Apabila sudah seharian penat melakukan aktiviti atau pekerjaan, semestinya anda ingin mendapatkan rehat yang secukupnya. Tidur yang diganggu pasti akan membuatkan anda rasa lesu dan lemau keesokan harinya. Kebanyakan orang terjaga dari tidur kerana sering mimpi buruk. Ada ke cara untuk anda elakkan daripada mimpi buruk?
Sebagai manusia biasa kita pasti pernah terlupa untuk membersihkan diri dan mengamalkan doa sebelum tidur mahupun doa apabila terkejut bangun dari tidur. Seringkali ia menganggu hari anda dan antara punca adalah kerana seseorang idividu itu mengalami mimpi buruk. Oleh sebab itu di dalam Islam mengajar anda untuk berdoa sebelum tidur.
Mendapat ketenangan dan berasa aman merupakan perkara utama yang sering kita mahukan. Jadi, buat mereka yang selalu tidur dalam keadaan nyaman tetapi terkejut disebabkan oleh mimpi pasti akan merasakan susah buat mereka untuk bangun di pagi hari dan akan merasakan sangat letih hari anda. Ramai juga orang yang suka terjaga dalam keadaan terkejut.
Artikel Berkaitan: Hati Tidak Tenang Kerana Depresi, Lakukan 5 Amalan Ini Mengikut Cara Dalam Islam.
Keadaan terbangun terkejut ini sangat tidak elok daripada segi kesihatan juga ya. Kadang-kadang apabila mimpi, perkara yang membuatkan seseorang itu mudah terkejut oleh kerana mereka menghadapi mimpi yang sangat buruk atau mendengar suara yang sangat kencang. Jadi perkara sebegini pernah terjadi kepada salah seorang sahabat Nabi Saw. Di mana dia menceritakan kekerapannya selalu terjaga secara mengejut dengan tiba-tiba. Nabi Saw pun mengatakan seperti yang telah diriwayatkan oleh Ibn Sunni,
إذا أويت إلى فراشك فقل: أعوذ بكلمات الله التامة من غضبه ومن شر عباده ومن همزات الشياطين وأن يحضرون.
“Jika engkau ingin pergi tidur, berdoalah terlebih dahulu: “A’udzhu bi kalimaatillahit tammaati min gha dhabihi wa min syarri ‘ibaadihi wa min hamazaatis syayaathin wa an yahdhuruun (Aku berlindung menggunakan seluruh kalimat-kalimat Allah, dari kemurkaan-Nya, dari keburukan hamba-hamba-Nya, dari bisikan-bisikan para setan, dan dari kehadiran setan itu kepadaku”.
Selain membaca doa anda untuk meminta perlindungan-Nya, anda juga boleh mengikuti beberapa sunnah dari Rasulullah SAW apabila anda mengalami mimpi buruk melalui laman sesawang orami.co
adalah:Mengikut sunnah Rasulullah anda boleh ludah sebanyak 3 kali apabila bermimpi buruk. Ludah itu hanya lah perlu meniup saja dan tidak perlu untuk anda mengeluarkan ludah tersebut.
Dijelaskan dalam HR. Muslim, bahawa:
“Apabila salah seorang kamu bermimpi dengan mimpi yang tidak disenanginya, maka hendaklah ia meludah ke kiri tiga kali, berlindunglah kepada Allah dari gangguan syaitan tiga kali.”
Ini perkara biasa orang Muslim perlu lakukan. Hanya membaca A’udzu billahi minasy syaithanir rajim sahaja juga sudah mencukupi. Ia memberi maksud anda berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Mudah dan sekejap sahaja.
Selalunya mimpi buruk tidak disarankan untuk anda menceritakan pada orang lain. Mimpi yang buruk itu kadang-kadang boleh membuatkan orang lain takut. Maka lebih baik berdiam sahaja. Rasulullah juga pernah bersabda bahawa “Sesiapa yang bermimpi buruk, hendaklah mereka meminta perlindungan kepada Allah dari kejahatan dan kejahatan syaitan. Janganlah menceritakannya kepada sesiapa supaya mimpi itu tidak membahayakannya.” (HR. AL-Bukhari)
Artikel Berkaitan: Hati Gelisah & Tidak Tenang Permainan Syaitan, Amalkan Doa Ini Untuk Ketenangan Jiwa & Minda!
Apabila anda mengalami mimpi buruk, anda dinasihatkan supaya jangan tidur terus. Sebaliknya ubah posisi tidur anda dengan posisi yang di ajar oleh Rasulullah SAW. Ini juga agar memberikan anda keselesaan dan tidak dalam keadaan yang sama.
Berwuduk dan Solat semestinya salah satu jalan untuk anda menenangkan hati. Mimpi buruk membuatkan anda menjadi tidak tenang dan tenteram. Perbanyakkan juga untuk beristighfar.
Sumber: Orami.co.id / Bincang Syariah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.