
Isi Kandungan
ToggleSering kali bila tiba waktu makan tengahari mula lah perut terasa sebu dan badan sudah tidak bermaya. Namun kita tidak boleh memberikan berpuasa sebagai alasan tidak boleh melakukan kerja harian seperti biasa. Jadi kami kongsikan 7 tip yang berguna di bulan puasa ini.
1. Elakkan Makanan Masin Ketika Bersahur
Namun, tahukah anda bahawa lauk-pauk masin sebegitu akan membuatkan tubuh anda cepat kering lalu berasa dahaga? Ini adalah disebabkan reaksi tubuh terhadap garam di mana ia memerlukan kuantiti air lebih banyak untuk membasmi rasa masin tersebut. Jadi, sila elak menikmati makanan yang masin ketika sahur.
2. Kunyah Makanan Sehingga Hancur

Menurut sunnah nabi, seseorang perlu mengunyah makanan 40 hingga 44 kali untuk pastikannya betul-betul hancur sebelum ditelan. Dengan itu, makan dalam kuantiti sedikit pun sudah boleh terasa kenyang!
3. Makan Kekacang & Kurma
Kekacang adalah gabungan nutrien yang penuh termasuklah protein serta lemak dan serat yang baik untuk membuatkan perut cepat kenyang. Jika bosan untuk menikmati nasi ketika sahur, anda boleh makan segenggam kekacang pilihan (gajus/badam/walnut/kacang tanah). Cara ini pasti membantu.
4. Segelas Air Sebelum Makan

Tetapi mengikut kajian saintifik, taktik meminum segelas air sebelum makan adalah terbaik untuk buat perut terasa kenyang.Jadi, sebelum menikmati sajian sahur, terlebih dahulu jangan lupa untuk meminum segelas air kosong.
5. Lebihkan Buah-Buahan & Sayur
Jika ingin menghalang tubuh dari kehilangan nutrien serta kekurangan bendalir, sila makan buah dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang lebih banyak. Setiap jenis buah yang berlainan warna memiliki vitamin dan nutrisinya tersendri.
6. Sibukkan Diri
Di bulan Ramadhan, cuba sibukkan diri dengan tugasan harian seperti menyiapkan kerja sehabis mungkin di pejabat mahupun alihkan perhatian dengan menonton siri televisyen kegemaran ketika hujung minggu. Membaca Al-Quran pun membantu! Bila lagi anda hendak kumpul pahala berlipat kali ganda kan?
7. Makan Bijian Penuh

Bijian penuh seperti oat, biji chia dan granola umpamanya kaya dengan serat dan protein yang boleh menguatkan otot bahkan secara tidak langsung membekal tenaga ke dalam tubuh agar kekal cergas dan bermaya sepanjang hari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Pemakanan Untuk Mengelakkan Penyakit Gastrik. Betul Ke?

Isi Kandungan
ToggleGastrik merujuk kepada keradangan pada lapisan perut. Masalah gastrik boleh menjadi ancaman serius kepada kesihatan jika tidak dipantau dan dikawal dengan betul. Oleh itu, anda boleh ikuti tip pemakanan ini untuk mengelakkan gastrik. Bak kata pepatah “mencegah lebih baik daripada mengubati”.
Gastrik merupakan sesuatu yang tidak asing dari bagi masyarakat di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, gastrik boleh menjadi akut atau kronik. Gastrik akut berlaku secara tiba-tiba dan teruk, manakala gastrik kronik berlarutan dalam jangka masa yang lama. Menurut laman Hello Doktor, di antara gejala gastrik adalah terasa senak, rasa kenyang, sakit perut, dan loya.
Artikel berkaitan: 8 Cadangan Vitamin Terbaik untuk Daya Tahan Badan Lawan Virus. Pastikan Ada Dalam Simpanan!
Jika anda mempunyai gejala-gejala gastrik, segeralah dapatkan rawatan di hospital yang berdekatan untuk menjalani ujian endoskopi. Di situ, anda akan diperiksa jika terdapat sebarang kesan keradangan dan luka pada perut anda. Untuk penghidap gastrik ringan, ia biasanya hilang selepas rawatan. Walau bagaimanapun, masalah ini boleh berpanjangan dan mengancam nyawa dengan menyebabkan kanser perut.
Kanser perut adalah sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian. Kanser perut juga merupakan punca kematian ke-4 utama kanser selepas paru-paru, hati dan kanser kolorektal. Untuk itu, penting untuk anda mengetahui makanan apa yang patut di elakkan dan juga makanan bagus untuk penyakit gastrik.
Punca Gastrik
Meninjau perkongsian dari Bidadari.my, terdapat pelbagai punca masalah gastrik ini terutamanya dari segi pemakanan dan gaya hidup seharian. Antara senarai kemungkinan penyebab gastrik adalah:
- Kuman yang merebak melalui makanan atau air yang tercemar oleh bakteria H. pyroli
- Kesan sampingan ubat tahan sakit seperti aspirin dan ibuprofen.
- Penyakit autoimun iaitu apabila sistem kekebalan tubuh mula menyerang tisu sihat badan pada lapisan perut.
- Tabiat merokok dan minum minuman beralkohol.
- Penuaan yang menyebabkan lapisan perut menipis.
Tip elak gastrik
Seperti yang dinyatakan di atas, faktor pemakanan juga cenderung menjadi antara punca penyebab berlakunya gastrik. Sebagai bukti, penyelidik dari Universiti Illinios iaitu Aqsa Iqbal pernah menerbitkan kajian berkenaan makanan yang menjadi punca gastrik pada tahun 2017.
1.Elakkan Makanan Tinggi Garam
Kandungan garam yang tinggi dalam makanan bukan sahaja menyebabkan masalah gastrik tetapi juga menyebabkan beberapa penyakit berbahaya lain seperti tekanan darah tinggi, serangan asma, osteoporosis, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Kajian itu juga mendapati bahawa penduduk negara yang mengamalkan diet tinggi garam mempunyai tahap gastroparesis yang lebih tinggi daripada penduduk negara yang mengambil kurang meletakkan garam dalam masakan.
Antara makanan yang menyebabkan tinggi kandungan garam adalah daging yang diperap dengan garam, soda, ikan masin, dongchimi (kimchi yang diperbuat daripada lobak putih), daging bakar dan jeruk. Kandungan garam yang tinggi dalam makanan ini akan merosakkan lapisan dinding pada permukaan perut sehingga menyebabkan keradangan. Lebih teruk lagi, kesakitan akibat mukosa yang rosak boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria serta memburukkan keadaan gastrik anda.
2. Pengawet Makanan
Penggunaan bahan pengawet makanan dalam industri makanan bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat makanan, mengelakkan risiko pertumbuhan bakteria yang boleh merosakkan makanan dan memberikan rasa atau warna yang terbaik untuk makanan yang diawet. Menurut kajian terdahulu, pengawet makanan dan pemanis tiruan yang ditambah kedalam makanan ini mempunyai sebatian kimia seperti N-nitrosamines, nitrosamides, dan nitrosaminidines. Untuk pengetahuan anda, bahan kimia ini jika digunakan dalam jangka masa panjang dan kerap boleh menyebabkan gastrik dan seterusnya kanser perut. Contoh makanan yang menggunakan bahan pengawet ialah sosej, nugget, daging beku dalam tin, bir dan wiski. Bukan sahaja tidak sihat, malahan makanan ini juga penyumbang kepada gastrik!
Tip makanan yang bagus untuk gastrik
Seterusnya, kita beralih kepada tip pemakanan yang bagus untuk pesakit gastrik. Makanan terutamanya yang mempunyai kandungan sebatian bioaktif sangatlah bersesuaian. Kandungan sebatian bioaktif dalam makanan ini nampaknya menyumbang kepada perlindungan terhadap risiko penyakit perut.
1.Bawang Putih
Bawang putih kaya dengan pelbagai sebatian aktif dan kumpulan utama yang terdapat di dalamnya ialah allium. Kumpulan allium ini menawarkan pelbagai potensi kesan kesihatan, termasuk kesan antibakteria, antihipertensi dan antikanser. Dengan lebih 2000 sebatian aktif masih ditemui oleh penyelidik, antioksidan dalam sebatian bawang putih dan sulfur berpotensi untuk melindungi perut.
