Sebagai wanita kita tidak pernah lari dari mengalami masalah keputihan. Kadang-kadang keputihan ini buat kita rasa tidak selesa lebih-lebih lagi jika mahu solat. Jadi ramai yang tertanya-tanya apakah keputihan ini dianggap najis dan bolehkah ia membatalkan wuduk hingga menjejaskan solat kita.
Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus berhubung permasalahan ini.
Hukum keputihan yang biasa dialami oleh wanita adalah seperti berikut :
1. Apabila cairan tersebut keluar dari mulut faraj yang zahir maka hukumnya suci. Ia tidak membatalkan wuduk.
2. Apabila cairan tersebut keluar dari dalam faraj tetapi dari kawasan yang dikira zahir, maka hukumnya suci menurut pendapat yang paling sahih. Ia juga tidak membatalkan wuduk.
3. Apabila cairan tersebut keluar dari bahagian batin faraj, maka hukumnya najis dan menyebabkan batalnya wuduk.
Antara punca terjadinya keputihan ialah sebab Menopause, ubat penyubur kehamilan, kesan yang berpunca dari rahim, seluar dalam yang ketat, setengah sabun pembersih vagina dan stress.
Dipetik dari Kitab :
Hasyiyah I’anatut Tholibin & Hasyiyah Al-Jamal Ala Syarah Al-Manhaj
Wallahua’lam
SUMBER: USTAZ AZHAR IDRUS
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buang Foto Menggoda & Tukar DP, Cara Mudah Bagi Wanita Ingin Belajar Menutup Aurat
Rasa di hati memang teringin nak berubah. Namun, selalu ada benda yang mengganggu di minda. Mampukah aku istiqomah? Macam mana pula nanti kalau orang mengata? ‘’Alah, acah-acah alimlah tu’’
Bila terfikir begitu, terus tangguhkan niat untuk berubah. Chop! Refleks diri kita semula sis. Untuk siapa sebenarnya kita nak berubah? Kerana ‘dia’ atau ‘Dia’?
Jika kerana manusia, kau mungkin akan kalah. Namun, jika kerana Tuhan, insyaAllah kau pasti menang walau sehebat mana rintangannya. Buat anda yang terdetik di hati ingin berubah, teruskan usaha. Mulakan dari sekecil-kecil langkah dahulu. Anda mampu mengubahnya!
Cara awal bagi wanita yang baru nak belajar menutup aurat.
1.Tukar gambar DP.
Ganti gambar DP yang tak tutup aurat.
2.Delete segala gambar yang menggoda.
3.Pakai tudung, handsock(sarung lengan), stokin ke mana mana saja. Jangan kisah apa orang nak kata. Pasang angan kita sedang mahu menuju ke Syurga. Sedang.
4.Dekatkan diri dengan perkara baik. Minta nasihat dari ustazah, muslimah yang lain. Dengar ceramah, di you tube pun boleh. Join usrah dan lain lain.
5.Dekatkan diri pada yang Esa supaya ditetapkan hati. Tetapkan iman dalam perubahan ini. Berjaya untuk yang last ni? TAHNIAH!
Moga istiqamah selamanya.
Menjadi wanita solehah juga bukanlah suatu khayalan di tengah hari, bukan suatu angan-angan yang dimimpi-mimpi.
Layak atau tidak? Semuanya bergantung pada diri sendiri.
Jika tiada USAHA, maka tidak usah mengharapkan bulan jatuh ke riba. Kita berserah sahaja pada Allah sama ada kita ini layak atau tidak untuk mendapat anugerah “wanita solehah”.
Kita yang perlu mencari.
HIDAYAH tak datang dengan sendiri. Semoga istiqamah bakal bidadari bidadari syurga.
“Walaupun aku tak menutup aurat, tapi aku baik.”
Bukan isu baik atau tak. Tapi Orang yang taat perintah Allah mesti akan menutup aurat.
PERGELANGAN TANGAN itu dah aurat. Nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau anda lelaki. Nak selamat pakai sarung lengan.
KAKI pun aurat. Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat. Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap. Jangan yang lutsinar.
TUDUNG tu. Tak kisah anda nak pakai jenis yang macam mana pun. It’s up to you. Tapi Allah suruh tutup dada kan? Apa salahnya anda labuhkan sampai ke bawah dada. Ini perintah Allah, bukan dari saya.
Saya tau anda masih muda, nak bergaya, ikut fesyen. Saya pun perempuan. Faham. Ada rasa teringin itu ini. Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya. Tak ketat, tak jarang, tak singkat. Islam tak larang kita nak berfesyen, asalkan syariat tidak diketepikan.
Maha Suci Allah.
Tepuk dada, tanya iman.
Anda Islam, tudung labuh. Jubah. Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustazah, atau aliran agama sahaja.
Islam tu untuk SEMUA.
Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita.
Maaf kalau terasa, saje pesan untuk kebaikan semua. Biar cantik pada pandangan Allah, indah di mata manusia ❤️
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Sangka Terima Hadiah ‘Kereta Control’ Dari Cikgu, Tindakan Pelajar Ini Buat Netizen Sayu!
Kasih seorang guru terhadap anak murid itu ibarat kasihnya ibu bapa kepada anak-anak. Seorang guru mempunyai harapan yang besar untuk melihat anak muridnya menjadi insan yang cemerlang dan terbilang apabila mereka membesar.
Guru memainkan peranan penting terutamanya dalam usaha untuk mentransformasikan pendidikan negara. Mereka umpama berlian yang memantulkan kilauan bergemerlapan dan pada ketika sama dirinya begitu bernilai.
Seorang guru pasti sanggup melakukan apa saja untuk melihat anak didiknya cemerlang. Ada juga guru yang memberikan ganjaran buat anak muridnya sebagai tanda pembakar semangat. Reward ataupun ganjaran tersebut selalunya diberikan sebagai hadiah apabila anak didik mereka berjaya menjalankan tugas yang diberi ataupun mendapat keputusan yang cemerlang.
Artikel Berkaitan:Gagal 3 Subjek Ketika Percubaan, SPM Lulus Cemerlang, Hijabi Ini Terharu Dapat Anugerah Daripada Tun M
Begitulah kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok. Video yang telah dimuat naik oleh @cikgupenyayang, menunjukkan momen dia memberikan anak muridnya hadiah. Apa yang mengejutkan adalah, anak muridnya itu tiba-tiba memanjat meja untuk memberikannya pelukan.
@cikgupenyayang Its important to have strong bonding between you and kids ❤️ #fyp#fypシ#tiktokguru_malaysia #tiktokmalaysia#foryoupage ♬ Bintang di Surga – Noah
“Its important to have strong bonding between you and kids” tulisnya di ruangan kapsyen Tiktok tersebut.
Di awal video, dapat dilihat seorang murid sedang menantikan hadiah dari gurunya di sebuah bilik guru. Gurunya yang dikenali sebagai Cikgu Arash,26, itu sempat memintanya menutup mata.
Tidak lama kemudian, guru lelaki berkenaan mengeluarkan satu bungkusan dari dalam almari untuk diberikan kepada murid itu. Rupa-rupanya isi dalam plastik tersebut merupakan hadiah yang telah pun dijanjikan sebelum ini. Dia pernah berjanji untuk memberikan hadiah kereta kawalan jauh sekiranya anak muridnya itu pandai membaca.
“Dia nak kereta control kalau dah pandai baca” tulis Cikgu Arash.
Apabila menerima hadiah itu, kelihatan anak muridnya sempat bersembang dengan gurunya dan tidak memberikan apa-apa reaksi. Namun tiba-tiba, dia bertindak memanjat meja untuk memeluk gurunya sebagai tanda terima kasih atas pemberian itu.
“Berair air mata…”
Video tersebut sehingga kini telah mendapat lebih 23.7 kesukaan. Meninjau di ruangan komen Tiktok tersebut, rata-rata netizen sebak dan memuji usaha guru tersebut dalam mengajar anak didiknya itu.
“Ala sebak pulak part peluk tu”
“The way dia panjat n terus peluk tu aduhhhhh”
“Sebak pulak tengok.. pandai ucap terima kasih dengan bagi pelukan pada cikgu”
“Alhamdulillah tahniah cikgu. Moga anak murid dpt jd pemimpin ummah akan dtg. aaminnn.”
“Allahu… terharunya part dia datang peluk ticer tu. dia really appreciate”
Artikel Berkaitan: Terima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022, Fauziah Nawi Akui Sebak Dihadiahkan Kereta
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama akaun Cikgu Arash tular di laman TikTok, bahkan dia yang meminati pendidikan awal kanak-kanak itu mengakui memang suka membuat kandungan mengenai anak-anak muridnya itu.
“Alhamdulillah setakat ni komen baik-baik dan positif. Kebanyakan parents suka cara saya bonding dengan kanak-kanak sebab cara saya mengajar ni menggunakan love language.
“InshaAllah jika content (kandungan) di TikTok saya memberi manfaat kepada ibu bapa saya akan membuat perkongsian dengan lebih kerap,” katanya terdahulu melalui temu bual bersama Mstar.
Sumber: TikTok
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Matchy-Matchy Hijab Dengan Baju Raya, Hijabi Tak Akan Silap Gaya Jika Ikut Panduan Ini
Isi Kandungan
ToggleWalaupun sudah masuk minggu kedua kita menyambut Ramadan, namun pasti anda masih lagi kusut untuk mencari padanan hijab dan baju raya. Jika tidak tahu fesyen apa untuk digayakan, apa kata anda mix and match warna hijab yang ada kerana dengan sedikit sentuhan mampu menampilkan gaya lebih menawan.
Jika tidakpun sesuaian baju dengan warna hijab bersesuaian supaya tidak kelihatan sama dengan yang digayakan sebelum ini. Anda hanya perlu berani bermain dengan padanan warna dan mempunyai keyakinan diri. Mungkin panduan ini dapat membantu anda mencari suai padan yang sesuai.
ARTIKEL BERKAITAN: Ini Pilihan Warna Tudung Nak Matchy-Matchy Dengan Baju Raya, Barulah Nampak Meletup Di Hari Lebaran
Mulakan dengan warna yang pastel
Jika anda tidak berani bermain dengan warna, mulakan padanan warna yang lembut dan polos dan mungkin boleh sesuaikan dengan aksesori yang bercorak untuk tambah sedikit wow!
Mira Filzah bijak dalam memilih warna pastel menghadiri majlis berbuka puasa, tampak berseri dengan warna lembut. Hanya menggunakan warna polos dan sentuhan sulaman bunga-bunga kecil yang menghiasi busana dari MIMPIKITA molek untuk mereka yang ingin kelihatan ayu di hari lebaran. Anda perlu tambahkan set tas tangan dan aksesori warna natural atau lebih kontra.
Berani melangkah satu tahap
Warna yang jarang orang gayakan apatah lagi warna hijab berwarna terang. Pilihan warna kuning sering disarung oleh wanita yang mempunyai warna kulit putih gebu, tetapi pasti anda salah tanggapan. Warna ini juga lebih terserlah untuk wanita yang bekulit sawo matang.
Terdapat pelbagai pilihan warna kuning, mungkin warna yang anda pilih boleh jadi buat anda trauma untuk menyarungkan hijab berwarna kuning. Nah koleksi hijab terbaharu dari dUCk ini mungkin menjadi warna kegemaran anda selepas ini. Bermain dengan cetakan anyaman, koleksi ikatan ini bermain dengan padanan warna yang tidak nampak warna kuning terlalu menonjol. Sesuai digayakan untuk ana yang berkulit cerah dan sawo matang.
Tidak akan ada istilah bosan jika anda pandai tambah sedikit warna dalam keluarga warna kuning. Tambah satu warna dan helaian cetakan dalam busana.
ARTIKEL BERKAITAN: Cantik Terletak, Ini Tip Potongan Baju Kurung Yang Sesuai Untuk Baju Raya. Tampak Langsing!
Merah jambu tetap ayu
Yessss! Warna kegembiraan seorang wanita, untuk mereka menyarungkan baju raya berwarna ini menyuntik keayuaan, kejelitaan dan juga kelembutan walaupun anda mempunyai sifat yang bertentangan.
Nah lihat sahaja busana Khoon Hooi Yang disarungkan oleh Nabila Razali, nampak elegan dan serba moden. Tambah wow lagi, Nabila mengayakan dengan tambahan aksesori tali pinggang berwarna lebih terang sedikit tampak ilusi bentuk pinggang si pemakai.
Mulakan dengan warna yang pastel
Lavender warna pilihan 2023, lagi satu pilihan warna yang nampak sisi kewanitan anda. Warna ungu menarik pandangan ramai tetapi adakalanya anda akan nampak lebih garang dengan warna ini jika terlebih gaya. Contohnya jika anda memadankan warna ungu garang cuba padankan warna lebih lembut pada hijab.
Digital lavender warna jubah yang digayakan Uyaina Arshad ini sesuai digayakan tahun 2023, kilauan warna ini memberi ilusi tinggi lampai pada si pemakai. Menariknya lagi padanan seluar palazo bercetak abstrak memberi kelainan dalam pengayaan. Oh ya, jangan lupa warna hijab boleh disuakan dengan warna ungu terang atau pun gelap sedikit.
Tidak pernah keliru dengan warna biru
Pilihan warna seti warna si dia, atau encik suami yang dikatakan mudah dipadankan bersama. Namun bukan semua wanita menyukainya. Tak perlu ada persengketaan memilih warna dengan pasangan, mungkin tahun ini tiba giliran si dia untuk memilih warna. Warna biru yang cukup universal ini boleh dilembutkan gaya dengan pilihan hijab yang lebih terang atau bercetak.
Nampak wajah terpaksa redha dengan pilihan suami, tetapi sebenarnya Syatila Melvin bijak mengayakannya. Suai padan arbaya warna biru gelap dengan hijab bercetak ternyata Syatila lebih berseri dari biasa.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI