Tak terbayangkan bagaimana sedih dan kecewanya apabila hasrat untuk menunaikan umrah tidak kesampaian. Memang ia sesuatu yang menyedihkan. Penularan wabak berbahaya COVID-19 sudah merebak memasuki negara Timur Tengah.
Maka Arab Saudi telah memperluaskan penggantungan mengerjakan ibadah umrah di Makkah dan Madinah kepada warga asing termasuk rakyatnya bagi menghalang penularan COVID-19.
Agensi berita SPA melaporkan, sumber Kementerian Dalam Negeri berkata arahan penggantungan itu dibuat jawatankuasa yang ditubuhkan khas bagi memantau virus berkenaan.
“Berdasarkan cadangan dikemukakan jawatankuasa itu, keputusan dibuat untuk menggantung ibadah umrah ke atas rakyat dan penduduk di negara ini,” katanya.
Menurut laporan itu lagi, keputusan terbabit boleh dikaji semula dan arahan penggantungan boleh ditarik balik berdasarkan perkembangan semasa.
Dataran Kaabah ditutup seketika untuk sterilization Covit-19. Bagaimana pun tawaf boleh dilakukan di tingkat 1 & 2.
NOW: Mataaf closed for complete sterilization
Posted by Haramain Sharifain on Thursday, 5 March 2020
NOW: After closing for the night, the doors of Masjid Al Haram open an hour before Fajr Salat. Worshippers make their way inside. They will remain open until after Isha Salat later in the day.
Posted by Haramain Sharifain on Thursday, 5 March 2020
Seorang pakar ibadah haji Makkah dan Madinah, Dr Sami Angawi, berkata larangan yang dikuat kuasa tidak pernah berlaku sepanjang 1,400 sejarah Islam.
Beliau menyifatkan arahan larangan itu sebagai langkah bijak dan berani bagi melindungi kota suci umat Islam.
Menurut Timbalan Menteri Haji Arab Saudi, Abdulfattah Mashat, penduduk tempatan masih boleh melawat Makkah dan Madinah untuk mengerjakan ibadah namun tidak boleh melakukan umrah.
“Rakyat masih boleh melawat Makkah. Keputusan yang dibuat hanya membabitkan kegiatan umrah,” katanya.
Minggu lalu, Arab Saudi menghalang kemasukan warga asing ke Kota Makkah dan Madinah akibat risiko penularan Covid-19.
Sekatan itu telah membantutkan rancangan perjalanan jutaan umat Islam yang telah membuat persiapan untuk mengerjakan umrah.
Ia juga mungkin akan menjejaskan jutaan lagi jemaah yang ingin mengerjakan ibadah pada bulan Ramadan dan musim Haji yang bakal tiba tidak lama lagi.
Sumber kredit: REUTERS, Haramain Sharifain dan Berita Harian.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI