Untuk memastikan hijab yang dipakai sentiasa kemas dan ‘on point’ anda perlu rajin menggosoknya. Lebih-lebih lagi jika menggayakan hijab satin yang mudah kedut. Namun sebelum menggosok sesuatu tudung, iron yang digunakan mestilah sesuai dengan tekstur tudung yang ingin digosok.

Ini adalah untuk mengelakkan kerosakan pada tudung tersebut. Kenal pasti jenis fabrik terlebih dahulu supaya kerja menggosok jadi lebih mudah dan menyeronokkan.

Kenal Pasti Jenis Tudung Sebelum Mengosoknya Untuk Elak Jadi Berlubang Atau Rosak. Hijabi Patut Tahu!

TUDUNG BAWAL

Hanya perlu mengawal suhu seterika supaya tidak terlalu panas. Jangan lupa gunakan semburan air bercampur pelembut untuk memudahkan lagi gosokan.Untuk yang mempunyai manik atau sulaman, hanya perlu digosok di bahagian belakang sulaman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bawal Mutiara RM25 Jer ! (@divascarfhq) on

TUDUNG LYCRA

Antara tudung yang terbaru dan paling mudah untuk digunakan. Tudung ini hanya perlu digosok dengan menggunakan suhu yang sederhana. Ini kerana, struktur kainnya yang mudah digosok dan sukar berkedut.

Ads

SELENDANG KAPAS SPANDEX

Selendang ini agak keras sedikit kainnya tetapi sangat mudah dipakai dan dibentuk. Gunakan suhu empat atau lima semasa menggosok selendang ini kerana jenis kain yang kasar dan tahan kepanasan.

Kenal Pasti Jenis Tudung Sebelum Mengosoknya Untuk Elak Jadi Berlubang Atau Rosak. Hijabi Patut Tahu!

SELENDANG JOJET

Selendang yang mendapat perhatian dan sambutan para gadis Muslimah. Ia mudah dipakai bersama anak tudung jenis kapas kerana struktur selendang ini yang agak licin. Gunakan suhu tiga atau empat walaupun ia bersifat sukar berkedut. Tetapi kalau selendang ini berkedut, gunakan semburan air pada bahagian yang berkedut.

Ads

TUDUNG AWNING BERMANIK

Ia sama dengan tudung awning yang lain. Cuma bezanya ia mempunyai manik pada bahagian awning dan menyukarkan proses menggosok. Cara menggosok iaitu gosok pada bahagian dalam awning tetapi jangan terlalu kuat kerana ia bakal meninggalkan kesan pada tudung  Kaedah dry clean adalah sangat baik. Guna suhu yang rendah dan sederhana.

 

View this post on Instagram

 

Hello #phlovers! Tudung Baru Doz Chic Printed dah released di semua galeri PH hari ni tau! Lagi koleksi Doz Printed yang boleh buat you all semua rambang mata nak pilih semua kan! =) Kalau takut terlepas ada baiknya datang cepat ke galeri PH berdekatan ok! silap silap kempunan mampu tengok je orang pakai hehehe . jadi tunggu apa lagi.. dapatkan segera! Normal price: soft visor: sp1: rm149 sp2: rm159 sp3: rm169 hard visor: sp1: rm159 sp2: rm169 sp3: rm179 Whatsapp : Butik Senawang : 0196643912 Butik Bangi : 0196751818 Butik Busana MARA KL : 0199347212 Butik Shah Alam : 0196632912 Like us on FB: Pearl Haya Malaysia HQ Follow us on Instagram : pearlhayamalaysia Feel It! Wear It! Love It! ❤️ ❤️ ❤️ #YearEndSale #ExpressHijab #PakarHijabAnda #Wanitaberkarisma #HijabSegera #IndahnyaBerhijab #IlovePearlHaya #TudungSarung

A post shared by JUALAN TUTUP KILANG (@pearlhayamalaysia) on

TUDUNG AWNING

Tudung yang paling digemari kerana mudah dipakai. Penjagaan yang rapi pada bahagian awning tudung agar tidak patah atau rosak. Cara menggosoknya sangat mudah dan ringkas dan hari perlu digosok di bahagian dalam awning dengan suhu rendah antara dua atau tiga. Tetapi perlu diingat, semasa membeli tudung, perlu mengambil tahu adakah awning nya perlu digosok atau tidak?

Ads

Jika jenis awning yang tidak boleh digosok hingga menyebabkabkertasnya mengecut, kamu gunakan pelapik seperti kain kapas dan diletakkan di bahagian dalam awning. Jangan sesekali menyembur air pada bahagian awning tudung kerana dikhuatiri akan merosakkan awning tudung tersebut.

SELENDANG LICIN

Corak pada selendang ini sememangnya cantik dan menarik tetapi agak sukar dipakai kerana strukturnya yang terlalu licin. Ia sesuai dipakai bersama anak tudung jenis kain yang kasar. Selendang ini bersifat sejuk dan sukar berkedut. Suhu yang sesuai digunakan ialah dua dan tiga, ia bagi mengelakkan kain selendang mengecut akibat panas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The dUCk Group (@theduckgroup) on

Harap tip di atas dapat membantu anda semua dalam menggosok tudung untuk digayakan Syawal nanti.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI