Kena Covid Sewaktu Hari Jadi, Che Ta Janji Sambut Lepas Aaisyah Kembali Sihat

Share

Jangkitan virus Covid-19 semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Kerisauan sudah mulai melonjak dalam kalangan masyarakat kerana ia sudah mula merebak pada orang sekeliling.

Berikutan baru-baru ini, perkongsian Che Ta mengenai anaknya, Aaisyah Dhia Rana, telah disahkan terjangkiti virus Covid-19. Kegusarannya membuatkan ramai juga bersimpati dan lebih waspada dengan penularan wabak ini.

Hari jadi princess tapi kena take a rest

Aaisyah bersama Che Ta dan Zain Saidin sewaktu ulangtahun kelahirannya yang ke-7 tahun lalu.

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan membuat perkongsian di laman sosial media miliknya tentang keadaan anak perempuannya yang kini sedang rehat kerana dijangkiti virus Covid-19. Aaisyah disahkan menghidap virus itu pada hari ulang tahun kelahirannya yang kelapan iaitu 1 November 2022 (hari ini).

Melalui posting itu, Aaisyah kelihatan sedang terbaring lemah dan hanya merehatkan diri oleh kerana wabak tersebut. Tidak kesampaian hati melihat keadaan itu, Che Ta menitipkan semangat untuk anaknya melalui posting di ruangan Instagram.

Artikel berkaitan: “Cantik Rupa, Cantik Akhlak…” Peminat Terharu Lihat Fazura Tak Kekok Layan Pesakit Kanser

“Hari ini hari jadi princess Aaisyah Dhia Rana, tapi kesian sayang mummy

kena covid,

“Dah sihat kita celebrate all out ya sayang.” tulisnya di ruang kapsyen.

Sepatutnya menjadi majlis sambutan hari lahirnya anak perempuannya itu, kini dia terpaksa tunda dan menanti sehingga Aaisyah pulih seperti sediakala. Sayu hati melihat video yang dikongsikan itu, ramai yang mendoakan kesejahteraan serta ucapan selamat ulang tahun pada si kecil Aaisyah.

Sumber Instagram Rozitachewan1

“Alahai kesian, get well soon babygirl! Happy birthday!!”- Catriona Ross

“Alah, sian. First time kena ye…semoga Aaisyah cepat sembuh ye…” – Sharifah Shahirah

Happy birthday beautiful girl…get well soon. Moga menjadi anak yang solehah, berjaya selalu amin” – Erra Fazira

Begitulah komen yang dikongsikan oleh rakan-rakan artis apabila Che Ta memuatnaik video tersebut. Ramai yang risau akan keadaan Aaisyah, insyaAllah bila dah sihat, boleh tengok Aaisyah pakai cantik-cantik dan celebrate birthday!

Sumber: Instagram Rozita Che Wan

Artikel berkaitan: Influenza A Kembali ‘Menjengah,’ Terus Amalkan Norma Baharu Sama Seperti Ketika Pandemik Covid-19

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee