Nadia Kahf menjadi bahan perbincangan setelah dirinya secara rasmi dilantik sebagai hakim di Mahkamah Tinggi New Jersey, Paterson tahun lalu. Seperti dilaporkan oleh Morocco World News, Nadia Kahf berhijrah ke Amerika Syarikat dari Syria ketika usianya dua tahun.
Sepanjang kerjayanya, Nadia Kahf telah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah untuk NJ chapter of the Council on American Islamic Relations sejak 2003. Beliau juga berkhidmat sebagai Presiden Pusat Islam Passaic County yang merupakan salah sebuah masjid terbesar di New Jersey.
Hakim Wanita Berhijab Pertama
Banyak laporan media menggambarkan Nadia Kahf sebagai hakim berhijab pertama di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, sumber lain menegaskan bahawa hakim Islam berhijab pertama di Amerika Syarikat ialah Carolyn Walker-Diallo yang mengangkat sumpah sebagai hakim mahkamah sivil di New York pada 2015.
Wartawan Anil Sural menegaskan bahawa Nadia Kahf adalah hakim berhijab pertama di New Jersey, bukan di Amerika Syarikat.
“Pada 2015, Carolyn Walker-Diallo adalah hakim berhijab pertama di Amerika Syarikat,” katanya dalam tweet sambil menafikan laporan berita yang mengenal pasti Nadia Kahf sebagai hakim berhijab pertama dalam sejarah Amerika Syarikat.
Ads
Bangga Wakili Masyarakat Islam Di New Jersey
Dipetik daripada Arab News, Nadia Kahf dicalonkan oleh Gabenor New Jersey Phil Murphy pada 2022. Ramai pemimpin masyarakat menandatangani surat pada Mei 2022 meminta Senator Kristin Corrado untuk memajukan pencalonan. Lebih 700 orang menandatangani petisyen dalam talian untuk menyokong pencalonan Kahf.
“Saya bangga mewakili masyarakat Islam dan Arab di New Jersey,” katanya semasa majlis angkat sumpah.
Ads
“Saya mahu generasi muda melihat bahawa mereka boleh mengamalkan agama mereka tanpa rasa takut. Mereka boleh menjadi diri sendiri. Kepelbagaian adalah kekuatan kita, bukan kelemahan kita.”
Profil Nadia Kahf
Sebelum menjadi hakim, Nadia Kahf aktif dalam perjuangan hak asasi manusia. Keprihatinan sosialnya menyebabkan Nadia Kahf menjadi penasihat undang-undang untuk Wafa House, sebuah agensi perkhidmatan sosial yang melindungi dan memperjuangkan hak mangsa keganasan rumah tangga.
Ads
Sebagai seorang peguam, Nadia Kahf pakar dalam undang-undang keluarga dan juga mengendalikan kes imigresen. Bukan sahaja seorang peguam, Nadia Kahf juga merupakan seorang penulis dan penyair.
Nadia Kahf menambah senarai wanita Islam yang berjaya menjadi hakim di Amerika Syarikat. Selain beliau dan Carolyn Walker-Diallo, terdapat Sharifa Salaam dan Kalimah Ahmad di mana kedua-duanya berkhidmat sebagai hakim di Mahkamah Tinggi Essex dan daerah Hudson.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dari semalam viral kisah adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan kanser Germ Cell Tumor di bahagian mulutnya. Malah dalam media sosial juga ramai yang berkongsi momen serta status terbaru mengenai bayi kecil yang baru berusia 9 bulan.
Bukan itu sahaja, sejak kisah penderitaan diketahui, media sosial menjadi medium untuk orang ramai memberitahu perkembangan terkini adik Ainul dari saat diterbangkan ke London hinggalah dia selamat menjalani pembedahan.
Namun sebenarnya perjalanan adik Ainul ditulis cukup indah oleh wanit dan ibu yang mengandungkannya selama 9 bulan. Wanita berusia 24 tahun ini dilihat cukup tabah menerima dugaan dari Allah.
Malah dari saat dia melahirkan Ainul Mardhiah hinggalah sekarang (keadaan terkini) dikongsi di laman sosial dalam Instagramnya. Bukan mudah untuk menitipkan kata-kata ini lebih-lebih lagi hati ibu yang terlalu sensitif.
Tetapi bagi insan bernama Nurul Erwani Zaidi tidak lokek berkongsi momen dengan ribuan follower adik Ainul Mardhiah yang setia mengikuti perkembangannya. Admin dapat mengagak betapa gigih dan tegar untuk dia menulis seperti perkongsian diari biarpun hanya di laman sosial.
Ayuh admin kongsikan kata-kata indah yang disusun dalam bahasa cukup menyentuh jiwa bagi sesiapa yang membaca kisah bidadari syurga ini.
2 November 2018
My little story about my cute daughter gift from Allah, Ainul Mardhiah Binti Ahmad Safiuddin.
Dilahirkan pada 13Aug18 secara normal dan betul betul cukup 7 bulan waktu dilahirkan. ya ainul ialah baby pramatang. Lahir awal disebabkan leaking air ketuban sikit sikit.
Masa waktu nak bersalin, ramai doc tunggu saat nak sambut ainul sebab doc nak tahu punca kenapa mak boleh leaking air ketuban awal. sebab doc tak tahu punca padahal setiap kali scan air ketuban tak menurun pun bacaan nya. Kuasa Allah, bila Ainul keluar rupanya Ainul ada ketumbuhan yang boleh tahan besar di dalam mulutnya. Doc boleh agak sebab ada komplikasi ketumbuhan tu yang Ainul keluar awal dari due date. .
Lepas ainul keluar, jantung ainul berhenti disebabkan ainul tak boleh bernafas kerana gangguan ketumbuhan di mulutnya. Doc cecepat buat cpr dan minta izin parents untuk terus tebuk di leher ainul supaya Ainul boleh bernafas dgn menggunakan oksigen(sampai sekarang masih bernafas menggunakan oksigen di leher). Allah, hebat kuasa mu ya Allah. Ujian yang tanpa diduga buat kami. Kemudian, Ainul terus dimasukkan dalam NICU. Hampir seminggu doc bincang tentang keadaan ainul disebabkan kes ni jarang sekali berlaku pada baby. Mungkin satu dlm seribu ataupun satu dlm sejuta. Tak apa, kami redha. .
Alhamdulillah selang seminggu doc buat keputusan untuk hantar ainul ke HKL untuk buat operation buang ketumbuhan di mulutnya. Sampai di HKL, Doc pakar bedah kanak kanak, Datuk Zakaria beritahu dia boleh buat operation untuk buang ketumbuhan di mulut Ainul tetapi ada banyak risiko kemungkinan yang akan berlaku antaranya lidah ainul maybe akan terbelah dua dan selainnya. Tak apa. kami kata kami yakin Ainul akan okay selepas operation. .
Alhamdulillah operation berjalan dgn lancar. Doc bedah dah buang bersih semua ketumbuhan dalam mulut ainul. Kami senyum ceria lihat ainul. Lepas operation, Doc bedah dtg kat kami beritahu kat kami bahawa ainul tiada lelangit kerana disebabkan operation buang ketumbuhan tu. Sekali lagi kami sedih. Allah ujian lagi kau turunkan. Doc tunjuk pada kami ya memang betul ainul tiada lelangit. Kami redha. Allah uji sebab Allah tahu kami mampu hadapi.
Sepanjang Ainul di HKL, lebih kurang sebulan setengah. Nurse di HKL ajar kami macam macam. Pengalaman kami dapat tukar saluran pernafasan di leher, suction, dan macam macam lagi. Betul lah ramai yang tidak dapat rasa pengalaman apa yang kami rasa. beruntunglah kalian masih diberi kesenangan hidup. dan dua kali ganda lagi beruntung pada yang diuji oleh Allah sebab Allah sayang pada hambaNya yang diuji. Kami seronok tengok ainul. kadang kadang ainul senyum, tersengih. Ya anak memang penyeri hidup buat ibu bapa.
Bila keadaan ainul semakin baik, ainul dihantar semula ke hospital yang merawat ainul sebelum ini. Hampir sebulan lebih juga ainul masih di hospital. Kiraan semua hampir 3 bulan ainul di hospital dan kami masih belum berpeluang untuk peluk ainul. Kami redha atas ujian Allah.
Semalam, masa melawat ainul di hospital. Doc pakar kanak kanak jumpa kami dan beritahu berita yang buat kami sedih lagi sekali. Rupanya ketumbuhan yang sudah dibuang pada sebulan lepas ada semula dan tumbuh semula dalam mulut. Kami terdiam dan terpaksa kuat lagi sekali. Ya, Allah nak uji lagi kami.
Doc beritahu kemungkinan ketumbuhan itu tidak akan dibuang dan ainul akan jalani kemoterapi masukkan ubat yang menyakitkan. Ya Allah. Sedihnya kami lihat Ainul. Semoga kami diberi kesabaran dan ketabahan dalam hadapi semua ini. Please pray for us and for Ainul Mardhiah(bidadari syurga) di dunia dan akhirat nanti. InshaAllah.
Alhamdulillah untuk rezeki dan nikmat yang paling mulia ni
Every child is special. They are gifted. And talented. There is no need to compare. Because they are special. In their own way.
Yakinlah tiada yang Allah datangkan sia-sia dalam kehidupan. Cuma perlukan sedikit lagi keyakinan dan sedikit lagi kesabaran. Dia pasti sedang aturkan takdir yang terbaik. Hanya tinggal untuk percaya sahaja. Stay believe and keep in faith. Berdamailah dengan takdir Tuhan. kerana kita tak pernah sempurna dalam kebaikan
My bidadari Ainul Mardhiah. Jadilah sekuat Sumayyah r.a, secantik Aisyah r.a, dan semulia Siti Khadijah r.a
Mohon doa semua untuk Ainul Mardhiah supaya cepat sembuh
Sayang mama, jangan kuat kerana mama dan walid dalam keadaan kamu tengah sakit. Tapi mama dan walid tahu Ainul sangat sangat kuat sebab Allah SWT yang beri kekuatan pada kamu.
Sekarang, kamu di hospital seperti berulang kembali waktu kamu lahir Ainul. Betapa struggle nya kami dengan perasaan yang macam macam dtg pada kami bila lihat kamu begini.
Lihat kamu tenang sekali tidur dan tak peduli pada doktor yang datang check, ambil darah and so on. kamu dah tak rasa semua kesakitan itu.
Semua nurse di Hospital ni senang dengan kamu Ainul. Mereka siap kata Ainul adalah patient favourite mereka di hospital ni and ada nurse sampai nak belajar bahasa melayu sebab nak cakap dgn Ainul. Beruntungnya Ainul Mardhiah ini. They keep talk “Ainul is very famous”
Alhamdulillah. Ainul sangat sangat baik di sini. Keep Dua for us in here. Thank you
Hari yang ditunggu tunggu telah tiba. Semoga Allah permudahkan urusan Ainul Mardhiah untuk Ainul boleh terus berada di sisi mama dan walid. Ainul you’re the little fighter. Mama dgn walid yakin kamu akan membesar dengan sihat, berjalan, berlari dan bermain dengan kami semua.
Hari ini, kamu akan berjuang dengan diri sendiri. Lama kamu akan berada dengan Dr hari ini. InshaAllah tak sakit kan Ainul, Dr jaga Ainul dalam tu. Jangan nakal nakal ya. Tadi mama dan walid dah cium peluk Ainul sebelum Dr ambil Ainul. Dr di sini semua baik baik.
Alhamdulillah. Sampai tak tahu macam mana lagi nak ucap banyak banyak terima kasih pada Doctor2 yang terlibat secara langsung atau tidak, sangat sangat bersyukur dapat kenal dan jumpa mereka semua.
Alhamdulillah, pembedahan membuang ketumbuhan pada Ainul berjaya dan Dr beritahu Ainul berjaya melepasi risiko risiko bahaya semasa pembedahan. Ainul sangat sangat kuat.
Sekarang Ainul dah stabil, tengah rehat dan Dr tengah monitor Ainul. Ainul nampak sangat sangat comel, bibir dia cantik, pipi dia tembam. InshaAllah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya
Sayang Ainul Mardhiah, bidadari syurga mama dan walid
Ainul Mardhiah, jangan risau anak mama. Dah tiada lagi benda yang akan ganggu anak mama lagi. Kita doa sama sama ya supaya Ainul Mardhiah sentiasa dilindungi oleh Allah dan diberikan kesihatan yang baik pada hari hari yang akan mendatang
Terima kasih atas doa doa semua rakyat Malaysia, sumbangan dan bantuan yang diberikan sangat sangat bermakna pada kami. Tanpa bantuan semua, Ainul tak mungkin akan sampai di London. Kami tak mampu nak balas jasa semua orang yang banyak membantu dan mendoakan untuk kami
Alhamdulillah, nikmat Allah paling besar dan paling berharga
Alhamdulillah, Ainul dah buka mata tadi. Comel sangat dia. InshaAllah slow slow ya Ainul. Ainul kan kuat dan bijak. Rehat dulu sampai Ainul dah tak rasa sakit, nanti mama boleh dukung Ainul macam selalu Love you Ainul
Hot mommy and real superwoman! Itulah ungkapan paling tepat layak diberikan kepada pelakon jelita Puteri Sarah Liyana.
Nama Puteri Sarah mula menjadi perhatian ramai apabila kisah kemelut rumahtangganya dengan pengarah tersohor Samsul Yusof menjadi perbualan hangat suatu ketika dulu.
Namun kini, ibu kepada dua cahaya mata ini dilihat semakin bahagia bersama kehidupan barunya. Kerjaya pun semakin berkembang dan rezeki kian mencurah-curah!
WANITA BERDIKARI
Melihat kepada keperibadian dan perwatakannya, Puteri Sarah tidak hanya cantik bahkan seorang wanita bijak serta pandai berdikari.
Gaduan Ijazah Pengurusan Hotel dari UiTM Shah Alam ini dilahirkan pada 1 Disember 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur.
Selain berlakon, Puteri Sarah pernah bergelar model serta duta produk untuk beberapa jenama terkenal.
KELUARGA BUKAN CALANG-CALANG
Puteri Sarah merupakan anak sulung daripada empat adik beradik di mana dia memiliki dua adik perempuan serta seorang adik lelaki.
Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bukan calang-calang.
Ibu bapanya terlibat dalam bidang kerjaya profesional.
Adik perempuan keduanya, Puteri Sofea merupakan seorang doktor manakala adik lelakinya, Megat Imran pula bertugas sebagai konsultan pengurusan material.
Puteri Sarah juga dianggap sangat bertuah kerana walaupun sudah bergelar ibu tunggal dia masih menjadi kesayangan mentuanya, Datin Patimah Ismail dan Datuk Yusof Haslam.
Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik Puteri Sarah dan anak-anaknya yang sangat comel iaitu Syaikhul Islam (6 tahun) dan Sumayyah (4 tahun).
Kredit Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon dan juga hos popular iaitu Yana Samsudin meluahkan rasa rindunya kepada ahli keluarga yang telah tiada menerusi gambar yang dimuat naiknya di laman instagram.
Cerita Yana lagi, sebenarnya ibunya datang dari kaum Bidayuh Kristian sebelum memeluk Islam. Dia juga terharu apabila bercerita mengenai pengorbanan ibunya yang berpindah jauh ke Johor demi mengikut suami tercinta.
Tak sanggup nak cerita lagi…
Tetiba syahdu pula…
Rindu Babeh & Tayung… ?
Memori full, scroll la nak delete pic & video , lalu pulak pic ni… ?
Tak tahu nak describe camne… Rindu tapi jauh… walaupun jauh tapi sentiasa di dlm doa & hati.
Ye lah, zaman muda yana , kena kerja keras nak beli tiket mak abah & adik beradik lain untuk balik sana. Tau lah kan kalau balik time raya Xmas & gawai harga tiket mahal..
Ok.. jangan tertanya yana ni kaum apa pulak?.. Mak yana muslim convert asalnya Bidayuh Kristian , Sarawak.
Keluarga mak pribumi Sarawak. Diaorg tinggal dalam komuniti kecik, tanam pokok durian, lada hitam, padi bukit, dan makan hasil bumi. Mak pernah cerita kalau diaorg adik beradik masuk hutan nak kemas kebun atau ke kampung sebelah ambil masa 4 hari tau.. berjalan kaki redah hutan bukit bukau… salute lah. Diaorg tak sesat pun ?
Paling Yana salute.. Babeh, Tayung & adik beradik mak (Aunty & uncle) beri peluang mak yana pilih jalan hidupnya (muslim) tanpa memutuskan silaturrahim sesama mereka. .
Jika di fikirkan pasal pengorbanan mak , jauh lebih kuat berbanding kami di sini..
Tinggalkan keluarga, tukar agama dan ikut suami ke Johor. Sampai sekarang setiap kali dia call mak dia , mesti menangis ?
Tapi tu lah, yana tulis ni bukan nak cerita pasal pengorbanan sesapa. Yana nak cerita pasal yana rindu orang orang tua keliling yana. Mendiang Babeh meninggal usia 99 tahun februari 2 tahun lepas. ?
Korang tahu kan situasi bila petang orang tua datang berkumpul duk mengopi mengeteh , menyogel sireh depan rumah… menganyam tikar, menganyam bakul, asah parang kebun, bawa balik durian , lada hitam, padi sawah , padi bukit, rambutan & hasil hutan seperti rebung & sayur sayuran… cucu cucu kecik main main kat halaman rumah…. Rindunya!!!!!! Ok lah . Tak sanggup nak sambung cerita… ?
Semoga kita semua, mak abah mama abah, atuk nenek mendapat pengakhiran yang baik insyaAllah. Amin…
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...