2.Buah-buahan dan sayuran-sayuran segar
Sumber semula jadi dan sumber semula jadi buah-buahan dan sayur-sayuran segar harus digunakan untuk kesihatan kita. Analisis makmal telah menunjukkan kesan kesihatan positif pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Karotenoid, vitamin C, vitamin E, garam mineral dan multivitamin lain adalah antara nutrien yang paling berharga. Beberapa cadangan buah-buahan dan sayur-sayuran segar berdasarkan kajian terdahulu termasuk buah sitrus, cendawan, sayur-sayuran, tembikai, tomato dan banyak lagi.
3.Susu dan produk tenusu
Produk tenusu ini tinggi dengan protein yang boleh membantu membaiki kerosakan sel dan tisu dalam badan dengan lebih cepat. Untuk melegakan simptom gastrik dan yang berkaitan dengan sakit perut, pengambilan susu dan produk sangat disyorkan. Antara jenis susu dan hasil tenusu yang boleh diamalkan ialah susu lembu, susu kambing, susu biri-biri, yogurt, keju dan dadih. Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah orang yang tidak boleh mengambil susu dan produk tenusu kerana masalah kesihatan atau intoleransi laktosa. Namun jangan risau! Anda boleh digantikan dengan susu alternatif seperti susu badam dan susu soya.
Artikel berkaitan: Cuba Amalkan 15 + 20 Petua Ini Kalau Nak Sihat & Tak Mudah Dijangkiti Penyakit.
Sebagai kesimpulan, anda telah mengetahui makanan apa yang patut dielakkan dan juga makanan yang bagus diamalkan untuk mengelak penyakit gastrik. Jika anda mulai merasa tanda-tanda gastrik ini, segeralah ke klinik ataupun hospital kerana ianya masih boleh dikawal jika dikesan di peringkat awal. Jangan dah terlambat baru nak berjumpa doktor ya!
Sumber info dan gambar: Bidadari.my, Hello Doktor, dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kurangkan Portion Makan & Exercise ‘Piloxing’ Cara Dayah Bakar Hilangkan 10 KG Dalam Tempoh 2 Bulan

Sebelum itu personaliti ini tidak kisah dengan saiz bentuk badannya yang agak berisi. Namun dek kerana tuntutan tugasan menyebabkan Dayah Bakar berusaha untuk menurunkan berat badan kepada saiz ideal. Tidak menggunakan cara ekstrem tetapi lebih senang memilih cara yang lebih rileks dan tidak menyakitkan. Kalau dulu beratnya lebih 70 kilogram dan kini hanyalah sekitar 60 kilogram.
Menurut Dayah Bakar selama ini dia cuba menggunakan diet ekstrim untuk menurunkan berat badan tidak berjaya. Tetapi lebih kepada penggunaan mental positif.
“Dayah pernah cuba diet ekstrem tetapi tidak berjaya. Sebaliknya tukar kepada cara mental positif barulah ada kesannya. Bila fikir positif, kita tidak rasa pressure dan stress untuk kurus. Dayah guna naturally dengan makan nasi macam biasa.
“Dulu pernah Dayah stop makan nasi, tetapi tak menjadi. Dayah gemuk balik. Cuma Dayah cuba kurangkan kuantiti nasi. Daripada penuh jadi half. Dari half pula jadi suku. Dayah juga kurangkan pengambilan air manis. Hanya ambil sekali sahaja berbanding dulu siang, petang malam,” ujar Dayah berkongsi tip menurunkan berat badan secara natural.
Selain itu menurut Dayah dia juga turut mengamalkan exercise dan ia memberi semangat untuk menurunkan berat badan.
“Apabila makan sudah berkurangan, kerap exercise menyebabkan kalori terbakar. Dayah juga ada join kelas piloxing yang diajar oleh guru berpengalaman. Kelas ini sebenarnya campuran pilates dan boxing dan selama satu jam memang Dayah rasa nak menangis.
“Dayah akan berpeluh. Memang hasilnya tak sama kalau kita jogging selama dua jam. Cara ini memang boleh bakar lemak secara cepat. Dayah lakukan seminggu sekali dan hasilnya memang sangat berkesan,” ujarnya lagi.
Sebelum ini Dayah mengakui memang ramai yang berkata tentang saiz badannya yang agak berisi. Dia memang marah tetapi tidak berbuat apa-apa untuk mengatasinya.
