Berita

Kenali RAWDAH MOHAMED Bawa Perspektif Baharu Tentang Hijab Di Pentas Couture & High Fashion

Share

Rawdah Mohamed merupakan model berketurunan Norway-Somali yang juga merupakan seorang blogger dan aktivis.

Dalam dunia modeling, keunikan gayanya terutama dalam street fashion dan high fashion sering menjadi perhatian ramai.

Kredit Foto: rawdis

Dia kini di bawah syarikat pengurusan model The Society Management.

Pada April 2021, Rawdah pernah memperkenalkan kempen #Handsoffmyhijab yang menjadi trend di media sosial.

Rawdah dilahirkan di Somalia dan mula bertudung pada usia tujuh tahun.

Kredit Foto: rawdis

Dia berpindah ke Norway bersama keluarganya pada usia lapan tahun dan meneruskan pendidikan rendahnya.

Sejak kecil, Rawdah terpaksa berhadapan dengan beberapa isu seperti perkauman, penderaan dan buli oleh rakan sekelasnya di sekolah hanya kerana warna kulit dan bertudung.

Kredit Foto: rawdis

Hakikatnya bukan mudah untuk Rawdah membina namanya sehingga berada di tahap sekarang.

Ini kerana dia terpaksa berhadapan dengan sikap prejudis beberapa pihak terhadap tudung yang dipakainya.

Biarpun pernah ditolak untuk bergaya di pentas fesyen Paris, Rawdah mampu berbangga apabila berpeluang melangkah ke karpet merah Festival Filem Cannes baru-baru ini untuk dua tahun berturut-turut.

Kredit Foto: rawdis

Berikut gaya high fashion terbaik Rawdah Mohamed. Berfesyen namun tetap sopan menutup aurat.

Gaya unik yang penuh misteri dan eccentric!

Kredit Foto: rawdis

Glamour dalam gaun keemasan rekaan pereka fesyen kelahiran Lubnan, Nicolas Jebran. Padanan hijab yang ringkas dan senada menyerlahkan lagi sentuhan memukau gaun hebat ini.

Kredit Foto: rawdis

Rawdah tampil berani, classy dan effortless dengan gaun terbakar Robert Wu Haute Couture.

Kredit Foto:

Rawdah sering diberi peluang untuk menggayakan fesyen couture unik seperti gaun rantai besi Andrea Brocca ini.

Kredit Foto: rawdis

Wajah Vogue Arabia dengan gaun dan headpiece ilham daripada Del Core. Manakala perhiasan mewah pula daripada Bibi Van Der Velden dan Van Gelder Jewellery.

Kredit Foto: rawdis

BACA JUGA: Tular Kerana Menentang Larangan Berhijab Di Perancis. Rawdah Kini Editor Untuk Majalah Vogue Scandinavia

 

 

Published by
Amy Mohd