Ibu mana yang tidak bangga bila melihat anaknya berjaya di puncak menara gading. Itulah yang dirasai oleh pelakon dan juga penghibur ternama iaitu Didie Alias apabila melihat anak keempatnya, Dayini Ahza berjaya menggenggam segulung ijazah.
Kejayaan Dayini mendapat Diploma Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM) membuatkan ibunya itu berasa gembira dan membuatkannya lebih bersemangat lagi untuk terus bekerja.
Didie meluahkan rasa terharu di laman Instagramnya apabila menghadiri hari graduasi anak gadisnya itu.
Muka ibu yang sangat bahagia bile anak menghadiahkan segulung ijazah. Alhamdulillah terima kasih Allah, walaupun badan nie kadang tak mampu lg nak mengayuh utk mencari rezeki, kerana dorang jgklah semangat mummy tak pernah luntur mencari rezeki untuk mereka mencapai cita2 hingga ke menara gading. Tahniah @yodaney_ mengikut jejak kakak @niyardzn dan abg #dhanjohn we are so proud of u.
Ads
Hilang segala penat lelah Didie apabila melihat Dayini yang kini menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima skrol di atas pentas.
Kebiasaannya, waktu hujung minggu akan dihabiskan dengan mengemas rumah dan menyental apa yang patut. Mana-mana yang terlepas pandang pada hari bekerja akan diselesaikan pada hujung minggu.
Kalau nak kemas rumah, anda tentu mahu memiliki kelengkapan yang mencukupi. Barulah feel nak kemas rumah kan? Kalau ada yang kurang, mood mengemas pun lari entah ke mana.
Anda selalu beli barang kelengkapan untuk mengemas di mana? Tentu anda mahu beli di tempat yang murah tetapi berkualiti. Apa kata anda cuba beli di kedai Eco. Dengan harga serendah RM2.12, anda boleh miliki pelbagai barangan kelengkapan rumah.
Menerusi akaun Facebook, seorang wanita bernama Hani Mynis telah berkongsi 12 barang pembersihan rumah yang wajib beli jika anda ke kedai Eco. Menurutnya, dia seakan sudah obses dan mahu pergi setiap hari. Paling kurang, duitnya akan habis RM20 untuk beli barang-barang di kedai tersebut.
Walaupun harganya hanya RM2.12, jangan terkejut kerana ia sungguh berkualiti dan berkesan. Jom kita lihat 12 barangan tersebut. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
1. Magic Sponge
No 1 atas takhta! Sudah semestinya magic span! Siapa tak kenal magic span punyamagic?? Memang magic sungguh hani rasa macam terharu kejap.
Apa je dia tak boleh cuci?
Bersihkan segala dakwat, pen, permanent marker pen, pensil, crayon kat mana-mana permukaan
Bersihkan kekotoran, watermark, tahi lalat kat lantai bilik air
Bersihkan kesan2 tangan jari kat suis-suis
Bersihkan kesan minyak , minyak sambal kat bekas makanan
Kalau ada orang tanya hani mcm nak hilangkan kesan kotoran sekian sekian, jawapan hani, cuba dulu dengan magic span! Tak berkesan baru cuba cara lain haha
Disebabkan viralnya magic span ni memang bertuah sangatlah haritu kalau terjumpa kat kedai Eco menayang diri untuk dibeli
So option lain, Mr DIY, Daiso dan Shopee!
2. Sabun A1 Advanced Laundry Soap
Kedua!
Sabun basuh baju viral, hani bagitau kat alif ni nama dia bongkah emas sebab nampak ni kat rak mata hani bulat macam nampak sebongkah emas haha
Nama je laundry soap! Nope! Bukan hanya untuk laundry je, sagat dan simpan dalam bekas. Agak-agak tengah rajin nak menyental bawah kuali dan periuk campurkan sabun ni dengan sabun basuh pinggan biasa (nak lebih buih) untuk kesan extra extra shiny!
Masukkan sikit dalam air panas + cuka, mop lantai! Berkilat oit lantai lagi-lagi lantai tiles.
Sabun ni kalau nak basuh baju anak yang putih, baju sekolah hilangkan daki-daki kat kolar baju, tahi lalat kat baju memang berkesan, rendam kejap dalam air panas campur sabun yang dah disagat. Memang magic! Tp kalau malas nak rendam-rendam terus je masuk dalam mesin boleh aja.
Sama macam magic span, disebabkan viralnya susah nak jumpa. Option lain ada jual kat Mydin. Sabun buruh namanya tak silap.
3. Washable Sticky Roll
Ingat tak hani pernah share roller sticker kat cleaning caddy hani? Hani dah tak guna tu, hani dah jumpa pengganti yang lebih power! Haha kenapa power? Sebab roller ni boleh basuh! Tak perlu lagi nak cabut-cabut sticker. Roll and wash. Dah senang bertambah senang kerja den hehe
Fungsi dia:
Khas untuk kutip rambut-rambut, habuk-habuk kecil kat karpet kalau mood malas nak guna vacuum!
