Disiplin diri dalam mencuci wajah menggunakan pencuci muka amat diperlukan bagi mendapatkan hasil diinginkan. Memiliki kulit wajah yang sihat, bersih dan lembut bukanlah sesuatu perkara yang boleh dilakukan dengan sambil lewa.

Sebelum mencuci muka, penting untuk anda memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Jika anda memiliki kulit jenis berminyak, pilihlah pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi.

Kenali Jenis-jenis Pencuci Muka, Buatlah Pilihan Yang Tepat Supaya Kulit Tak Breakout
Photo by cottonbro from Pexels

Berikut dikongsikan jenis-jenis pencuci muka yang paling biasa digunakan. Buatlah pilihan yang tepat sesuai dengan keadaan dan keperluan kulit anda

1.Cleansing oil

Kenali Jenis-jenis Pencuci Muka, Buatlah Pilihan Yang Tepat Supaya Kulit Tak Breakout
Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Khas untuk membersihkan mekap tebal. Ia menanggalkan kotoran jenis minyak yang mana pencuci jenis air tidak boleh menanggalkan. Sesuai untuk kulit yang tiada masalah jerawat/berminyak/sensitif/acne prone. Boleh juga digunakan untuk cucian mingguan walaupun anda bukan jenis yang suka bermekap tebal. Contohnya seminggu 3-5 kali buat double cleansing method. Biasanya white head blackhead berkurang apabila anda mengamal pencuci jenis oil ini.

2.Cleansing water

Ads
Kenali Jenis-jenis Pencuci Muka, Buatlah Pilihan Yang Tepat Supaya Kulit Tak Breakout
Photo by Anna Shvets from Pexels

Cleansing water adalah pencuci harian bagi semua jenis kulit. Gunakan dua kali sehari. Walau bagaimanapun kotoran jenis minyak seperti solekan terutama solekan tebal sukar untuk tanggal dengan sempurna menggunakan cleansing water. Masih perlukan produk pencuci mekap yang lain seperti cleansing oil untuk membersihkan sisa solekan pada kulit wajah.

3.Micellar water

Kenali Jenis-jenis Pencuci Muka, Buatlah Pilihan Yang Tepat Supaya Kulit Tak Breakout
Photo by Ann Nekr from Pexels

Sesuai untuk menanggalkan kesan solekan yang ringan. Sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif dan mudah berjerawat. Kandungan produk ini biasanya campuran light oil dan air. Produk ini menggunakan konsep seperti magnet, tarik dan angkat kotoran dengan mudah tanpa perlu tenyeh kuat. Selepas digunakan pada kulit wajah, perlu bilas dengan air. Hal ini kerana micelles water mudah tertinggal dalam pori-pori kulit wajah sehingga boleh menyebabkan masalah breakout.

Ads

4.Wet Tissue

Kenali Jenis-jenis Pencuci Muka, Buatlah Pilihan Yang Tepat Supaya Kulit Tak Breakout
Photo by Kelly Sikkema on Unsplash

Paling sesuai digunakan ketika waktu melancong, ketika terlupa bawa produk mencuci mekap dan dalam keadaan anda ingin cepat. Walau bagaimanapun wet tissue hanya berfungsi untuk menanggalkan solekan ringan sahaja, tidak untuk solekan yang tebal. Tidak sesuai untuk kegunaan harian kerana ia boleh mengeringkan kulit wajah. Kalau untuk kegunaan sekali sekala tidak mengapa dan apabila perlu sahaja.

5. Cleansing Soap

Ads
Kenali Jenis-jenis Pencuci Muka, Buatlah Pilihan Yang Tepat Supaya Kulit Tak Breakout
Photo by Cristian Rojas from Pexels

Mungkin tidak ramai yang menggunakan pencuci wajah jenis sabun, namun masih ada yang menggunakannya. Jika anda masih menggunakan pencuci wajah jenis sabun, lihat sama ada ia mengandungi SLS dan agen pencuci atau tidak. Pastikan pH berapa. Kebanyakan pencuci wajah jenis sabun beralkali. Ia menyebabkan kulit semakin kering. Jika digunakan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan masalah jerawat (breakout).

Amat penting untuk memilih pencuci wajah mengikut jenis kulit, kesesuaian dan keperluan. Elak sama sekali menggunakan pencuci muka sembarangan. Pencuci muka adalah langkah paling asas dan paling penting dalam rejim perawatan kulit wajah. Oleh itu pastikan anda memilih produk yang tepat.

HIJABISTA: Biarkan wajah kering dengan sendiri selepas mencuci muka. Elakkan daripada terus mengeringkan muka dengan tuala. Hal ini kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka. Ia menyebabkan kulit wajah tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka yang digunakan.

Sumber kredit: Fyza Shah Top image: Canva

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI