Penyanyi yang kini manis tampil dengan imej berhijab sejak Mac lalu mengakui kesilapannya menangguhkan niatnya untuk berhijab sehingga tamat pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 kerana lebih memikirkan soal kerja pada waktu itu.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana niatnya itu akhirnya terlaksana apabila dibukakan hati untuk berhijab.

Ujar Ernie, ada hikmahnya sewaktu duduk di rumah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana dia mempunyai masa untuk muhasabah diri.

“Masa AJL haritu, sebenarnya memang dah niat nak pakai tudung tetapi saya lebih memikirkan tentang soal kerja masa itu. Dan benda itu adalah satu kesilapan saya juga.

“Sekarang saya terfikir kenapalah saya tak pakai tudung lebih awal. Saya hanya manusia biasa. Saya sebenarnya rasa lagi bersyukur yang Allah berjaya buka hati saya,” kata Ernie,28.

IKLAN

Tambahnya lagi, dia tidak akan sesekali menoleh ke belakang dan berusaha untuk terus istiqamah dalam menjaga aurat.

Selain itu, Ernie juga akui bimbang andainya dia tidak sempat berhijab kerana gerun memikirkan akhir zaman.

“Lepas AJL, masa PKP ni yang meletakkan tanda untuk saya bertudung kerana timbul rasa ketakutan pada saya what if this is the end of the world. Sempat ke aku ni.

IKLAN

“Sedikit sebanyak benda tu mendorong saya untuk lebih berani dan Alhamdulillah lepas saya sarung je tidak ada apa-apa kesusahan bagi saya,” jelasnya.

Walaupun sudah berhijab, ia tidak menghalang dirinya untuk teruskan karier dalam bidang nyanyian kerana percaya niat yang baik pasti akan dipermudahkan.

IKLAN

“Pada saya Allah itu penyayang. Dia tidak akan suruh kita berhenti cari rezeki tapi dengan cara dan haluan yang betul. Benda ni sangat subjektif.

“Ada juga yang mengatakan yang sepatutnya kita ni tak boleh menyanyi tapi pada saya asalkan niat tu betul kita nak cari rezeki yang halal,” katanya yang akan berkahwin dengan penyanyi, Syamel pada tahun hadapan.

kredit: Media Hiburan

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI