Kecantikan

Kenali 5 Jenis Ulam Yang Memberi Khasiat Kepada Rambut Hinggalah Ke Kaki Anda! Cubalah!

Share

Nak tahu apa rahsia terbaik untuk menu diet yang sihat? Pastikan anda tidak melupakan ulam-ulaman dalam pinggan menu anda! Ramai yang tahu bahawa ulam mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan kita. Daripada kesihatan kulit hinggalah kepada kesihatan organ dalaman seperti jantung, buah pinggang dan lain-lain, ulam-ulaman amatlah diwajibkan untuk diambil dalam menu makanan anda. 

Sumber gambar: Pasar Hub

Nak tahu jenis ulam-ulaman yang paling banyak khasiatnya? Jom baca!

  1. Ulam pegaga
Sumber gambar: Ulam pegaga

Diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang menjana daya pemikiran lebih cerdas di kalangan kanak-kanak serta membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.

2. Petai

Sumber gambar: Bola Stylo

Meski berbau busuk, namun khasiatnya sangat mengagumkan. Menurut kajian, petai mengandungi kandungan protein lapan peratus lebih tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain. Antara kebaikan lain adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, Vitamin A, B1, B2 dan C. Petai dikatakan dapat merawat penyakit kencing manis, penyakit jantung dan mencuci buah pinggang.

Baca juga: Diet Berbulan-Bulan, Tapi Tak Mendatangkan Hasil? Rupanya Inilah 10 Kesilapan Yang Selalu Dibuat!

3. Jering

Sumber gambar: Free Malaysia Today

Mengandungi kebaikan sama seperti petai, ia dapat mengubati penyakit kencing manis. Kandungan sebatian alkaloid dapat meneutralkan paras gula dalam badan.

4. Kangkung

Sumber gambar: The Woks Of Life

Ia mudah didapati dan tumbuh meliar di kawasan sumber air. Kangkung terkenal sebagai penyembuh penyakit buasir, mengubati penyakit insomnia atau penyakit susah tidur malam serta merawat sakit kepala. Dari segi kecantikan, ulam yang terkenal dengan nama saintifik Ipomea Reptans ini juga boleh melebatkan rambut.

5. Peria

Sumber gambar: Xtra

Ulam yang paling mendapat perhatian dunia perubatan moden, peria menjadi sumber utama dalam herba tradisional di China. Menurut kajian perubatan Barat, ia dapat meningkatkan sel imun dalam tubuh badan serta mengurangkan paras gula bagi pesakit kencing manis.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra