Berita

Kenali RAVENA WULANDARI Satu-Satunya Finalis Berhijab Di Miss Universe Indonesia 2024

Share

Ravena Wulandari merupakan satu-satunya finalis berhijab di Miss Universe Indonesia 2024.

Wanita dari Aceh ini meluahkan rasa bangga menjadi satu-satunya finalis berhijab yang berjaya mara ke pusingan akhir bagi merebut mahkota Miss Universe Indonesia.

Kredit Foto: missuniverseindonesia2024

Terdahulu, wanita berusia 23 tahun ini menjadi antara 30 terbaik dalam sesi uji bakat Miss Universe Indonesia 2024 yang dilakukan secara langsung.

Kredit Foto: missuniverseindonesia2024

Kemudian, Ravena menjadi salah seorang daripada 16 peserta yang terpilih ke pusingan akhir Miss Universe Indonesia 2024.

Kredit Foto: missuniverseindonesia2024

Ravena akui, dia terpaksa berdepan dengan beberapa cabaran ketika menyertai Miss Universe Indonesia 2024 termasuk menyediakan pakaian untuk uji bakat.

Kredit Foto: missuniverseindonesia2024

“Dan juga persiapan lain untuk meningkatkan keyakinan diri serta penampilan seperti pengucapan awam dan sukan,” katanya.

Bakal mengharungi malam final, Ravena mengakui dia sangat optimis dan yakin dengan keunikan tersendiri.

Kredit Foto: ravenawulandari_

“Saya boleh tunjukkan kekuatan yang dimiliki melalui keunikan yang ada. Dan sudah tentu, saya perlu menjaga nama baik keluarga serta agama,” katanya.

Ravena Wulandari

Memetik laporan portal missuniverseindonesia.id, Ravena bekerja sebagai model dan jurusolek. Dia juga pernah bergelar duta pelancongan.

Kredit Foto: ravenawulandari_

Ravena mempunyai minat yang tinggi untuk meningkatkan sektor pelancongan tempatan termasuk kampung halamannya.

Pengalamannya sebagai duta pelancongan mengukuhkan lagi komitmennya untuk menonjolkan keunikan Indonesia di mata dunia.

Kredit Foto: missuniverseindonesia2024

Dia percaya industri pelancongan bukan sahaja memberi impak kepada ekonomi dan perkembangan kerjaya, tetapi juga memperkasakan wanita.

Ravena juga sering menyertai aktiviti pemuliharaan alam sekitar berkaitan advokasi pelancongan, termasuk penanaman bakau dan Pembersihan Pantai Indonesia.

Kredit Foto: missuniverseindonesia2024

Perubahan Kriteria Peserta Miss Universe Indonesia 2024
Selaras dengan peraturan baharu Miss Universe Global yang dilaksanakan mulai tahun ini, Jawatankuasa Miss Universe Indonesia 2024 membuat perubahan pada kriteria peserta.

Perubahan ini membolehkan wanita yang sudah berkahwin, memiliki anak dan berhijab untuk menyertai pertandingan berprestij ini.

Kredit Foto: missuniverseindonesia2024

“Ia bukan sekadar pertandingan atau acara kecantikan. Konsepnya adalah kepelbagaian. Kami ingin memberi peluang kepada wanita yang mempunyai status apa pun untuk menyertai pertandingan ini,” kata Teuku Jordan Zacky selaku Pengarah Kebangsaan Miss Universe Indonesia 2024.

“Memang ada yang mendaftar memakai tudung tetapi kita juga melihat semua aspek seperti profil, akaun media sosial dan sebagainya,” jelas Teuku Jordan Zacky.

BACA JUGA: Khadija Omar, Wanita Berhijab Pertama Tampil Di Pentas Miss World

 

 

 

 

 

 

Published by
Amy Mohd