Rupanya cili kering ada banyak jenis. Sebab itulah penting untuk kita pilih cili kering yang sesuai supaya ia sesuai dengan tahap kepedasan seseorang individu.
Hal ini kerana bukan semua orang boleh makan masakan yang terlalu pedas. Untuk anak-anak misalnya, tentu mereka tidak boleh makan masakan yang terlalu pedas.
Berikut perkongsian Zurr Izaty Zolkepli,
Gemuk
Saiz besar, berkilat, biji yang banyak, kulitnya tebal dan liat, jika diblend, masih ada tekstur kasar, melainkan menggunakan heavy duty blender.
Ia juga dinamakan sebagai cili kering kelantan,kerana banyak digunakan dan dijual di sana.
Original: Thailand
Sesuai untuk semua masakan, dicampur dengan cili 668,273 dan Teja untuk dapatkan kepedasan yang seimbang dan warna merah yang cantik serta sesuai untuk dimakan oleh kanak² atau orang tua.
Kalau tuan puan suka kan pedas, cili jenis ini tidak menepati citarasa tuan puan.
Tahap Kepedasan: Tak Pedas*
668
Tekstur kerinting, kurang biji, dan kulitnya nipis berbanding Cili Kering Gemuk. Mudah diblend sehingga halus tanpa menggunakan blender heavy duty.
Original: Thailand
Sesuai untuk dimasak:Kuih popia sira, Kuih burger Malaysia, Sambal Ikan bilis, sambal udang petai, kuetiew goreng basah, mee goreng basah, mee kuah, laksa, nasi goreng cili kering, sambal telur mata/rebus/pecah, Shellout dan lain-lain.
Sesuai untuk tuan puan yang suka kan pedas.
10 tangkai cili kering ini sesuai untuk satu hidangan 4 orang makan.
Tahap kepedasan: Pedas*
273
Saiz seperti cili padi, berkilat dan banyak biji.Kulitnya nipis dan mudah diblend menggunakan blender biasa sahaja. Tahap keepdasam sama seperti 668.
Original: Thailand
Sesuai untuk dimasak: Rendang, Laksa, Mi Goreng, Sambal Ikan Bilis Nasi lemak , Sambal ikan, Sambal sotong, Asam pedas, Sambal ketam, Masak Masam manis kerapu, Ayam Masak kicap jawa, Daging goreng berlada, Ikan Talapia panggang bersambal,Pes Ikan Bakar, Ayam goreng mamak dan lain-lain.
Tahap Kepedasan: Pedas*
Teja
Rupa dan bentuk seperti cili jenis 273, tetapi sedikit kerinting.Tidak mempunyai batang. Jenis ini mempunyai kulit yang nipis dan mudah untuk diblender menggunakan blender biasa. Ia juga dinamakan Cili Kering Siam. ni tahap pedas dia tak boleh bawak bincang
Original: Thailand
Sesuai untuk dimasak: Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim atau jadikan flakes ( disangai/dibakar dalam oven dan blend kering)
Sesuai untuk mereka yang sukakan pedas.
Tahap kepedasan: Sangat Pedas
Persamaan untuk ke empat- empat cili ialah pijar apabila disentuh.
Sumber kredit: Zur Izaty Zolkepli