Kenang 100 Hari Pemergian Arwah Ashraf Sinclair, Ibu Adakan Tahlil Secara Online Bersama Keluarga

Share

Mengenang pemergian arwah Ashraf Sinclair, ibunya iaitu Khadijah A Rahman-Sinclair atau lebih mesra disapa Dida Sinclair telah mengadakan tahlil dan bacaan yasin melalui aplikasi zoom untuk arwah anaknya yang tercinta itu.

Menulis di Instagram, Dida telah melakarkan bunga lili sebagai simbolik tanda ingatannya kerana tidak dapat menziarah perkuburan Ashraf disebabkan kuarantin yang berlaku.

Assalamualaikum. Al-Fatihah.
100 hari telah berlalu. ‘Ashraf, kami rindukan kamu. Alhamdulillah, kita ada kumpulan kecil yang membacakan yasin dan tahlil melalui zoom. Ia sangat indah. Saya percaya awak juga bersama saya. Bunga lili kuning ini diambil gambarnya dari makam kamu. Saya lukis dan warnakannya untuk Bunga. Memandangkan kami tidak dapat menziarahi kamu kerana kuarantin, setidak-tidaknya bunga lili ini selalu membuatkan kami teringat akan dirimu dengan tenang, amin.’

Sudah berada di Indonesia sebelum bermulanya pandemik covid-19 lagi bagi menemani menantu dan cucunya di sana, Dida juga telah menyambut Aidilfitri di sana bersama keluarga menantunya.

Kagum sekali melihat hubungan erat yang terjalin di antara Bunga bersama keluarga mentuanya. Moga hubungan ini terus kekal sampai bila-bila dan semoga roh arwah Ashraf ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Published by
Qiss