Kenang Saat Kunjungi ‘Bumi Andana’ Turkiye, Liza Hanim Titip Doa Buat Mangsa Gempa!

Share

Baru-baru ini dunia dan seluruh umat Islam dikejutkan dengan musibah gempa bumi dahsyat yang menimpa saudara se-Islam di tanah Turkiye.

Gempa bumi berukuran 7.8 skala ritcher itu, merupakan bencana alam terdahsyat yang pernah melanda Turkiye, hingga meranapkan banyak bangunan pencakar langit sekaligus mengorbankan ribuan nyawa.

Liza Hanim Luah Rasa Simpati, Kongsi Detik Melawat Bumi Andana, Turkiye!

Kebanyakkan individu yang mendengar perkhabaran sedih berkenaan turut menzahirkan rasa simpati terhadap bencana yang menimpa itu.

Tidak terkecuali penyanyi yang popular dengan lagu Jeritan Batinku, Haliza Hanim Abd Halim atau lebih dikenali sebagai Liza Hanim yang turut berkongsi momen pernah menjejakkan kaki ke salah satu bandar yang teruk terjejas dilanda gempa itu.

Perkongsian berkenaan dibuat menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini. Pada hantaran tersebut, Liza memuat naik sekeping foto memaparkan dia dan suami sedang berswafoto di lapangan terbang wilayah tersebut.

“Kami berdua pernah diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke bumi Adana.Sangat tenang dan rakyatnya ramah dan tak lekang senyuman,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Selain itu, Liza turut mendoakan agar segala urusan menyelamatkan mangsa yang tertimbus dipermudahkan, khusus ditujukan kepada semua yang terlibat dalam bencana alam di wilayah berkenaan.

Artikel berkaitan: Susah JALAN Atas Pasir Punca LIZA HANIM Turunkan Berat Badan. Baca Perkongsiannya HILANG 20Kg!

“Kini Adana adalah salah satu kawasan Ground Zero, gempa bumi dahsyat yang telah melanda Turkiye.

“Tiada upaya selain menghulurkan doa buat semua mangsa, semoga yang masih hidup berjaya diselamatkan segera, dan semoga yang telah pergi mendapat tempat di syurga firdausi.

“Semoga para penyelamat juga dilindungi serta diberi kekuatan luar biasa,” doanya.

Sekadar info, media antarabangsa dan tempatan melaporkan angka kematian akibat gempa bumi dahsyat itu kinj telah hampir mencecah 6,000 dengan lebih puluhan ribu mangsa tercedera.

Sehubungan itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah agar operasi mencari dan menyelamat serta usaha lain dapat dijalankan dengan pantas.

Sumber : Instagram Liza Hanim

Artikel berkaitan: Majlis Gilang Gemilang, Himpunkan Wajah A List, Menariknya Semua Mengayakan Songket Serba Klasik

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir