Kerana Biadap Dengan Ibu, Lelaki Ini Doakan Anak Tersebut Dapat Hukuman Yang Setimpal Dengan Perbuatannya!

Share

Seorang anak seharusnya menghormati ibu yang telah bersusah payah melahirkan, menjaga dan membesarkannya. Ditatang bagai minyak yang penuh sejak dari kecil lagi, seorang anak sepatutnya menjaga perasaan ibunya sebaik yang mungkin.

Foto: Sumber Google

Berdosa besar sekiranya seorang anak itu mengguris perasaan ibunya. Apatah lagi apabila air mata ibu jatuh dek kerana kecil hati dengan sikap kita. Seperti yang dikongsi oleh Khairul Hakimin Muhammad, baru-baru ini dia telah pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli buah.

Sewaktu berada di pasar raya tersebut, dia terdengar seorang ibu meminta anaknya untuk membelikan ikan. Tetapi jawapan yang diterima sungguh mengejutkan hingga lelaki ini berdoa agar anak yang biadap itu diberi hukuman yang setimpal di atas kekasaran terhadap ibunya itu.

Ikuti perkongsian Khairul Hakimin Muhammad. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua. Hormati ibu yang telah berpenat lelah menjaga kita. Jangan diabaikan ibu yang satu itu kerana ibu, tiada galang gantinya.

Foto: Sumber Google

Aku tak tahulah apa benda yang Tuhan nak beri aku atas apa yang aku lalui hari ini. Dari pagi ada sahaja yang tak kena.

Sampailah tadi, keluar dari Putrajaya dalam jam 6.45 petang, kena jem pula. Aku tekad nak singgah ke sebuah pasar raya kerana stok buah dalam peti ais dah habis.

Elok parking, azan Maghrib. Aku jalan selaju mungkin. Ambil troli dan terus ke belakang, bahagian buah. Sedang elok aku capai plastik dan kemudian nak pilih-pilih, tup tup ada makcik sebelah aku duk bercakap dengan anak dia.

“Ma, ambillah 2 keping je ikan tu, mak teringin sangat.”

Makcik tersebut dah cakap 2 hingga 3 kali dan anak dia boleh jawab:

“Mak kalau nak makan, mak beli sendiri. Anak saya semua makan ayam. Mak duduk rumah saya, kena ikutlah apa saya makan.”

Kurang asam. Aku terus menyampuk.

“Hoi, ini mak kau kan? Pasal apa kau cakap macam tu?”

Dia terdiam. Makcik itu pun terdiam. Terus dia cakap ke emak dia.

“Tengoklah, mesti semua orang ingat saya ni kejam kan? Mesti mak happy kan?”

Aku pun seluk duit, beri dekat makcik itu. Suruh pergi beli ikan. Kemudian aku angkat tangan dan cakap kuat-kuat:

“Ya Allah, kau hukumlah perempuan ini sama seperti dia pernah layan ibu dia hari ini. Biarkan anak-anaknya pula melayan dia begini suatu hari nanti.” 

Pang! Kahkahkah. Mujurlah tak kena muka aku. Makcik itu lempang tangan aku. Pedih woih. Hahaha. Makcik itu ketap gigi dan cakap, “Dah dah. Itu anak aku.” Huhu. Air mata dia bergenang.

Aku tahu dia sayang anak dia sangat-sangat. Walau anak dia blah tinggalkan dia masa aku buat-buat doa begitu, tengoklah ibu dia juga yang pertahankan dia.

Aku tak tahulah kenapa aku boleh berani macam itu. Aku pun blah. Haram sebiji buah pun aku tak beli.

Masuk dalam kereta, aku terfikir benda ini. Emak aku duk layanlah semua benda aku nak makan. Sampai ke tahap kalau aku balik kampung, dia mesti masak benda yang aku suka.

Aku tahu dia tak pernah cakap dia sayangkan aku, namun dia buktikan semua itu dengan perbuatannya.

Ini emak kita minta nak makan woih. Gila apa kau boleh betah macam itu. Kau tolonglah tak sampai ke momen yang Tuhan ambil alih tempat kasih sayang kau itu. Dengan ambil emak kau, dengan buang semua anak kau. Dan kau jadi sendiri seorang.

Ingat kawan, hak ibu bapa kepada anak ini tolonglah tidak sampai mereka meminta-minta kepada kita. Mana yang kita tahu mereka suka, buat dan belikan siap-siap. Tolonglah. 

Itu syurga. Kau dapat laki kaya, kerja hebat dan anak-anak power bagaimanapun, itulah tempat yang Tuhan angkat darjatnya, yang mana Tuhan kata, menyayangi mereka itu akan sampai ke tahap Tuhan juga akan menyayangi kau. 

Tolonglah.

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

Published by
Naqiyatul Uzma