Ketika mandi, ada yang gemar menggunakan span mandi (loofah atau shower pouf), tapi ada juga yang lebih suka menyabun tubuh secara langsung. Bagi anda yang suka menggunakan span mandi, penting untuk menggantikan peralatan mandi ini secara rutin.
Tahukah anda bila waktu yang tepat untuk membeli dan menggunakan span mandi yang baru?
Ketika span mandi digunakan untuk membersihkan tubuh, sel-sel kulit mati akan ikut terangkat. Sel-sel kulit mati yang kotor tersebut tidak larut seluruhnya bersama air saat dibilas. Namun sebahagian dari sel-sel kulit mati yang luruh akan bersarang pada celah-celah kecil span mandi.
Inilah salah satu alasan mengapa anda perlu menggantikan span mandi secara rutin. Tidak berhenti sampai di situ sahaja. Setelah selesai digunakan, span mandi biasanya akan digantung di bilik mandi agar lebih cepat kering.
Sedar atau tidak, persekitaran bilik mandi yang hangat dan lembap akan semakin menggalakkan pertumbuhan kuman, bakteria, mahupun kulat pada span mandian anda. Hal tersebut dijelaskan oleh ahli dermatologi di Knight Dermatology Institute, Amerika Serikat, J. Matthew Knight, MD.
Menurut Melissa Piliang, MD, selaku doktor pakar kulit di Amerika Syarikat, mengungkapkan bahawa saat digantung, sebenarnya span mandi tidak sepenuhnya kering. Keadaan lembap bilik mandi akan mempercepatkan pembiakan kuman, bakteria, hingga pertumbuhan kulat.
Anda berisiko mengalami iritasi dan infeksi kulit apabila terus menggunakan span mandi yang sama dalam jangka waktu lama. Atas dasar inilah, anda sangat dianjurkan untuk menggantikan span mandi secara berkala.
Sementara jika span mandi yang anda gunakan diperbuat daripada bahan alami atau natural, anda dianjurkan untuk menggantikan setiap tiga hingga empat minggu sekali. Segera tukarkan span mandian anda sekiranya ada bau yang kurang enak atau kelihatan ada kulat pada span mandian anda. Ini merupakan tanda span mandi tersebut sudah tidak layak lagi dipakai, dan anda harus segera menggantikannya dengan yang baru.
*Biasakan untuk pakai span mandi secara perlahan dan jangan terlalu keras.
*Pastikan span mandi telah kering sepenuhnya sebelum digunakan kembali. Sebaiknya jemur dan letakkan alat mandi yang satu ini di tempat yang bersih tapi bukan di kamar mandi.
Hindari menggunakan span mandi untuk membersihkan bahagian wajah dan organ intim anda. Ini kerana bahagian-bahagian tersebut sangat sensitif dan mudah terkena jangkitan.
Akhir sekali jangan lupa rutin membersihkan span mandi setiap minggu walau pun span tersebut mungkin jarang anda gunakan. Caranya mudah sahaja. Bersihkan dengan air suam dan jemur di tempat yang panas supaya span cepat kering.