Dugaan berat menimpa sebuah keluarga kecil apabila suami serta dua orang anaknya termasuklah dirinya diuji dengan musibah pada waktu yang sama.

Di Facebook, Emmy Farhany Ahmad telah berkongsi kisah mengenai sepupunya, Fatin Elika Elisya yang dimasukkan ke ICU selepas suaminya koma sejak dari dua minggu lalu akibat semput kronik.

Baru sahaja habis pantang selepas melahirkan anak kedua

Salam sahabat dan saudara semua…

Dalam gambar ni sepupu saya Fatin Elika Elisya dan suaminya Aizameen Haqim bersama anaknya. Mereka ada lagi sorang baby girl baru umur 2 bulan dan Fatin baru je habis pantang.

Apa yang cuba saya nak sampaikan… berat ujian sepupu saya sekeluarga ni.. mulanya suaminya kena semput kronik kerana memang ada masalah dengan paru-paru yang sekian lama… masa kena serang tu suaminya dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ICU. Sekarang dalam keadaan koma…

IKLAN

Dalam tak sedar dah hampir 2 minggu dah sebenarnya… sepupu saya Fatin berharap yang suaminya boleh diselamatkan…  malam tadi pula… sepupu saya Fatin pula dimasukkan ke ICU kerana ada jangkitan kuman dalam darah… Fatin terlalu lemah… mulanya suspek denggi… bila darah drop…

IKLAN

Fatin terus rebah sampai biru-biru muka… maybe terlalu berat nak menanggung ujian dan tekanan emosi dalam keadaan baru je habis pantang bersama 2 anak… berat lagi ujian.. Dalam mereka suami isteri di ICU… harini baby pulak warded 😭😭😭 beberapa harini.. baby kena cirit birit sampai berak berdarah.. tu yang pergi hospital…

Tanpa disangka, anak kecilnya itu pula terkena sawan tangis manakala si abang pula mempunyai masalah ekzema.

Rupa-rupanya baby pun x ok… dah la baby dari dalam pantang kena sawan tangis… setiap malam nangis tanpa henti… puas berubat.. tapi tak dapat ubati… hanya mengurangkan sakit saja… anak sulung pun tengah tak sihat.. demam… eczema teruk…  sian si abang… 😭😭😭 saat ini si abang dijaga oleh mak sedaranya…

IKLAN
foto sekadar hiasan

Jadi… saya nak menyeru kepada insan-insan yang mengenali saya… please doakan untuk sepupu saya ni sekeluarga… berikan kesihatan kepada Fatin dan babynya serta anak sulungnya… doakan ada sinar buat Aizameen sedar dari koma dan mereka boleh sekeluarga bersama membesarkan anak-anak. Moga doa kalian diangkat oleh Allah SWT dan hanya Dia saja juga yang dpt membalasnya.

Berat ujian sepupu saya tanggung 😭😭😭

Kuat dik Fatin.. Along dan semua family Haji Sahri sayang kau dik 😢😢😢 Sebak sangat..  saat ni rase mcm useless sangat sebab tak boleh balik kampung.. Bagi moral support kat family.. 😪😪

Sebagai rakyat yang prihatin, sama-samalah kita mendoakan agar Tuhan mengangkat kesakitan yang mereka hadapi ini dan diberi ketabahan untuk meneruskan kehidupan. Amin Ya Rabb.

foto sekadar hiasan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI