Kerana Susu Nilofa, Wanita Ini Temui Jodoh Dengan Pelanggannya Sewaktu COD

Share

Jodoh itu memang ketentuan Allah. Sembunyilah di ceruk dunia mana sekalipun, Tuhan itu tetap ada cara untuk menemukannya. Seperti kisah wanita ini, Siti Hamima

bertemu jodohnya dengan pelanggannya sendiri yang membeli susu Nilofa daripadanya.

Mereka mula berkenalan selepas dia berjumpa sendiri suaminya, Shakir Azman ketika menghantar susu tersebut (COD) kepadanya.

Terkenang memori pertemuan, pasangan ini turut mengabadikan kenangan bersama kotak susu Nilofa di lokasi mereka bertemu buat kali pertama.

Memang sama cantik sama padanlah!

Menariknya, perkongsian itu turut mencuri tumpuan selebriti terkenal, Neelofa selaku pengasas produk minuman tersebut. Beliau turut mengucapkan tahniah dan merasakan pasangan ini layak mendapat sebuah hadiah perkahwinan yang istimewa. Wah, Lofa nak bagi hadiah ke tu?

kredit: Siti Hamima, Neelofa

Published by
QIST