Sehingga kini, kes kematian akibat wabak COVID-19 meningkat ke angka 21. Kematian ke-21 (kes ke-1588) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Kes kematian ke 21 ini merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah memasuki hari yang ke sembilan. Namun masih ada juga di kalangan kita yang masih berdegil, keluar rumah tanpa alasan yang menusabah.
Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April depan. Trend semasa menunjukkan kes positif Covid-19 yang baharu masih berlaku.
Dalam perkongsian di laman Instagramnya, pelakon Zila Bakarin telah berkongsi rakaman video di India selepas Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan perintah berkurung.
Dalam video tersebut menunjukkan setiap individu yang keluar akan dihambat dengan rotan. Ia dilakukan demi memastikan perintah berkurung yang diwartakan dapat dilaksanakan dengan berjaya bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemaklumanan pelanjutan tempoh ini dibuat lebih awal supaya rakyat lebih bersedia.
“Trend ini dijangka berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan PKP bagi satu tempoh masa yang lebih lama.
“(Jadi) anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.
“Pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya, semalam.
Tan Sri Muhyiddin berkata, tempoh kuat kuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa. Katanya, ia akan dilanjutkan lagi jika ada keperluan dan beliau akan buat pengumuman mengenainya.
“Yang penting saya mohon supaya saudara-saudari sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah. Saya juga sudah mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluan asas anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Yang penting semua keperluan asas mestilah sentisa tersedia dan mencukupi.
“Ini termasuk bekalan makanan, elektrik dan air, perkhidmatan kutipan sampah dan pembentungan, kemudahan komunikasi dan logistik serta keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.
Sumber kredit: Instagram Zila Bakarin dan
Harian Metro