Seringkali berdepan dengan masalah kesukaran untuk tidur (insomnia) meskipun badan merasa penat dan letih bukanlah masalah yanh harus dipandang enteng kerana ia bakal menjejaskan tahap kesihatan tubuh badan.

Ini kerana, sekiranya anda berdepan masalah sukar untuk tidur, sekaligus menjadikan fikiran tidak tenteram maka ketenangan diri serta waktu tidur akan terjejas.

Kesannya, badan akan menjadi lesu dan tidak bermaya kerana tidak mendapat tidur dan rehat yang mencukupi.

Amalkan Doa Seperti Saranan Rasulullah

Kerap Hadapi ‘Insomnia’ Walaupun Penat? Cuba Amalkan Doa Anjuran Rasulullah Ini!

Dalam Islam, setiap masalah yang kita hadapi pasti ada penawarnya. Sudah pasti penawarnya ada di dalam kitab Al-Quran yang sememangnya menjadi rujukan utama buat kita sebagai umat Islam.

Ada satu doa yang ingin Hijabista kongsikan khusus buat anda yang mengalami masalah sukar untuk tidur, seperti saranan Rasulullah S.A.W.

Ads

اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ، وهَدَأَتِ الْعُيُونُ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ، يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ أَنِمْ عَيْنِي وأهْدِئْ لِيَلِي

Maksudnya:

Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .

Sedikit penerangan mengenai doa mudah tidur ini, ia diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa:

Ads

bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa di atas.

Artikel berkaitan: Amalan Doa Buat Anda Yang Punyai Perasaan Rindu Yang Membuak-buak Kepada Seseorang

Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (Insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi saw ini .

Ads

Jadi, bagi kamu yang seringkali mengalami masalah susah untuk tidur atau Insomnia, bacalah doa ini supaya diberi ketenangan di malam hari, mendapatkan tidur yang lena serta sentiasa berada dalam perlindungan Allah yang maha esa.

Artikel berkaitan: Amalan Doa-doa Yang Membantu Legakan Sakit Perut Ketika Awal Haid

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI