Tanpa Rasa Paranoid! Kempen Kid’s Safe Travel, Galak Ibu Bapa Bawa Anak-anak Bercuti Dengan Selamat

Share

Pandemik COVID-19 yang melanda negara dua tahun lalu memberi kesan kepada kemasukkan jumlah pelancong ke negara ini. Pada tahun 2019, jumlah kemasukkan pelancong ke negara ini mencatat sebanyak 26 juta. Bagaimanapun hanya sejumlah 4.3 juta dicatatkan sejak 2020.

Jumlah berkenaan berjaya dikumpul hasil pelancongan dalam negeri bermula dengan ‘travel bubble di Pulau Langkawi’ disebabkan penutupan pintu sempadan. Tidak hanya sektor pelancongan yang terjejas, tumbesar anak-anak turut mengalami gangguan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) kerana terpaksa berkurung terlalu lama disebabkan larangan melakukan aktiviti di luar.

Pencegahan terbaik anak-anak terkawal

Bercuti tanpa rasa paranoid, kempen Kid’s Safe Travel yang bertujuan untuk memupuk budaya pencegahan agar pergerakkan kita lebih selamat dan terkawal. Sempena dengan pembukaan sempadan negara dan pengumuman fasa endemik oleh kerajaan bermula 1 April yang lalu, Pengasas Ola & Oli Sdn Bhd dan Jom Kembara Utan, Dr Nur Shasa Ain Tan Sri Abdul Aziz, 38, memperkenalkan ini yang bertujuan untuk memupuk budaya pencegahan agar pergerakkan kita lebih selamat dan terkawal.

Majlis disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Yang Berhormat Datuk Seri Hajah Nancy Shukri yang berlangsung di Banquet Hall Kelab Golf Contry Club (KLGCC) pada Ahad. Menurut Nancy, beliau gembira melihat anak Malaysia terutama sekali golongan muda menunjukkan kesungguhan dan inisiatif sendiri untuk memulihkan sektor pelancongan dan kebudayaan negara.

Inisiatif pulihkan industri pelancongan

Inisiatif kerajaan di bawah agenda Keluarga Malaysia kini berjaya menarik perhatian usahawan seperti Dr Shasa dan pasukannya di dalam membantu ekonomi negara pulih secara holistik.

“Saya percaya kesungguhan itu adalah atas dasar cintakan negara dan minat yang mendalam dalam mempromosikan keindahan negara yang mewah dengan pelbagai adat dan budaya.

“Apabila menyentuh mengenai topik kesihatan pula, selalunya kita kaitkan dengan perubatan. Seperti yang dinyatakan Dr Shasa, Kempen “Kids’ Safe Travel” adalah kempen yang lebih kepada memupuk budaya pencegahan agar pergerakan kita lebih selamat dan terkawal.

“Melalui kempen itu juga kita mengharapkan agar dapat menguatkan institusi kekeluargaan melalui pelancongan di dalam negeri bersama anak-anak dengan berobjektifkan melancong sambil mempelajari budaya, sains, seni dan alam semula jadi yang sangat istimewa di negara kita di atas platform menarik melalui animasi dan aplikasi Jom Kembara Utan,” ujar Nancy.

Makanan tambahan melindungi anak ketika melancong

Dr Shasa yang juga bergelar seorang pakar Audiology pula berkata, objektif penganjuran Kempen Kids’ Safe Travel adalah bagi menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar dan mengelakkan daripada terus berkurung di rumah.

Menurut Dr Shasa sebagai seorang yang turut bergelar ibu, dia memahami perasaan sesetengah ibu bapa yang masih lagi paranoid untuk membawa anak mereka keluar kerana bimbang dijangkiti wabak COVID-19 apabila bergaul dengan orang ramai. Justeru, bagi memastikan ibu bapa dapat membawa anak mereka keluar dengan selamat beliau memperkenalkan makanan tambahan yang diperbuat daripada malt coklat keluaran syarikatnya Ola & Oli.

Dr Shasa juga berkata, formulasi produk SupeOla Immu B+ itu dibuat bersesuaian dengan selera kanak-kanak yang tidak menggemari produk makananan yang berperisa buah-buahan.

“Objektif kami memperkenalkan Kids’ Safe Travel adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar rumah serta menjalani kehidupan normal seperti sebelum zaman pandemik bagi menguatkan lagi institusi Keluarga Malaysia dan kembali memeriahkan sektor pelancongan negara.

“Bukan untuk mengembara semata-mata, makanan tambahan itu juga sesuai untuk diambil ketika keluar bersiar-siar dihujung minggu, atau pulang ke kampung untuk berhari raya dan ianya juga boleh diambil bagi kanak-kanak yang sudah pun ke sekolah,” katanya.

Menurut Dr Shasa lagi, mereka mensasarkan golongan kanak-kanak kerana golongan itu adalah pelapis masa depan negara. Justeru perhatian yang lebih harus diberikan kepada golongan itu kerana mereka bakal bergelar pemimipin satu hari nanti.

Galak makan makanan seimbang

Berkenaan pemilihan produk makanan tambahan, Dr Shasa berkata, walaupun mempunyai banyak pilihan makanan yang seimbang, namun bukanlah mudah untuk memaksa golongan kanak-kanak memakan makanan yang seimbang. Lebih-lebih lagi ketika melancong dan mengembara. Bagi memudahkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak kekal sihat katanya, menyebabkan dia memperkenalkan SupeOla Immu B+ yang dapat membantu menggalakkan peningkatan sistem imun badan.

“Kita adalah apa yang kita makan, akses anak-anak terhadap makanan memang banyak tetapi bukan senang untuk menggalakkan mereka untuk makan makanan yang seimbang terutama sekali ketika melancong.

“Idea untuk menghasilkan produk makanan tambahan ini tercetus ketika PKP di atas hasil kajian saya terhadap COVID-19 dan masalah pendengaran. Jadi salah satu cara untuk mencegah COVID-19 menjadi lebih teruk adalah meningkatkan sistem imunisasi anak melalui makanan tambahan.

“Selain daripada memperkenalkan produk kami, kempen ini juga bertujuan untuk mempromosikan melancong dan mengembara dengan selamat melalui kempen Kids’ Safe Travel. Di mana, kita masih boleh membawa anak-anak keluar tetapi haruslah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan dalam masa yang sama dapat menguatkan lagi sistem imunisasi mereka dengan makanan tambahan,” katanya.

Melancong adalah salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan keluarga. Kenapa perlu ada rasa paranoid untuk keluar, jika ada kawalan pencegahan. Mungkin ini pilihan terbaik untuk anda dan keluarga untuk menikmati suasana luar selepas pendemik.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
SH