Banyak cara diet yang boleh diamalkan untuk menurunkan berat badan dan salah satu yang popular ialah diet Atkins. Menurut perkongsian @WawaShuhaimi di laman twitter, dia telah berkongsi pengalamannya menurunkan berat badan menggunakan cara ini. Walaupun caranya agak ketat namun ternyata ianya berkesan jika kita betul-betul istiqamah.
Untuk hijabi yang mempunyai semangat yang kuat, bolehlah mencuba cara ini untuk menurunkan berat badan jika dirasakan bersesuaian dengan diri. Cuba dapatkan nasihat daripada pakar dahulu sekiranya tidak yakin. Selamat mencuba hijabi!