‘Kenali’ Orang Jepun Pertama Yang Tunaikan Haji Di Mekah, Kotaro Yamaoka Atau Nama Islamnya Umar Yamaoka

Share

Ibadah haji merupakan salah satu rukun Islam yang lima, yang wajib ditunaikan oleh sekalian individu Muslim yang berkemampuan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 7/9). Firman Allah SWT:

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” Surah Ali ‘Imran (97)

Pernah terfikir siapa orang Jepun pertama yang menunaikan haji di Mekah?

Kotaro Yamaoka, atau nama Islamnya Umar Yamaoka adalah orang Jepun pertama yang menunaikan haji di Mekah. Memeluk Islam ketika berada di Bombay, India, beliau menunaikan haji pada tahun 1909.

Kotaro Yamaoka, atau nama Islamnya Umar Yamaoka adalah orang Jepun pertama yang menunaikan haji di Mekah.
📸 Prof. Dr. Salih Mahdi S. Al Samarrai Chairman of Islamic Center- Japan

Menariknya, Umar Yamaoka ini sebenarnya adalah salah seorang “intelligence service” atau spy polis Jepunlah senang cakap. Tapi perjalanannya ke Mekah sebenarnya adalah untuk ke Turki, bersama Abdul Rashid Ibrahim untuk berjumpa dengan Kalifah Uthman bagi minta kebenaran bina masjid di Tokyo. Itulah sebahagian asal-usul bagaimana Tokyo Camii, iaitu masjid besar di Tokyo tu terbina.

nterior Tokyo Camii. Cantik dalam dia.
Tokyo Camii ni berdasarkan binaan Blue Mosque dekat Turki. Sebab tu kalau tengom design dia lebih kurang je.
📸Halal Media Japan
Interior Tokyo Camii – cantik senibina dalam dia.
📸matcha

Perjalanan ke Mekah telah didokumentasikan olehnya sendiri dan sekembali ke Jepun, beliau aktif dalam perbincangan dengan orang Jepun tentang Islam dan Mekah serta berkongsi pengalaman melalui buku-buku yang ditulis.

SUMBER INSPIRASI

Ia memberi inspirasi kepada Muslim Jepun yang lain seperti jemaah Jepun yang kedua iaitu Noor Muhammad Tanaka Ippei yang pergi menunaikan haji pada tahun 1924 dan sekali lagi pada tahun 1933. Ipei tidak pergi sendiri tapi ditemani oleh dua pelajarnya, Inoumoto Momotaro dan Takeshi Sozuki, yang kedua-duanya menulis buku tentang perjalanan mereka.

Kiri – Abdul Rashid Ibrahim yang mengislamkan Kitaro Yamaoka
Kanan – Kotaro Yamaoka, atau nama Islamnya Umar Yamaoka.
📸Arab News
Masjid Kobe pula adalah masjid pertama dibina di Jepun. Masjid Kobe walaubagaimanapun “survive” kemusnahan masa Perang Dunia Kedua. Masjid Kobe juga jadi tempat perlindungan orang-orang yang tercedera.
📸ijtihadnet.com
Masjid Kobe – dari pandangan luar.

 

Abdul Rashid Ibrahim , seorang Rusia yang bertanggungjawab menyebarkan Islam di Jepun. Beliau juga merupakan imam pertama Tokyo Camii di Tokyo.
📸wikipedia

 

Abdul Rashid Ibrahim, orang yang mengislamkan Umar Yamota dan bersama Umar menunaikan haji di Mekah.
📸Alchetron

Pada tahun 1943 Sozuki menerbitkan bukunya, “Pilgrimage to the Place of Seichi Makkah Junrei” menggambarkan pertemuannya dengan Raja Abdul Aziz di Mekah dan bagaimana beliau amat mengagumi keperibadian raja. Buku itu juga diterbitkan dalam bahasa Arab oleh Perpustakaan Awam Raja Abdul Aziz pada tahun 1999.

Lepas banyak sumbangan beliau dalam dunia Islam di Jepun, Umar Yamaoka meninggal dunia di usia 80 tahun pada tahun 1959.

Sumber kredit: Zunita Ramli

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Norhasliza