Lama kita kita mendengar khabar Farah Asyikin kan. Baru-baru ini, penyanyi itu terpaksa beraya dengan tongkat kerana kecederaan di kakinya. Menerusi akaun instagramnya @farahasyikin.fa, dia menjelaskan kakinya dihempap oleh motor suaminya sewaktu cuba mengalihkannya.
Cerita semalam. Ligamen putus. Banyak yang bertanyakan apa yang terjadi kepada kaki kiri saya. Terima kasih di atas semua doa anda. Semoga Allah merahmati kalian. Saya dan suami baru sahaja beli pokok untuk rumah kami Ahad lalu dan hanya semalam waktu yang saya berkesempatan untuk mengemas taman di rumah. Saya cuba untuk mengalihkan motorbike Harley Davidson suami saya yang beratnya lebih kurang 300kg ke tepi untuk memberikan sedikit ruang, namun malangnya ianya jatuh terhempap ke atas saya. Saya cuba menyelamatkan motor itu daripada jatuh dengan kuat tanpa memikirkan diri saya.
Alhamdulillah motor itu tidak tidak apa-apa tetapi keadaan diri sayalah yang terjejas. Saya terdengar bunyi ‘crack’ sewaktu cuba menarik kaki dari motor tersebut yang sememangnya besar dan berat. Saya menjerit memanggil anak saya Owais yang duduk di hadapan pintu. Dia datang menolong dan memberikan saya telefon untuk membuat panggilan. Saya menghubungi suami dan keluarga saya bagi meminta pertolongan.
Dr.Ang daripada Columbia Asia berikan keputusan Xray dan MRI. Jatuhan itu membuatkan ligamen saya putus dan rupanya kaki kiri saya ada kesan kecederaan lama iaitu tulang yang patah. Ianya disebabkan saya jatuh dahulu lebih 4 tahun yang lepas sewaktu pantang. Saya bergegas naik tangga kerana terdengar Owais menangis ketika itu. Saya tidak pernah ke hospital. Sewaktu itu saya ialah seorang ibu tunggal dan tumpuan saya hanyalah untuk Owais. Saya simpan sakit itu sendiri dan saya tidak ingat bila ianya hilang.
Farah juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada ahli keluarganya yang banyak membantu juga kepada rakan-rakan yang mendoakan dirinya. Dia menjelaskan kakinya mungkin mengambil masa sebulan untuk sembuh. Semoga Farah akan cepat pulih dan terus aktif seperti biasa!