4. Super Tot Pencuci Lantai
Nama je RM2.12 tapi dia wangi dan berkilat! Wangi dia memang wangi sungguh. Yang penting tak payah nak bilas, tak melekit!
5. Microfibre Cloth
Ni pun wajib ada lagi-lagi dalam “quick cleaning caddy” hani, bayangkan orang nak datang rumah lagi 30 minit, kita nak kena kemas dan “bersihkan rumah” sikit ala kadar sebelum tetamu datang, jenuh lah kalau time tu juga nak lap habuk bagai kan hehe
Yup pakai sarung tangan ni, sapu je kat mana-mana permukaan yang obvious habuknya tu. Senang kerja ha.
Hani guna masa nak quick cleaning je benda alah ni, lagi berkesan guna ni dari sapu-sapu guna duster, bulu ayam sebab microfiber ni sambil dia bersihkan dia perangkap habuk instead of dia “pindahkan” habuk tu ke tempat lain.
Beli!
6. Wet Tissue
Kalau nak lap kotoran-kotoran kecil kat meja makan atau atas perabot.
7. Berus 2 in 1
Ni berus 2 in 1 terbaik untuk cuci kerak belakang kuali dan periuk yang dah bertahun tak bersental tu.
Hujung besi tu untuk kikis kerak-kerak tu sebelum kita berus dengan berus besi tu. Belakang kuali dan periuk akan berkilat in no time. Jangan lupa masa gosok tu guna sabun viral yang kuning tadi. Shiny!
8. Stain Remover
Sebab dalam kandungan dia ada peluntur macam clorox tu, tuang je dalam mangkuk tandas biarkan 15 minit gitu, hilang segala kotoran tak perlu nak berus dah. Tuang kat lantai pun boleh tapi biarkan dia few minutes “bekerja” lepas tu basuh dengan air.
Elakkan kena kulit, sama macam clorox semua tu.
Kat Mr DIY pun ada benda yang sama, label yang berbeza.
Disclaimer: disebabkan stain remover ni sangat “kuat” dikhuatiri beri effect pada tiles (ada sesetengah jenis tiles tak tahan), curah pada kawasan tile yang terlindung dulu. Letak sikit je tengok kesannya.
9. Colorful Point Brush 3 PCS
Berus dengan tiga jenis berus (faham ke apa hani cakap haha)
Untuk hani bersihkan dapur masak sebab kadang-kadang kat bahagian tungku tu ada keras-keras atau kesan karat susah nak tanggalkan even guna magic span haha. So guna ni terbaik! Memang bersih. Untuk bersihkan jaring dalam oven pun bagus.
10. Penyepit Span, Pembersih Tingkap
Penyelamat tangan dari terluka membersihkan tingkap nako dari zaman kita sekolah. Still relevant sampai sekarang haha. Gunakanlah haha
11. Plastik Sampah Wangi
Memang wangi sungguh, satu dapur bau wangi.
Elok sangat kalau letak kat bakul sampah pampers anak tu ha.
12. Toilet Cleanser
Yang ni walau tak “sekuat” stain remover (lebih mild), hani guna kalau setakat nak cuci-cuci biasa yang mingguan buat. Untuk kotoran biasa-biasa je. Kalau kotoran susah tanggal, guna je stain remover tadi atau clorox.
Kisah mualaf cantik dari Jepun, Nur Arisa Maryam atau Arisa ini benar-benar menjentik perasaan dan keinsafan. Biarpun melalui sebuah ‘perjalanan rohani’ yang cukup luar biasa, namun akhirnya peluk Islam asbab tertarik dengan Bahasa Melayu dan gaya hidup Islam.
Perjalanan hidup Arisa mencerminkan kekuatan iman dan cinta yang mampu mengubah segala-galanya.
Memetik portal Mvslim.com, Arisa yang dilahirkan dan dibesarkan di Tokyo, Jepun tertarik untuk mempelajari bahasa asing. Lalu, dia memilih jurusan Bahasa Melayu di salah sebuah universiti di Tokyo.
Di kampus, Arisa bergaul dengan orang Melayu yang kebetulan sekelas dengannya. Melalui rakan-rakannya, Arisa mempelajari cara hidup orang Islam.
Perlahan-lahan Arisa mula memahami bahawa agama Islam itu indah. Akhirnya Arisa temui hidayahnya dan memutuskan untuk bergelar seorang mualaf.
Ternyata, bukan mudah menjalani kehidupan di sebuah negara dengan majoriti penduduk yang tidak mementingkan agama.
Apatah lagi ketika Arisa memaklumkan kepada keluarganya bahawa dia telah memeluk Islam, reaksi yang diterima luar dari apa yang dijangkakan.
Ibu Arisa memberi respon negatif selain marah dan tidak mengaku Arisa sebagai anaknya.
Namun, Arisa tidak pernah putus harapan. Dia terus berbuat baik kepada ibunya dan terus menunjukkan keindahan Islam melalui tingkah laku dan kebaikannya.
Lama kelamaan hati si ibu mula cair. Tujuh tahun Arisa memeluk Islam, perubahan sikap ibunya terhadap Islam mula kelihatan.
Ibu yang pada mulanya menolak, kini mula menghormati pilihan Arisa.
Dalam kisah yang dikongsikan Arisa di akaun Instagramnya, dia menceritakan pengalaman mereka mengunjungi Masjid Tsukuba.
Si ibu yang pada mulanya hanya mahu menunggu di dalam kereta, akhirnya mengambil keputusan untuk masuk juga.
Dia kagum dengan keindahan dan keluasan masjid itu yang sangat berbeza daripada tempat-tempat ibadat yang biasanya kecil di Tokyo.
Semasa Arisa berdoa, ibunya duduk di kerusi sambil melihat, merakam video dan mengambil gambar. Momen ini menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi mereka berdua.
Sebelum memeluk Islam, Arisa mula dengan cuba mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan Islamnya.
Termasuk memakai tudung dan memerhatikan mereka ketika solat. Kehidupan beragama di Jepun yang menurutnya cuma terhad kepada ritual, membuatkan Arisa berfikir lebih mendalam tentang kewujudan Tuhan dan kebenaran agama.
Melalui pengalaman bersama rakan-rakan Islam, Arisa mula menyedari Islam mempunyai keindahan dan kebaikan yang dicari.
Kemuncak perjalanan hijrah Arisa berlaku apabila dia bekerja di Pesta Buku Antarabangsa Tokyo dan bertemu dengan dua wanita Islam dari Jepun.
Kisah dan keberanian mereka memeluk Islam benar-benar memberi inspirasi kepada Arisa. Tidak lama selepas itu, Arisa mengucap syahadah di dalam biliknya.
Detik yang menandakan bermulanya kehidupan baru sebagai seorang Muslimah.
Hijabista mendoakan agar Nur Arisa Maryam kekal istiqamah seterusnya menjadi Muslimah sejati yang diredhai Allah SWT.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Cukup terserlah sikap ringan tulang adik bongsu kepada Muabellaz ni. Sejak tamat pengajian di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) tahun lalu, adik bongsu Muabellaz dilihat banyak membantu kakak kesayangannya itu terutama dalam urusan bisnes.
Sekilas pandang nampak macam sebaya je dua beradik ni. Macam kembar pun ada, kan? Sama-sama cantik dan fotogenik!
Apa yang penting terserlah keakraban hubungan kakak dan adik ini. Begitulah, air dincincang tak akan putus.
Makeup artist, pempengaruh dan usahawan terkenal Muabellaz baru-baru ini telah memuat naik satu hantaran di Instagram peribadinya.
Dalam hantaran itu, kelihatan Muabellaz dan adik bongsu kesayangannya Azila bergambar di tepi pantai selepas keluar makan bersama.
Walaupun ketika itu angin bertiup kencang namun aksi mereka di depan kamera tetap kelihatan tenang dan mesra.
“P makan Nuri tadi… lajak p ambik gambaq dekat tepi pantai.. Amboii anginn kuat smpai tudung bellaz lari laa.. Hat tudung Adik bellaz mantain lagi awning dia.”
Muabellaz juga bertuah kerana adik bongsunya, Azila yang kini berusia 22 tahun seorang yang ringan tulang dan ceria.
Azila yang merupakan graduan Diploma Pengurusan Pejabat, banyak membantu Muabellaz dalam urusan bisnes termasuklah ketika sesi ‘live’ di TikTok.
“Ni lah Azila adik bellaz hat bongsu sekali… habis belajaq dah lani duk tolong kak dia laa banyak.. kelai hari2 laa kata.. hat bellaz duk panggil dalam livee dia ni laaa.”
Kedua-duanya nampak manis menyarungkan baju daripada jenama terkenal Leeyanarahman. Rona pastel menyerlahkan lagi keayuan Muabellaz dan Azila yang sememangnya cantik semula jadi.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata memuji keakraban dan kecantikan kakak dan adik ini.
“Adik beradik memang cantik”
“Segak aihh 2 beradik..”
“Cantik dua2.. Tapi adik lagi menyerlah”
“Mata dia macam Siti Nurhaliza.. hehehe..”
Semoga keakraban Muabellaz dan adiknya, Azila kekal utuh selamanya. Seterusnya berjaya dalam karier masing-masing.
Untuk info, Muabellaz merupakan jurusolek profesional yang berasal dari Kedah.
Meraih jutaan pengikut di media sosial dek kerana bakat solekannya yang luar biasa serta sukses dalam bisnes kosmetik telah meletakkan Muabellaz kini salah seorang wanita inspirasi di Malaysia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...