Dibuai perasaan cinta memang indah. Semua orang ingin merasakan perasaan menyayangi dan disayangi. Namun, tak semuanya berakhir dengan indah. Ada yang terpaksa berdepan dengan situasi perpisahan. Walaupun perit, namun itulah hakikat yang perlu diterima.
Kadang kala, kita tertanya-tanya mengapakah Tuhan pisahkan kita? Segalanya sudah terasa cukup sempurna. Tetapi, sedarkah kita bahawa Tuhan Maha Mengetahui segala-galanya? Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.
Buat yang sedang berduka hatinya, ikutilah perkongsian di Facebook daripada Muhammad Rusydi ini. InsyaAllah, anda akan mengerti hikmah disebaliknya.
Kita cinta kerana apa?
Tuhan melihat segala yang engkau lakukan…
‘Terbaik untuk kita belum tentu terbaik bagi Allah’
kredit: facebook Muhammad Rusydi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Restoran, ‘Haziq Shell ‘All’ Out’ Bakal Jadi Tarikan Terbaharu JB! Eyra Hazali Luah Rasa Syukur
Pelakon jelita drama popular Mr.Grey, Eyra Hazali meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga terhadap kejayaan sang suami, Haziq Nadzli apabila berjaya membuka sebuah restoran makanan laut yang dikenali sebagai Haziq Shell ‘all’ out (Shell Out).
Hijabista difahamkan bahawa, restoran makanan laut berkenaan akan mula beroperasi dua hari lagi, iaitu pada 19 Januari 2023 (Khamis) sebelum sambutan Tahun Baru Cina Bermula.
Alhamdulillah.. Tahniah Sayang!
Perkara gembira ini dimaklumkan sendiri oleh Eyra menerusi hantaran di laman Instagram (IG) miliknya, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 24, yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu, berharap serta berdoa agar pembukaan restoran baharu suaminya akan berjalan lancar.
“Alhamdulillah, tahniah sayang. Semoga Allah membimbing dan memberkati anda dalam segala hal. Semoga perniagaan awak berjaya di tahun-tahun akan datang.
“In Shaa Allah restoran kami akan dibuka pada 19 January 2023 ( Khamis ) di Bandar Dato Onn, Johor Bahru. Kedai beroperasi dari 4.00 petang 12.00 tengah malam,” tulis Eyra pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Artikel berkaitan: Syukur Diberi Rezeki Lebih, Eyra Hazali Hadiahkan Proton X70 Buat Ibu Bapa Tersayang
Selain itu, Eyra turut berharap agar restoran itu mendapat sambutan yang mengalakkan serta sokongan daripada para peminat mereka berdua.
Malah, Eyra juga turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir ke majlis pembukaan itu nanti serta berterima kasih diatas doa-doa yang dikirimkan wagramaya buat keluarga mereka.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata pengikut kedua pempengaruh media sosial ini membanjiri ruangan komen pada hantaran berkenaan dengan mengucapkan tahniah diatas kejayaan kedua figura kesayangan mereka itu.
Malah, terdapat juga netizen yang mendoakan agar perniagaan pasangan suami isteri ini maju dan berjaya mencapai keuntungan berlipat ganda.
Sumber: Instagram Eyra Hazali
Artikel berkaitan: Islam Itu Mudah, Eyra Hazali Kongsi Panduan Solat Sambil Dukung Anak
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Muda Dan Berjaya, Asyalliee Cetus Inspirasi! Kemiskinan Bukan Halangan Gapai Kejayaan
Pernah dihimpit dengan kemiskinan dan bergelar anak yatim piatu sejak zaman persekolahan lagi hingga terpaksa menempuh liku kehidupan tanpa figura penting, ibu dan ayah. Pengasas empayar perniagaan Loveliee Beauty dan Asyalliee Group terus cekal mengorak langkah menggapai kejayaan.
Pemilik nama penuh, Siti Syasya Rosaelmi Baba atau lebih dikenali sebagai Asyalliee akui, merasa sedikit terkilan kerana tidak berkesempatan berkongsi kejayaan yang diraih hari ini bersama kedua orang tua.
Kini diusia 26 tahun, Asyalliee dilihat semakin aktif menguruskan perniagaan , sekaligus menjadi wanita, isteri, ibu dan majikan yang berkeperibadian tinggi.
10 Tahun Dari Sekarang, Asyalliee Fokus Mahu Bina Rumah Orang Tua Dan Anak Yatim
Dalam temu bual bersama Hijabista, Asyalliee turut mendedahkan impiannya selama ini.
“Dalam masa 10 tahun akan datang, perniagaan saya dah jadi auto run supaya saya boleh fokus 100 peratus kepada impian selama ini, iaitu nak ada rumah anak yatim dan orang tua.
“InshaAllah, itu salah satunya tujuan sebab sebagai seorang anak yatim, saya kurang dapat kasih sayang daripada kedua ibu bapa, tak sempat jaga arwah ibu dan ayah, nak balas jasa mereka walau saya tahu mereka tak dapat dibayar langsung.
“Saya mahu beri kasih sayang yang sangat banyak daripada saya sendiri dan mereka (Penghuni rumah anak yatim dan orang tua) yang ada di situ nanti. Jika diizinkan, saya juga nak buat madrasah atau perkara yang lebih ke arah keagamaan,” ujarnya.
Kehidupan Asyalliee hari ini menjadi inspirasi ramai kerana dia mampu memiliki semua yang diidamkan individu seusianya. Ada suami penyayang, anak-anak comel, bisnes maju, rumah besar, kereta mewah dan populariti.
Asyalliee Akui Pernah Hadapi Zaman Gelap, Punca Kejayaan Hari Ini!
Namun bagi empunya diri, perjalanan hidupnya tidak seindah yang disangka. Sejak kecil dia sering dilemparkan dengan kata-kata sindiran dan hinaan daripada orang sekeliling kerana taraf keluarganya yang miskin.
“Dari kecil sejak arwah ayah meninggal, saya lalui kehidupan susah dengan arwah mak sebab arwah mak kerja sebagai tukang masak di kedai. Kami hanya mampu tinggal di suatu tempat sempat yang saya sifatkan bukan sebuah rumah pun. Waktu tu ramai hina arwah mak.
Mak orang Thailand, dengan kerja sebagai tukang masak ramai yang hina dan tak suka dia. Tapi arwah mak sangat kuat dan kalis kecaman. Disebabkan kehidupan kami yang sangat susah waktu itu, arwah mak meninggal dalam keadaan koma.
Doktor sahkan arwah ada barah otak. Bila arwah meninggal, kami terfikir arwah meninggal sama ada kerana keadaan terlalu miskin sampai dia tak tahu ada barah otak sebab hanya makan ubat dan tak buat pemeriksaan kesihatan. Atau arwah mak tahu tapi tak beritahu anak-anak.”
Artikel berkaitan: “Warna Kulit Tangan Dan Muka Adalah Berbeza, Ramai Yang Buat Silap…” – Asyalliee Kongsi Petua Elak Kesilapan Solekan!
Sejak pemergian arwah, Asyalliee yang merupakan anak keempat daripada lima beradik tinggal bersama kakaknya. Namun masalah lain pula timbul apabila dia didera mental dan fizikal.
Mujur, kakak sulung sempat selamatkan Asyalliee. Dek kerana mahu berdikari, dia sanggup ambil tawaran menjadi model dan review produk di media sosial ketika masih di bangku sekolah lagi. Rezeki tersebut diraih selepas video Asyalliee menjadi tular di media sosial.
“Ada hikmah dan rezeki lepas video saya viral di media sosial. Orang panggil buat review dan ambil job jadi model. Dalam masa sama saya masih sekolah. Dari situ saya dah start berdikari sendiri sampai sekarang. Habis je belajar saya terus berhijrah ke Kuala Lumpur untuk cari kerja.”
Untuk rekod, Asyalliee berkahwin dengan Eboy Arbaain pada 25 Februari 2017. Hasil perkongsian hidup, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haider Mikael, Helena Adrianna dan Hayyan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Sumber Foto: Instagram Asyalliee
Artikel berkaitan: Pernah Berangan Nak Bersanding Namun Tak Mampu, Impian Asyalliee Kini Tercapai Lepas 5 Tahun
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sampai Nak Menitiskan Air Mata,” – Cara Datuk Seri Siti Nurhaliza Kongsi Rezeki, Promosi Bisnes Peniaga Kecil Secara Percuma
Datuk Seri Siti Nurhaliza antara selebriti popular yang menabur bakti dan berusaha membantu peniaga-peniaga kecil yang terkesan dek pandemik Covid-19 menerusi promosi di akaun media sosial miliknya. Berkongsi kisah tersebut kepada media ketika pelancaran Koleksi Lebaran Swarovski, penyanyi nombor satu negara ini sempat menitiskan air mata saat menceritakan kisah tersebut.
Pengacara majlis ketika itu bertanya, “Datuk Seri pernah tersenarai dalam Forbes Asia 100 Digital Star, senarai yang mempamerkan selebriti-selebriti hebat di rantau ini yang menggunakan sosial media untuk meningkatkan kesedaran dan inspirasi sewaktu pandemik ini. Mengapa Datuk Seri merasakan penting untuk menggunakan platform sosial media Datuk seri untuk tujuan ini?”
“Soalan itu merupakan soalan yang bermakna bagi saya, kerana saya juga mengalami pandemik ini yang mana ia memberi kesan pada saya dan juga perniagaan. Dan saya percaya semua pihak terkesan dengan keadaan pandemik tidak kiralah bagaimana latar belakang mereka.
“Di atas rasa itu saya faham bagaimana pula dengan mereka yang bekerja makan gaji, yang berniaga di tepi-tepi jalan. Pastinya kehidupan mereka akan lebih terkesan. Dan atas rasa tangggung jawab sebagai manusia dan sesama insan, saya perlu bantu peminat saya,” jawab spontan ibu kepada dua cahaya mata ini.
Beliau juga berkongsi yang inisiatif ini merupakan satu cara membalas budi peminat yang tidak henti-henti menyokong perjalanan kerjaya seninya sejak dari dulu lagi.
Kongsinya, “Kebanyakan mereka merupakan peminat saya yang selama ini memberi sokongan penuh kepada lagu-lagu, konsert dan album yang dihasilkan. Jadi saya beri peluang untuk mereka promosi secara percuma, sesiapa sahaja yang menghantar produk dan makanan ke rumah.
“Saya tidak beri mereka alamat rumah, tetapi mereka tahu di mana rumah saya. Oleh itu, saya ambil kesempatan membantu mereka dengan cara mempromosi secara percuma. Saya rasa bahagia sangat, dan rasa bahagia apabila mereka berkongsi kepada saya yang mereka mendapat tempahan yang sangat banyak.”
Saat berkongsi kisah ini, beliau menitikkan air mata dan suaranya bergetar. Rasa terharu dan gembira disimpul rapi sebagai tanda dia bersyukur dan juga tersentuh hati dengan kisah-kisah yang dikongsi peminat yang mengucap kata syukur apabila jualan mereka laku keras.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Neelofa, Kini Giliran Datuk Seri Siti Nurhaliza Pula Diangkat Sebagai Wajah Jenama Terkenal Ini
“Kak Siti, itu cara mereka memanggil saya. Ada yang berkongsi dan berkata Kak Siti saya dapat tempahan yang sangat banyak, saya tak boleh handle order sampai telefon pun hang. Jadi saya rasa sampai nak menitiskan airmata sebab dapat bantu mereka dengan cara sebegitu.
“Dan ada yang tamatkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dengan hasil jual kuih yang dipromosikan dan dia mendedikasikan Ijazah Sarjana tersebut kepada saya. Kebahagiaan itu adalah apabila kita tengok orang lain gembira dan orang lain berjaya. Saya bahagia untuk melakukan perkara itu, seterusnya saya serahkan kepada Allah SWT macam mana rezeki mereka,” ujarnya mengakhiri bicara.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI