Alis mata atau dipanggil kening merupakan aksesori mata yang memberikan kecantikan pada wajah seseorang itu. Oleh sebab itu, kebanyakan wanita akan membuat rawatan pada kening mereka seperti mencabut, membentuk bahkan sanggup mentatu kening untuk nampak cantik hingga menyebabkan kegatalan kening berlaku.
Bagaimana keadaan kening gatal ini boleh berlaku? Adakah disebabkan oleh salah memakai produk mata atau ianya sekadar gatal yang sering berlaku apabila sampai masanya? Jawapannya adalah, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan anda gatal kening ni dan ada yang disebabkan oleh penyakit tau! Jadi, mari kita mengetahui fungsi kening yang sebenar.
Pada dasarnya, kening sebenarnya bukanlah sekadar aksesori semata-mata. Ia sangat penting untuk menjaga kebersihan dan kejernihan mata anda. Tanpa kening cuba anda bayangkan apabila keluar ke rumah dan hujan pada waktu itu, pasti air hujan akan mengalir terus masuk ke mata anda. Tanpa kening mata anda akan mudah dicemari dan cepat pedih.
Kening merupakan anggota badan yang penting terutama sekali apabila untuk mengekspresikan emosi anda. Kalau anda tak sedar, kening anda akan berubah-ubah mengikut emosi anda.
Artikel Berkaitan: Teknik Lukis Kening, ‘Hack‘ Solekan Di Tik Tok Bantu Anda Yang Kusut Membentuk Kening
Selain daripada kening menampakkan emosi dalam diri and boleh memastikan dengan mencuba lihat wajah di cermin ketika marah, sedih, kagum, gembira, terkejut dan lain-lain. Jadi sudah tentu kening akan menunjukkan apa yang anda rasa tidak kira mengangkat kening atau mengerut. Ia bergantung pada emosi pemiliknya.
Menurut kajian yang pernah dilakukan, kening mempunyai peranan penting sebagai identiti seseorang itu. Menurut kajian yang telah dilakukan, lebih kurang 46% peratus individu yang tidak dapat mengenali wajah tokoh terkenal atau selebriti terkenal dunia apabila wajah mereka dibuang kening daripada gambar
Kegatalan pada kening bukanlah satu kondisi yang serius yang perlu anda khuatirkan kerana ia akan hilang sendiri kebiasaannya. Akan tetapi, gatal kening ini merupakan petanda penyakit atau kondisi kesihatan badan anda. Ini terutama sekali buat yang gatal badan tidak hilang sekian lama. Berikut merupakan punca kegatalan kening dan langkah mengatasinya:
Jadi apa kena mengena diabetes dan gatal ini? Kalau anda nak tahu sesiapa sahaja yang menghidap diabetes jenis 1 atau 2 yang tidak dikawal dengan boleh jadi penyebab masalah kegatalan, termasuklah pada kening.
Psoriasis merupakan kondisi kulit yang terjadi pada kulit muka. Selalunya ia selalu terjadi pada bahagian kulit atas dahi dengan garis rambut atau bahagian kulit antara lubang hidung dengan bibir atas.
Ada sesetengah orang akan menyebabkan penumbuhan kelemumur pada kening anda. Jadi Psoriasis ini akan menyebabkan kulit yang dijangkiti menjadi tebal dan merah serta menimbulkan sisik seakan warna putih. Kebiasannya ia akan datang dah pergi dan ia mempunyai beberapa faktor seperti stres, cedera pada kulit, infeksi pada kulit dan ubatan tertentu yang membuatkan ia datang.
Reaksi alahan merupakan punca utama berlakunya kegatalan pada kening anda. Reaksi alahan juga boleh terjadi apabila produk kecantikan wajah seperti pencuci muka, pelembab, pelindung matahari atau topeng muka yang digunakan. Jangan risau, ia akan hilang sendiri.
Apa Herpes Zoster ini? Ia adalah sejenis ruam yang timbul pada muka atau badan anda. Apabila ruam ini muncul anda akan merasakan gatal, geli dan sakit pada masa yang sama di kawasan yang dijangkiti. Terutama sekali pada kening. Keadaan teruk akan berlaku pada hari pertama sehingga hari kelima sebelum pecah. Ia mengambil masa 7 hingga ke 10 hari untuk hilang dan pudar secara keseluruhannya.
Pada kes yang lebih serius, akan menyebabkan ia menyerang mata lalu mengakibatkan individu menjadi buta. Ia juga menyebabkan virus cacar air iaitu Varicella zoster. Perlu diingatkan agar penyakit virus ini akan kekal dalam tubuh badan anda. Kemungkinan untuk menyerang semula adalah tinggi.
Dermatitis Seboroik adalah sejenis ekzema yang selalu terjadi pada individu yang mempunyai masalah imunisasi badan seperti HIV atau AIDS. Bagi individu yang mempunyai kondisi seperti Parkinson akan berisiko untuk mengalami kondisi ini. Ianya akan mempengaruhi bahagian tubuh badan yang terdapat dalam banyak kelenjar minyak termasuklah pada kening.
Artikel Berkaitan: Elak Solekan Kening Nampak Palsu Dan Tidak Kemas, Lakukan 7 Panduan Solekan Ini Untuk Kening Yang Memukau!
Cara untuk anda mengatasi masalah ini adalah, pertama anda perlu mengetahui apakah punca ia terjadi. Sama ada disebabkan oleh massezia atau pelbagai gejala seperti yang telah dinyatakan di atas. Kemudian anda perlulah gunakan syampu yang sesuai kerana rambut juga antara yang dekat dengan kening. Selain itu gunalah produk muka yang sesuai buat kulit muka anda. Dengan ini dapat membantu untuk mengelakkan daripada terjadinya kelemumur pada kening anda.
Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan cara penjagaan yang betul buat anda dan ingat bahawa kening merupakan aksesori mata yang penting selain untuk mencantikkan wajah seseorang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.