Bella Attamimi seorang gadis cantik berasal dari Bandung. Berusia 27 tahun, Bella Attamimi terkenal sebagai seorang selebriti yang sangat suka melancong.
Bella Attamimi turut dikenali sebagai seorang selebriti. Dia sering memuat naik kandungan fesyen melalui Instagramnya. Kini, dia mempunyai kira-kira 181 ribu pengikut.
Bella Attamimi juga sering kelihatan ‘cool’ di Instagramnya. Tak hairanlah dia sering dijadikan inspirasi fesyen buat hijabi.
Selebriti jelita ini rupa-rupanya sedang giat mengisi blog peribadinya iaitu thegirlwitharabstrapss.blogspot.com. Kebanyakan penulisannya ialah mengenai fesyen dan kecantikan.
Pelakon dan juga hos popular iaitu Yana Samsudin meluahkan rasa rindunya kepada ahli keluarga yang telah tiada menerusi gambar yang dimuat naiknya di laman instagram.
Cerita Yana lagi, sebenarnya ibunya datang dari kaum Bidayuh Kristian sebelum memeluk Islam. Dia juga terharu apabila bercerita mengenai pengorbanan ibunya yang berpindah jauh ke Johor demi mengikut suami tercinta.
Tak sanggup nak cerita lagi…
Tetiba syahdu pula…
Rindu Babeh & Tayung… ?
Memori full, scroll la nak delete pic & video , lalu pulak pic ni… ?
Tak tahu nak describe camne… Rindu tapi jauh… walaupun jauh tapi sentiasa di dlm doa & hati.
Ye lah, zaman muda yana , kena kerja keras nak beli tiket mak abah & adik beradik lain untuk balik sana. Tau lah kan kalau balik time raya Xmas & gawai harga tiket mahal..
Ok.. jangan tertanya yana ni kaum apa pulak?.. Mak yana muslim convert asalnya Bidayuh Kristian , Sarawak.
Keluarga mak pribumi Sarawak. Diaorg tinggal dalam komuniti kecik, tanam pokok durian, lada hitam, padi bukit, dan makan hasil bumi. Mak pernah cerita kalau diaorg adik beradik masuk hutan nak kemas kebun atau ke kampung sebelah ambil masa 4 hari tau.. berjalan kaki redah hutan bukit bukau… salute lah. Diaorg tak sesat pun ?
Paling Yana salute.. Babeh, Tayung & adik beradik mak (Aunty & uncle) beri peluang mak yana pilih jalan hidupnya (muslim) tanpa memutuskan silaturrahim sesama mereka. .
Jika di fikirkan pasal pengorbanan mak , jauh lebih kuat berbanding kami di sini..
Tinggalkan keluarga, tukar agama dan ikut suami ke Johor. Sampai sekarang setiap kali dia call mak dia , mesti menangis ?
Tapi tu lah, yana tulis ni bukan nak cerita pasal pengorbanan sesapa. Yana nak cerita pasal yana rindu orang orang tua keliling yana. Mendiang Babeh meninggal usia 99 tahun februari 2 tahun lepas. ?
Korang tahu kan situasi bila petang orang tua datang berkumpul duk mengopi mengeteh , menyogel sireh depan rumah… menganyam tikar, menganyam bakul, asah parang kebun, bawa balik durian , lada hitam, padi sawah , padi bukit, rambutan & hasil hutan seperti rebung & sayur sayuran… cucu cucu kecik main main kat halaman rumah…. Rindunya!!!!!! Ok lah . Tak sanggup nak sambung cerita… ?
Semoga kita semua, mak abah mama abah, atuk nenek mendapat pengakhiran yang baik insyaAllah. Amin…
Kata orang, kalau dah jodoh pasti tidak ke mana. Pelbagai cara Allah SWT akan menemukan sesebuah pasangan itu. Seperti pasangan di antara penjual aiskrim dengan pelanggannya sendiri ini.
Baru-baru ini telah tular di Tiktok video ‘throwback‘ yang memaparkan momen bahagia mempelai ketika pertama kali bertemu sebagai seorang ‘penjual aiskrim dan pelanggan’. Difahamkan, video tersebut dirakam sendiri oleh kakak ipar pengguna akaun @walidsaffine pada tahun 2020.
Menerusi kapsyen pemilik video tersebut, dia menyatakan bahawa ikatan perkahwinan terjalin selepas ‘pelanggannya’ sering membeli aiskrim yang dijual.
“Siapa suruh beli aiskrim saya, kan dah kahwin dengan saya,” tulisnya di dalam video berkenaan.
Berkongsi cerita kepada Mstar, pemilik video yang bernama Abdul Walid Saffine itu berkata, dia sendiri tidak menyangka jodohnya adalah gadis yang sering membeli aiskrim yang dijualnya.
Pertemuan antara dia dan isteri, Nurulhuda Jamidi, 23, bermula selepas dia nekad berhenti bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta.
“Pada masa itu, kawan-kawan juga ingin berhenti berniaga dan ingin menjual semua peralatan yang digunakan. Saya tak bercadang pun nak jual aiskrim, tapi sebab kawan saya nak berhenti berniaga, jadi saya membeli kesemua peralatannya dan mula menjual aiskrim menaiki motosikal.
“Pada masa sama, saya teringin sangat ingin menamatkan zaman bujang pada usia 24 tahun… tetapi tiada calon.
“Jadi saya cuba mencari pasangan dan salah satu platform yang digunakan ialah Facebook. Pada mulanya, saya berbual dengan semua wanita yang saya suka, jadi pada suatu hari pada tahun 2020, saya berhubung dengan wanita yang kini menjadi isteri saya.” ujar lelaki berusia 25 tahun itu.
Sering beri aiskrim percuma atau diskaun
Sambung cerita momen indah ketika mengenali isteri, Walid mengatakan bahawa isterinya sudah sedia maklum yang dia seorang penjual aiskrim. Bahkan, setelah mengenali isterinya, dia mendapati bahawa ternyata lokasi rumah mereka tidak jauh.
Disebabkan itu, dia mengambil peluang untuk mula menjual aiskrim di sekitar kawasan perumahan isterinya yang bertugas sebagai guru taska ketika itu.
“Saya jual aiskrim dan setiap kali lalu di kawasan perumahannya, dia akan beli aiskrim.
“Biasalah… apabila dah berkenan, saya akan beri aiskrim percuma atau diskaun,” luahnya gembira.
Beranikan diri untuk melamar
Foto Walid bersama isteri dan keluarganya
Selepas sering berhubung dan bertemu ketika menjual aiskrim, Walid akui telah memberanikan diri dan ‘membuka langkah’ untuk melamar isterinya.
“Lama-kelamaan saya cuba melamar dia dan tak sangka diterima. Apabila terima, makin keraplah saya lalu depan rumah dia… kerana masa tu saja saya dapat jumpa dan kami tak pernah keluar berdua pun.
“Perhubungan semakin serius apabila dia memaklumkan tentang hubungan kami berdua kepada kedua orang tuanya.
Dalam pada itu, Walid turut menzahirkan rasa syukur kerana keluarga mentua menerima dia dan pekerjaannya sebagai penjual aiskrim.
“Saya rasa bersyukur dengan penerimaan isteri dan keluarga sedangkan saya hanya penjual aiskrim. Malah ayahnya pernah berkata bahawa dia tidak peduli anak menantu kerja apa asalkan mencari rezeki halal.” katanya.
Foto Walid kini; berjaya membuka cafe sendiri
Kini, berkat hasil usahanya ketika menjual aiskrim, dia telah berjaya mengumpul duit untuk berkahwin dan telah membuka cafe sendiri, Smootea,Taman Tas pada 17 Disember lalu.
“…Ok, catat”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘bersemut’ serta berseloroh ingin menjadi penjual aiskrim! Ada juga yang turut mendoakan agar bahtera yang dibina kekal hingga syurga. Video yang dikongsikan di akaun TikTok tersebut kini mendapat lebih 1.2 juta tontonan dan 100.9K kesukaan.
“Comelnye cara Allah temukan jodoh…”
“untung la..hari2 dapat makan aiskrim. Haha”
“tahniahhhh…semoga kekal bahagia selama²nya….inshaAllah”
“alhamdulillah… tahniah. moga kekal hingga ke jannah”
“betapa hebatnya RAHSIA ALLAH tu kan? alhamdulillah syukur dan tahniah”
Pelakon cantik berusia 24 tahun Sharifah Rose yang berketurunan Melayu, Pakistan dan Jawa ini memulakan karier awalnya sebagai model dan selebriti media sosial sekitar tahun 2016.
Tiga tahun kemudian, Sharifah Rose muncul dalam muzik video pertamanya berjudul “Vromm Vromm” nyanyian Nabila Razali.
Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira kini terus mengorak jejaknya dalam dunia lakonan.
Antara drama yang telah melonjakkan namanya sebagai pelakon muda berbakat besar ialah Kekasih Hati Mr Bodyguard.
Selain itu, Sharifah Rose juga pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Telenovela Popular 2021 di Anugerah Telenovela awal tahun lalu.
‘NATURAL BEAUTY’
Sebagai seorang public figure, setiap perkara yang dilakukan Sharifah Rose pasti menjadi perhatian. Antaranya, rutin kecantikan hariannya.
Sharifah Rose sering berkongsi video-video penjagaan kulit wajah dan tutorial makeup di Instagram.
Sharifah Rose amat bertuah kerana memiliki kulit wajah yang segar, sihat dan bersih tanpa sebarang masalah. Memang terpegun melihat kulit wajahnya yang polos, natural beauty!
Di ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminatnya memuji kecantikan yang dimiliki Sharifah Rose.
Ibunya, Noraini Dahlan yang berketurunan Melayu-Jawa turut memiliki kencantikan tersendiri. Manakala bapanya Syed Mohd Mazfira Syed Mohd Bakar pula berketurunan Melayu-Arab.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan? Rata-rata anak kacukan memang cantik-cantik dan kacak.
USAHAWAN TUDUNG
Siapa sangka, dalam kesibukannya sebagai seorang model, influencer dan pelakon, Sharifah Rose turut memiliki koleksi tudung jenamanya sendiri iaitu Harirose.
Jenama tudungnya itu mula berada di pasaran pada awal 2022 sebagai urban modest scarf. Ia mensasarkan golongan yang sudah lama bertudung dan pertama kali mengenakan tudung.
Semoga Sharifah Rose terus sukses sebagai seorang pelakon yang ‘versatile’ seterusnya maju dalam bisnes.
Kredit Foto: Instagram Sharifah Rose
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!