Anda mungkin kerap ‘travel’ ke sana ke mari terutama yang berkaitan dengan urusan kerja. Keadaan ini tentunya  membuatkan sering mengalami ‘Jetlag.’

Jetlag biasanya dialami oleh mereka yang sering travel ke negara orang. Meskipun begitu rasa tidak selesa ini tentunya akan menyebabkan anda rasa tidak bermaya dan letih lesu.

Boleh ikut tip untuk menghilangkan jetlag seperti yang dikongsikan oleh Dr Rizal Abu Bakar ini.

Kerap ‘Travel’ Mesti Selalu Alami ‘Jetlag,’ Doktor Ini Kongsi Cara Nak Hilangkan

 

Nak hilangkan jetlag? Ramai akan angguk. Jetlag berlaku sebab beza masa tempat kita travel dengan tempat tinggal kita.

Contohnya kalau pergi buat umrah. Beza masa 5 jam. Bila balik kita masih dok ikut masa kat Makkah.

Kerap ‘Travel’ Mesti Selalu Alami ‘Jetlag,’ Doktor Ini Kongsi Cara Nak Hilangkan

Masa makan, masa tidur masih kat sana. Tapi kita dah kat Malaysia. Mengantuk dan lapar ikut waktu sana.

Ads

Macam mana nak keluar cepat dari jetlag ni? Senang saja. Elak dari ikut waktu sana dengan buat 3 benda ini:

1. Pukul 12 lebih keluar rumah dan dapatkan cahaya matahari. Benda ini penting untuk reset circadian rhythm atau jam biologi kita.

2. Kalau mengantuk sangat tidur tidak lebih dari 30 minit. Kunci jam. Minta orang kejutkan. Bila bangun terus mandi.

Kerap ‘Travel’ Mesti Selalu Alami ‘Jetlag,’ Doktor Ini Kongsi Cara Nak Hilangkan

3. Makan pada waktu kita bukan waktu negara kita lawat. Ikut timetable Malaysia.

Ads

Kalau lapar sangat tengah malam, ambil sepotong buah saja. Itu dah memadai untuk trick otak yang anda sedang makan. Minum air.

4. Buat senaman ringan waktu atau petang.

5. Gelapkan rumah seawal jam 9:30. Buka lampu satu tempat saja. Ini akan bantu melatonin untuk keluar. Melatonin adalah hormon tidur.

6. Masa nak tidur pastikan suhu bilik sekitar 22-24 darjah celsius. Ini akan bantu melatonin keluar.

Kerap ‘Travel’ Mesti Selalu Alami ‘Jetlag,’ Doktor Ini Kongsi Cara Nak Hilangkan

Ads

7. Pastikan bilik tidur gelap tanpa cahaya. Kalau kulit (organ terbesar manusia) detect ada cahaya, dia akan relay information ke otak kata hari masih siang. Pengeluaran melatonin akan terbantut.

8. Lepas makan malam boleh ambil suplemen magnesium dan ashwagandha. Kedua dua ini akan bantu dapat tidur nyenyak.

9. Elakkan minuman berkafein selepas jam 2.00 petang. Kafein boleh sebabkan tidur terjaga-jaga.

10. Elak dari guna handphone, tengok movie atau aktiviti yang bagi cergas 4 jam sebelum tidur.

Cuba buat 8 ini dulu. Insyaa Allah dapat break cycle jetlag dengan cepat. Selamat mencuba.

Sumber kredit: Dr Rizal Abu Bakar

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/wjCfPZ3nhr4?list=PLwTVJflD5bmE3QfhDp6V46J4iIf1ZJn7N

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI