Sebelum berhijrah ramai yang tahu kerjayanya adalah sebagai seorang kareografer tarian. Dan selepas masuk Islam juga mualaf ini diuji apabila mendapat tawaran membuat show di podium di beberapa hotel. Namun nasihat seorang wanita yang dianggap bidadari berjaya mengubah pendirianya untuk tidak menerima tawaran berkenaan walaupun bayaran lumayan. Adam Corrie Lee yang baru bergelar bapa ini turut memberitahu isterinya itu berkata dia sepatutnya menjaga maruah seorang wanita. Biarlah tidak mendapat duit yang banyak asalkan hidup lebih dirahmati dan diredai Allah.
Menurut Adam Corrie lagi untuk terus istiqomah memandangkan dirinya seorang mualaf memerlukan bimbingan seorang sahabat yang baik. Dan dia sangat bersyukur kerana isterinya itu merupakan sahabat baik yang selalu menegur membimbing dan menyayanginya untuk lebih mengenal apa itu Islam dan Allah.
Dalam posting terbarunya di instagram, dia mendedahkan masih lagi terus menari kerana amalan itu baik untuk kesihatan tetapi hanya dilakukan untuk diri sendiri dan di rumah sahaja.
Membuat keputusan utk tidak lagi mengajar wanita menari adalah keputusan yang tepat. .
Sebelum syahadah saya sgt aktif menjadi choreographer tarian show di tv, event dan club.
Selepas saya syahadah, dan Alhamdulillah.. Allah ketemukan jodoh saya dgn bidadari setahun kemudian.
Mungkin ada yang meluat saya asyik gelar Isteri saya bidadari . “mcm la isteri dia cantik sgt.. baik sgt.. “
Utk sy terus istiqamah dlm Islam, sahabat yang baik sgt diperlukan. Alhamdulillah bidadari sy adalah sahabat yang baik krn selalu MENEGUR , MEMBIMBING, MEMBANTU, MENYAYANGI saya dlm jln terus mengenal apa itu Islam dan Allah.
Di awal syahadah dan perkahwinan kami, saya pernah mendapat tawaran show secara kontrak utk beberapa hotel & club .. iaitu buat show podium. Tawaran yang sgt lumayan. Saya hanya perlu cari penari wanita utk menari atas podium. Siapa yang tahu menari podium tu mcmmana mesti faham.
Tawaran tersebut tidak disetujui oleh bidadari sy. Dia menerangkan bahawa wanita itu adalah aurat. Sebagai lelaki dan muslim, saya patut membantu menjaga maruah mereka. Supaya tubuh badan mereka tidak menjadi tontonan org lain dgn bergelek. .
Bidadari saya kata, nak duit banyak tp dimurkai Allah ke atau nak rahmat dan redha Allah?
Saya fikir semula.. ye betul.. apa gunanya ada job yg tidak berkat dan hidup dlm kemurkaan Allah . Hidup pasti tak bahagia.
Itulah gunanya mencari teman hidup yang baik utk menegur, membimbing dan membantu kita ke jln yang lebih baik.
Saya masih menari..Sy tetap akan menari sampai bila2 kerana ia bagus utk kesihatan. Tetapi hanya di rumah dan utk diri sendiri shj. .
Hijabista tertarik dengan kisah penghijrahan Adam Corrie yang juga diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah – Saudara Kita (Mualaf) peringkat Negeri Selangor tahun lalu.
Walaupun diduga dengan ujian begitu, tetapi dia tetap berpegang pada ajaran agama Islam dan tetap kekal istiqomah dengan pendiriannya. Moga kisahnya memberi manfaat kepada kita semua.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ADAM CORRIE LEE