Kenal Pasti 5 Tanda Ini Kalau Nak Tahu Vagina Sihat Atau Tidak. Salah Satunya Sakit Ketika Buang Air Kecil

Share

Kesihatan kemaluan itu penting bagi seorang wanita, tidak kira bagi wanita single ataupun sudah berkahwin. Memang keadaan organ intim ini tidak nampak dari luaran tetapi itu tidak bermakna anda perlu mengabaikannya. Tidak sukar sebenarnya untuk anda tahu keadaan kemaluan anda sama ada sihat atau pun tidak. Cuba lihat 5 tanda ini.

Jika anda ada alami salah satu daripadanya, terus sahaja jumpa doktor ya! Jangan berlengah kerana bimbang masalah kesihatan lain yang berlaku nanti.

1. Keluar Cairan Berwarna Yang Tidak Normal

Normal bagi setiap kemaluan untuk mengeluarkan cecair agar ia tidak kering. namun, yang perlu anda ambil kira jika cecair tersebut berubah warna seperti warna hijau, coklat atau kekuningan. Itu bermakna anda mungkin mengalami jangkitan.

2. Kemaluan Berwarna Kemerahan

Warna kemaluan setiap individu adalah berbeza. Namun, jika kemaluan anda berwarna kemerahan dan terasa panas jika disentuh, itu antara petanda yang tidak baik.

Kemaluan yang sihat memiliki warna kemerahan tetapi jika panas apabila bila disentuh, itu bermakna terdapat infeksi.

Pastikan anda tidak memakai seluar dalam terlalu ketat dan tidak menyentuh kemaluan dengan tangan yang kotor.

3. Tidak Sakit Apabila Disentuh

Membersihkan kemaluan menggunakan tangan adalah penting. Kemaluan yang sihat tidak akan terasa sakit apabila disentuh. Sebaliknya, jika kemaluan anda bermasalah, pasti akan terasa sakit saat disentuh.

4. Sakit Ketika Buang Air Kecil

Anda boleh tahu keadaan kemaluan anda ketika anda membuang air kecil. Jika anda tidak mengalami sebarang kesakitan ketika buang air kecil, itu bermakna kemaluan anda berada dalam keadaan yang sihat.

5. Period Tidak Teratur

Setiap wanita pasti akan mengalami period pada setiap bulan. Sekiranya anda tidak datang period dalam beberapa bulan, baik anda pergi berjumpa doktor.

Tetapi, boleh jadi ia berkaitan dengan masalah hormon atau anda mengalami stress yang berlebihan sehingga mengganggu kitaran haid anda.

Artikel Berkaitan: Legakan Sakit Kepala Dengan Ketulan Ais

Published by
Siti Zurina