Sebagai wanita kita tidak pernah lari dari mengalami masalah keputihan. Kadang-kadang keputihan ini buat kita rasa tidak selesa lebih-lebih lagi jika mahu solat.

Jadi ramai yang tertanya-tanya apakah keputihan ini dianggap najis dan bolehkah ia membatalkan wuduk hingga menjejaskan solat kita.

Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus berhubung permasalahan ini.

Hukum keputihan yang biasa dialami oleh wanita adalah seperti berikut :

1. Apabila cairan tersebut keluar dari mulut faraj yang zahir maka hukumnya suci. Ia tidak membatalkan wuduk.
2. Apabila cairan tersebut keluar dari dalam faraj tetapi dari kawasan yang dikira zahir, maka hukumnya suci menurut pendapat yang paling sahih. Ia juga tidak membatalkan wuduk.
3. Apabila cairan tersebut keluar dari bahagian batin faraj, maka hukumnya najis dan menyebabkan batalnya wuduk.
Antara punca terjadinya keputihan ialah sebab Menopause, ubat penyubur kehamilan, kesan yang berpunca dari rahim, seluar dalam yang ketat, setengah sabun pembersih vagina dan stress.

Dipetik dari Kitab :
Hasyiyah I’anatut Tholibin & Hasyiyah Al-Jamal Ala Syarah Al-Manhaj

Wallahua’lam

Jenis-jenis keputihan

1. Keputihan kering

Juga dikenali sebagai hari kering, keputihan yang dialami akan bertekstur kering, melekit dan menyukarkan penembusan semasa seks.
Vulva anda akan rasa kering dan ini biasanya berlaku semasa tempoh anda tidak subur iaitu 7 hari sebelum dan selepas kitaran haid anda.

Peluang untuk hamil semasa tempoh ini juga sangat nipis, walaupun tidak menggunakan perancang. Tujuan keputihan kering ini ialah untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.

2. Keputihan bak krim

Apabila tahap estrogen dalam badan bertambah, rahim akan menghasilkan keputihan yang lebih cair dan vulva mungkin akan rasa melekit ataupun basah. Anda juga mungkin akan mendapati keputihan yang semakin melekit dan basah pada bibir faraj semasa tempoh ovulasi dan hari kering.

Tempoh ini biasanya di antara hari ke-7 atau hari ke-11, jika anda mempunyai kitaran 28 hari. Keputihan ini lebih nipis dan hanya boleh menghalang sperma lemah dari memasuki rahim.

3. Keputihan seperti putih telur

Apabila semakin dekat dengan tempoh ovulasi, anda akan mengalami keputihan yang licin dan panjang. Ia sering disamakan dengan putih telur.
Anda mungkin merasakan sensasi basah disebabkan keputihan seperti putih telur dan ada yang mungkin keluar bergumpal-gumpal.
Ini adalah tanda ovulasi yang baik dan berlaku antara 12 dan 16 hari dalam kitaran 28 hari. Jika anda sedang berusaha untuk hamil, ini adalah masa yang baik untuk bersama pasangan! Jenis keputihan ini akan memberi laluan mudah untuk sperma berkualiti memasuk rahim.

4. Keputihan warna putih

Ini adalah antara jenis keputihan wanita yang normal dan boleh dilihat pada awal atau akhir kitaran haid bulanan. Walaubagaimanapun, jika teksturnya seperti lendir tebal seakan keju dan ada rasa gatal-gatal, ada kemungkinan ia adalah jangkitan yis. Tanda-tanda jangkitan yang lain termasuklah bau busuk, sakit punggung dan gatal-gatal yang teruk atau tidak selesa.

5. Keputihan yang licin

Beberapa hari sebelum ovulasi, keputihan anda akan berubah menjadi licin. Mukus serviks akan menjadi kurang pekat dan menjadi lebih licin.
Fakta menarik: hari terakhir keputihan normal ini sebenarnya hari anda paling subur dalam bulan itu.
Itu kerana hari terakhir sebelum telur dilepaskan dan keputihan yang dikeluarkan semasa tempoh subur ini sangat kaya dengan kalium.

6. Keputihan jernih dan sangat cair

Antara semua jenis keputihan wanita yang dialami, jenis ini boleh berlaku pada bila-bila masa. Keputihan ini adalah normal dan sering kelihatan selepas anda melakukan senaman yang berat.

7. Keputihan warna perang atau sedikit berdarah

Sebaik saja haid anda berakhir, anda mungkin mengalami keputihan yang berwarna perang. Jangan risau, ia juga antara jenis keputihan wanita yang biasa. Ini adalah cara faraj membersihkan diri selepas datang haid.
Jika anda telah melakukan hubungan seks tanpa perancang dan mengalami keputihan berwarna perang, ini mungkin tanda kehamilan.

Pendarahan yang bukan haid pula maksudnya keguguran. Jika kurang pasti, jumpa pakar wanita anda dengan segera dan dapatkan pemeriksaan lengkap. Tapi untuk wanita yang sudah putus haid ini mungkin tanda kanser serviks. Jadi rajinlah melakukan ujian Pap Smear tahunan untuk mengelak keraguan itu.

8. Keputihan warna kuning

Keputihan yang berwarna kuning mungkin tanda jangkitan. Keputihan kuning ini biasanya tebal dan berbau busuk. Ia juga tanda trichomoniasis, iaitu sejenis penyakit kelamin.

Kebanyakan wanita yang sedang mengalami jangkitan klamidia atau gonorrhea tidak akan menunjukkan tanda-tanda kecuali keputihan berwarna kuning. Jadi dapatkan perhatian pakar jika anda mengalami ini.

9. Keputihan warna hijau

Ini juga antara jenis-jenis keputihan wanita yang tidak normal dan biasanya tanda jangkitan dalaman yang serius. Sekiranya ia disertai dengan bau busuk, ia juga tanda penyakit trichomoniasis.
Anda perlu berjumpa pakar wanita dengan segera jika anda mengalaminya.

Setelah melihat jenis-jenis keputihan wanita yang disenaraikan di sini, kini anda lebih berpengetahuan tentang keputihan yang normal dan yang tidak normal. Jika anda sedang mengalami keputihan yang tidak normal jangan segan untuk berjumpa pakar wanita anda untuk mendapat rawatan,

Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada Penyakit Keputihan?

  1. Faktor Kebersihan
PIC: Body Care

Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.

Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

2. Faktor Hormon

Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:

  • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
  • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
  • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
  • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah

3. Faktor Gaya Hidup

Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.

4. Faktor Kesihatan

Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

SUMBER: USTAZ AZHAR IDRUS , myhealthgov & theasianparents

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI