Trend makan tiram mentah kian menjadi perhatian orang ramai. Semakin ramai yang mengidam untuk makan tiram mentah oleh kerana pengaruh perkongsian influencer di sosial media sehingga membuak perasaan ingin tahu dalam diri.

Namun, ramai juga yang telah jatuh sakit selepas menjamu makanan viral itu. Platform sosial media menjadi medan perbahasan mengenai trend memakan tiram mentah ini. Ada juga berpendapat hanya sekadar trend, ramai yang sanggup jatuh sakit.

Teringin nak rasa tiram mentah ‘membawa maut’

Kerana Trend Boleh Maut, Makan Tiram Mentah Harus Di Elakkan

Ya, tidak di nafikan perasaan yang mebuak-buak apabila kita lihat ramai influencer serta perkongsian orang ramai di sosial media tentang trend makan tiram mentah ini. Sehinggakan ada yang boleh menempah tiram mentah terus di rumah.

Tiram ataupun Oysters, merupakan salah satu hidupan laut yang sangat di gemari orang ramai ini mengandungi vibriosis yang boleh membawa maut. Bakteria Vibrio ini selalu di jumpai di laut atau kawasan air masin di mana tiram hidup dan membiak. Kalau anda nak tahu, cara tiram untuk mendapatkan makanan adalah dengan menapis air dari kawasan persekitarannya, jadi bakteria yang sedia ada di dalam air akan terkumpul dalam tisu badan tiram.

Kerana Trend Boleh Maut, Makan Tiram Mentah Harus Di Elakkan

Vibriosis merupakan satu jenis keracunan yang disebabkan oleh jangkitan dari kumpulan bakteria vibrio. Namun, ada sebilangan sahaja spesies bakteria Vibrio yang tidak meberhaya, tetapi sesetengah spesies boleh menyebabkan keracunan dengan gejala yang sangat teruk, seperti bakteria Vibrio vulnificus dan Vibrio parahaemolyticus. Gejala yang sering di dapati adalah cirit-birit dan muntah-muntah, tetapi jangkitan dari bakteria Vibrio vulnificus boleh menyebabkan kematian.

Ads

Artikel berkaitan: Makan Tiram Mentah-mentah Tanpa Perlu Dimasak? Ketahui Hukumnya

Jangan di sebabkan trend, maut menghampiri

Ramai yang telah jatuh sakit akibat mengikut trend makan tiram mentah tanpa di masak. Bahkan telah mendapat banyak kerisauan dari khalayak ramai, masih ada segelintir rakyat di Malaysia beranggapan jika tidak dapat rasa pada waktu sekarang, bila lagi.

Melalui perkongsian di @natashazlkh di Twitter, dia cuba untuk menyedarkan orang ramai terhadap keburukan dan kemudaratan yang boleh di bawa jika makan tiram secara mentah. Respon pengguna Twitter bernama @natashazlkh itu berniat untuk membalas tweet seorang influencer yang tular disebabkan makan tiram mentah dengan harga yang murah sebanyak RM6.00.

 

Ads

“Saya kurang melihat orang ramai berkongsi tentang fakta ini di sebabkan makan tiram mentah di anggap sebagai satu makanan ‘berada’ tapi akan ada akibat jika makan secara mentah…” katanya untuk mengingatkan orang ramai bahaya makan tiram mentah.

Kerana Trend Boleh Maut, Makan Tiram Mentah Harus Di Elakkan

Ads

Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Labuan di pautan Facebook, jualan tiram mentah di gerai-gerai tepi jalan agak tidak sesuai kerana suhu penyimpanan tiram mentah perlu dititikberatkan. Penyimpanan tiram mentah perlu dalam suhu yang sejuk selepas di tangkap kerana tidak mahu ia cepat rosak.

Kadangkala, bila kita ikutkan trend yang viral, kita alpa tentang keselamatan dan kemudaratan yang boleh mengancam nyawa kita. Di sarankan supaya selepas ini kita harus berwaspada dalam menjaga kesihatan diri.

Artikel berkaitan: 21 Makanan Yang Anda Tidak Patut Letakkan Dalam Peti Sejuk, Elakkan Jika Tidak Mahu Hilang Khasiat

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI