Ravena Wulandari merupakan satu-satunya finalis berhijab di Miss Universe Indonesia 2024.
Wanita dari Aceh ini meluahkan rasa bangga menjadi satu-satunya finalis berhijab yang berjaya mara ke pusingan akhir bagi merebut mahkota Miss Universe Indonesia.
Terdahulu, wanita berusia 23 tahun ini menjadi antara 30 terbaik dalam sesi uji bakat Miss Universe Indonesia 2024 yang dilakukan secara langsung.
Kemudian, Ravena menjadi salah seorang daripada 16 peserta yang terpilih ke pusingan akhir Miss Universe Indonesia 2024.
Ravena akui, dia terpaksa berdepan dengan beberapa cabaran ketika menyertai Miss Universe Indonesia 2024 termasuk menyediakan pakaian untuk uji bakat.
“Dan juga persiapan lain untuk meningkatkan keyakinan diri serta penampilan seperti pengucapan awam dan sukan,” katanya.
Bakal mengharungi malam final, Ravena mengakui dia sangat optimis dan yakin dengan keunikan tersendiri.
“Saya boleh tunjukkan kekuatan yang dimiliki melalui keunikan yang ada. Dan sudah tentu, saya perlu menjaga nama baik keluarga serta agama,” katanya.
Ads
Ravena Wulandari
Memetik laporan portal missuniverseindonesia.id, Ravena bekerja sebagai model dan jurusolek. Dia juga pernah bergelar duta pelancongan.
Ravena mempunyai minat yang tinggi untuk meningkatkan sektor pelancongan tempatan termasuk kampung halamannya.
Pengalamannya sebagai duta pelancongan mengukuhkan lagi komitmennya untuk menonjolkan keunikan Indonesia di mata dunia.
Dia percaya industri pelancongan bukan sahaja memberi impak kepada ekonomi dan perkembangan kerjaya, tetapi juga memperkasakan wanita.
Ads
Ravena juga sering menyertai aktiviti pemuliharaan alam sekitar berkaitan advokasi pelancongan, termasuk penanaman bakau dan Pembersihan Pantai Indonesia.
Perubahan Kriteria Peserta Miss Universe Indonesia 2024
Selaras dengan peraturan baharu Miss Universe Global yang dilaksanakan mulai tahun ini, Jawatankuasa Miss Universe Indonesia 2024 membuat perubahan pada kriteria peserta.
Perubahan ini membolehkan wanita yang sudah berkahwin, memiliki anak dan berhijab untuk menyertai pertandingan berprestij ini.
“Ia bukan sekadar pertandingan atau acara kecantikan. Konsepnya adalah kepelbagaian. Kami ingin memberi peluang kepada wanita yang mempunyai status apa pun untuk menyertai pertandingan ini,” kata Teuku Jordan Zacky selaku Pengarah Kebangsaan Miss Universe Indonesia 2024.
“Memang ada yang mendaftar memakai tudung tetapi kita juga melihat semua aspek seperti profil, akaun media sosial dan sebagainya,” jelas Teuku Jordan Zacky.
Setelah hampir setahun lebih lepas kelahirannya, bayi kacukan tercantik di dunia, Dhuha Sophea akhirnya balik ke Malaysia untuk menjenguk peminatnya di sini. Dhuha yang pulang bersama kedua ibu bapanya minggu lalu terus sahaja menuju ke kampung halaman ibunya, Siti Safuraa Hamzah di Terengganu. Namun dek kerana perubaha cuaca dan faktor keletihan, menyebabkan bayi yang mempunyai sepasang mata cantik ini telah mengalami demam dan batuk. Ketika bertemu dengannya minggu lalu, Dhuha kelihatan tidak begitu ceria dan agak ‘moody’ kerana keadaannya yang tidak begitu sihat.
Menurut ibunya, Safuraa sebaik touch down, mereka terus mengambil penerbangan ke Terengganu untuk menziarahi keluarga Safuraa yang memang berasal dari sana. Perubahan cuaca yang agak panas menyebabkan mereka sekeluarga telah mengalami demam dan batuk.
Dia sendiri turut tidak sihat dan bapa Dhuha Sophea, Asadullah Stumbry juga mengalami kenaikan suhu agak tinggi sehingga 39.8 dan terpaksa ditahan di wad kecemasan di sebuah hospital.
Mereka sebenarnya memang telah merancang lama untuk pulang setelah hampir 3 tahun tidak pulang ke sini sejak melahirkan Dhuha Sopeha dua tahun lalu. Oleh kerana suaminya mendapat cuti panjang, jadi kesempatan yang ada memberi peluang mereka sekeluarga balik ke sini sambil melawat sanak-saudara.
Sebenarnya ada beberapa perkara telah dirancang sebaik mereka pulang, tetapi dek kerana faktor kesihatan banyak perkara tertangguh. Mereka hanya sempat mengadakan sesi fotorafi dengan majalah terbitan Karangkraf dan juga sesi meet & greet bersama Duha Sophea yang dilakukan di sebuah restoran makanan segera.
Walaupun sudah beransur sihat tetapi Safuraa tetap memantau keadaan anak sulungnya ini. Mereka sekeluarga akan berada di sini sehingga 23 Mac dan hanya akan pulang ke Sweden selepas itu.
Untuk pengetahuan, Dhuha Sopeha Stumbry yang lahir pada 29 September 2016 ini mempunyai jumlah pengikut di laman instagam milik ibunya 188K dan dia adalah antara bayi kacukan tercantik di dunia. Dhuha Sopeha adalah hasil cinta istikharah antara dua benua yang berbeza. Ibunya berasal dari Terengganu dan ayahnya pula seorang warga Russia dan kini mereka sekeluarga menetap di Sweden.
Populariti Dhuha Sopeha mula jadi bualan kerana kecomelan si kecil ini ibarat patung kerana mempunyai mata yang menawan dan sepasang senyuman cukup manis. Malah setiap keletah yang dipaparkan di instaram oleh ibunya akan mendapat like hingga ribuan netizen dari serata dunia.
Baru-baru ini, aktres jelita iaitu Oktovia Manrose,30, telah selamat bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Mdisa,31, pada hari Selasa lalu dengan sekali lafaz.
Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman telah dinikahkan sendiri oleh bapanya yang juga bekas penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman sambil disaksikan jurunikah Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.
Menyingkap kembali detik perkenalan, Oktovia sebenarnya telah berkenalan dengan suaminya sejak tujuh tahun lalu menerusi ahli keluarga sebagai kenalan biasa.
Namun, perasaan terhadap satu sama lain itu mulai timbul selepas dipertemukan semula beberapa tahun yang lalu.
Jelas Oktovia, keinginan bekas pemain bola sepak Melaka United itu untuk sama-sama berhijrah mendekati Allah SWT menguatkan lagi hatinya untuk bergelar isteri kepada Khairul kerana dia juga mempunyai matlamat yang sama.
Di majlis yang bertemakan taman itu, hari bahagia mereka turut diserikan lagi dengan persembahan istimewa daripada Iwan sendiri dan juga Datuk Nash.
Antara rakan selebriti yang hadir memeriahkan acara pada hari itu termasuklah sepupu Oktovia iaitu Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Raysha Rizrose, Emma Maembong, Lufya Alana dan ramai lagi.
“Tak lama lagi menanti zuriat dari Allah S.W.T akan mendapatkannya, Allah pasti makbulkan segala permintaan hamba-Nya yang selalu yakin dalam berdoa Aamin Ya Mujib. Kurniakan mereka rezeki zuriat agar mereka dapat merasai kebesaran-Mu, Aamin.
Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki yang sangat indah ini. Sentiasa doakan kami dan dipermudahkan segala urusan. Eid Adha dari kami dua setengah.” tulisnya.
Sementara itu, rakan-rakan rata-rata selebriti dan orang ramai mendoakan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan itu ketika mengunjungi kaunter.
Sebelum ini, dalam temu bual pada 15 Jun lalu, Safawi mendedahkan isterinya hamil dan sudah mencapai usia kandungan enam bulan.
Mengimbas kembali, Syifa dan Safawi melangsungkan perkahwinan secara tertutup di hotel Hilton Petaling Jaya pada 28 November tahun lalu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...