“Sampailah satu hari Dayah ada meeting dengan pihak produksi yang memberitahu ingin sunting Dayah untuk beberapa program. Dayah melihat ia sebagai satu perkara yang positif.
“Mereka terima Dayah seadanya kerana bakat yang ada pada Dayah. Jadi Dayah fikir apa yang Dayah boleh bagi pada mereka ini. Dayah perlu beri yang terbaik kerana mereka telah beri peluang untuk Dayah,” tambahnya yang mula menjaga kesihatan dan berdisplin untuk tuntutan tanggungjawab yang diberikan.
Menurutnya lagi dia tidak perasa sebenarnya penurunan berat badannya sampailah ada orang perasan dan tegur perubahan fizikalnya.
“Hampir dua bulan melakukan semua itu dan perubahan drastik memang ketara pada diri Dayah. Bagi Dayah macam tetap rasa badan masih besar lagi, tetapi ramai yang kata perubahan diri Dayah.
“Prosesnya memang agak lama. Tetapi dayah puas hati kerana mengamalkan cara ini. Kalau orang lain gunakan cara eat clean, tetapi Dayah memang akan makan nasi setiap hari. Tak makan nasi sehari memang tak boleh.
Artikel Berkaitan: Kisah Abam Bocey Hilangkan 15 KG Dalam Tempoh 3 Bulan
“Dayah lebih gunakan pendekatan diet cara Islam, iaitu lebih bersederhana. Dari segi makan dan juga exercise. Tidaklah hanya kena makan sayur semata-mata, tetapi macam Dayah katakana tadi, portion kena jaga,” katanya yang belum puas dengan berat sekarang, tetapi Dayah tidak mahu bersifat psiko.
Dia yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi mahu menjadi pengantin yang ‘happy’ Dayah tidak mahu terlalu memikirkan soal saiz badan kerana apa yang penting melalui hari bahagia dengan penuh gembira.
KREDIT FOTO: DAYAH BAKAR
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Pemilihan Warna Tudung Yang Sesuai Dipadankan Dengan Jubah Hitam, Para Hijabi Wajib Tahu!

Isi Kandungan
ToggleBuat para hijabi, anda pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu jubah berwarna hitam kan? Ia merupakan fashion item wajib buat para hijabi. Pasti anda kerap juga memadankan jubah hitam dengan tudung hitam kan? Kerana ianya merupakan kombinasi yang paling mudah. Namun, sekali sekala apa kata anda ubah padanan tersebut dengan mengenakan warna tudung yang berlainan?
Artikel berkaitan: Warna-Warna Tudung Yang Mudah Digayakan Dengan Hampir Semua Warna Baju. Selamat Duit!
Jubah merupakan item wajib buat para hijabi. Pakaian ini menjadi pilihan utama untuk dipakai terutamanya ketika ada acara keagamaan. Ianya selalunya panjang, sedikit longgar dan selalunya terdapat kedutan atau lekukan di bahagian pinggang. Selain potongan yang tidak terlalu longgar, jubah juga cenderung mempunyai potongan lurus. Kebiasaannya, para hijabi memilih untuk memakai jubah hitam, ini kerana jubah hitam lebih mudah dipadankan serta berkebolehan untuk menyembunyikan susuk tubuh badan.
Rekomendasi Warna Tudung Yang Sesuai Untuk Jubah Hitam
Di bawah adalah deretan warna tudung yang disyorkan yang sesuai untuk jubah hitam. Bermula daripada tudung berwarna sehinggalah motif yang rancak, warna-warna ini sangat harmoni dan sesuai apabila digandingkan dengan jubah hitam.
1.Kelabu
Para hijabi akan kelihatan ringkas dan elegan dengan tudung berwarna kelabu. Kedua-dua warna hitam dan kelabu ini adalah warna neutral, jadi ia saling melengkapi. Ia tidak begitu berbeza dalam ton, tetapi warna ini akan terlihat kontras dengan jubah hitam anda.
2.Bermotif ataupun bercorak
Tudung yang bermotifkan boleh menghilangkan kebosanan jubah hitam anda. Sebab, tudung motif seperti bercorak boleh mengimbangi jubah hitam polos. Tudung motif ini boleh menjadikan penampilan anda lebih menarik. Terdapat banyak motif tudung yang boleh anda pilih. Anda boleh menyesuaikannya dengan motif kegemaran anda, sama ada garis, bunga, titik polka atau lain-lain.
3.Krim Latte
Tudung dengan warna krim latte mempunyai kesan lembut dan bergaya. Warna tudung asli ini sesuai untuk anda gabungkan dengan jubah hitam. Kedua-dua warna ini saling melengkapi, terutamanya jika anda mempunyai sedikit aksen motif pada jubah hitam anda. Sapukan solekan ringan supaya anda kelihatan lebih bergaya dengan gabungan jubah hitam dan tudung latte krim ini. Bawa juga aksesori beg dengan warna krim latte untuk dipadankan dengan warna tudung.
4. Pink Tua
Bagi anda yang suka merah jambu atau pink, anda pasti gembira dengan kombinasi yang satu ini. Ya, tudung merah jambu terutamanya merah jambu gelap boleh digabungkan dengan jubah hitam. Warna merah jambu gelap tidak jauh berbeza dengan warna beige gelap, justeru dengan tudung merah jambu ini anda tidak akan terlihat terlalu menonjol. Sebagai tambahan, hijabi juga boleh menggunakan aksesori beg berwarna neutral terang, seperti putih, untuk menambahkan aksen pada penampilan anda.
5.Coklat Milo
Tudung milo coklat adalah warna coklat gelap dengan tona sedikit kemerahan. Warna ini lebih cerah daripada coklat mocha. Warna coklat milo boleh menjadi alternatif yang sesuai untuk digabungkan dengan jubah hitam. Warna ini termasuk warna yang tenang, apabila digabungkan dengan jubah hitam anda akan terlihat sangat manis.
6.Kuning Mustard
Mustard ialah warna rempah ratus yang berasal dari pokok sawi yang telah ditumbuk, warna yang dihasilkan oleh biji sawi dalam hal ini adalah kuning kusam. Kuning mustard cenderung mencolok, tetapi ia menghasilkan kombinasi yang hebat apabila dipasangkan dengan warna yang betul. Satu warna yang sesuai ialah hitam. Tudung kuning mustard yang kontras boleh dipadankan oleh neutral jubah hitam. Dua warna ini menjadikan kombinasi yang kontras tetapi elegan.
7.Hijau
Hijau mempunyai pelbagai variasi warna. Warna hijau terutamanya warna hijau tua yang kontras dengan warna jubah hitam boleh jadi gabungan harmoni tau. Dengan warna hijau ini anda akan mendapat kesan yang ringkas dan klasik. Anda boleh menggunakan solekan matte pada solek muka supaya wajah anda kelihatan flawless dengan pakaian yang anda pakai.
8.Merah
Para hijabi pernah terfikir nak pakai tudung merah bila pakai jubah hitam? Gabungan ini juga ternyata mampu menghasilkan penampilan yang anggun dan garang tau. Merah ialah warna yang mempunyai unsur emosi yang kuat, jadi ia meninggalkan kesan yang cukup besar kepada orang yang melihat padanan ini.
9.Putih
Tipulah kalau anda tiada tudung berwarna putih di rumah kan? Putih dan hitam adalah dua warna neutral yang boleh digabungkan dengan satu sama lain. Semestinya para hijabi mempunyai tudung putih di rumah, kerana tudung warna ini mudah didapati dan boleh dicampur dan dipadankan dengan pelbagai warna lain. Warna putih tudung dan jubah hitam membuatkan anda terlihat manis dan anggun. Walaupun nampak ringkas, warna putih ini dapat membantu memancarkan aura positif anda. Jika anda merasakan penampilan anda terlalu monokrom, tambahkan aksesori pada pakaian anda.
Artikel berkaitan: Penting Pilih Warna Tudung Ikut Tona Kulit Bukan Asal Pakai Walaupun Tak Sesuai
Demikianlah beberapa rekomendasi warna tudung untuk digayakan dengan jubah hitam anda. Sekarang, anda tidak perlu bingung lagi untuk mencari warna tudung yang sesuai untuk jubah hitam anda. Ingat ya hijabi, kalau rasa pakaian anda terlampau ‘plain’ anda boleh tambahkan aksesori seperti beg atau rantai.
Sumber info dan gambar: TokoPedia dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI