusi kerjasama ini juga, ia akan membuka peluang untuk meneroka pasaran antarabangsa.

Naib Canselor MAHSA University, Profesor Datuk Dr Ikram Shah Ismail bertukar MOU dengan Datuk Sri Alha Alfa sambil disaksikan
Pro-Chancellor dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan MAHSA, Tan Sri Dr Haji Mohamed Haniffa Haji Abdullah (tengah).

Bersempena dengan kerjasama ini, pihak MAHSA turut mengumumkan pelantikan Dato’ Sri Alha Alfa sebagai Adjunct Professor bagi menjayakan pengajian Diploma Kecantikan MAHSA University yang bakal bermula pada April 2022.

Sebagai langkah permulaan, pihak Alha Alfa Cosmetics dan MAHSA UNIVERSITY akan mengadakan bengkel-bengkel kecantikan kecil bagi tujuan menjelaskan lebih terperinci tentang program ini di seluruh Malaysia, bermula di Sabah dan Sarawak pada bulan Mac 2021 dan seterusnya ke seluruh semenanjung. Butiran lanjut tentang jelajah ini boleh didapati di platform media sosial Alha Allfa dan MAHSA.

Majlis menandatangani MoU itu telah dimerterai oleh pengasas Alha Alfa Rich Legacy, Dato’ Sri Alha Alfa bersama Pengarah Urusan Kumpulan MAHSA, Dato’ Dr Shahril, yang disaksikan oleh Pro-Chancellor dan Pengerusi Eksekutif MAHSA, YBhg Prof Tan Sri Datuk Dr Haji Mohamed Haniffa bin Haji Abdullah dan Pengarah Urusan Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd, Mohd Al Fareed bin Mohd Al Fadzil. 

Melalui majlis yang sama juga, pihak MAHSA turut melantik Dato’ Dr Norhizan Ismail, mantan Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perubatan, dan Dato’ Eswaran E. Perumal, pengasas Es Tutorial dan Munshi Dewan Bahasa Pustaka sebagai Adjunct Proffesor di MAHSA.

Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
SH