Finalis program Ratu Hijabista, Mellya Azizi teruja untuk menggalas tanggungjawab terbaharunya selepas diberi peluang untuk muncul sebagai pembaca berita di TV9 yang akan bermula pada bulan September ini.
Walaupun takut dan berdebar, Mellya atau lebih mesra disapa Mel berasa begitu bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan ini dan berazam untuk melakukan sehabis baik tugasnya nanti.
“Perasaan Mel sangatlah takut sebab tak pernah cuba lagi jadi pembaca berita, tapi excited
untuk mencuba dan enjoy setiap ilmu baru yang diterima.“Pada mulanya Mel dipanggil untuk share resume bersama produksi TV9 Malaysia dan hantarkan video membaca berita kepada mereka. Alhamdulilah, tak sangka ada rezeki untuk terpilih sebagai ‘top 3’ pembaca berita TV9 yang baharu,” jelasnya yang gemar melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan ini.
Bagi memantapkan lagi penyampaiannya, Mel gigih melakukan latihan setiap hari bersama rakan penyampainya yang melalui aplikasi Zoom.
Kami yang junior ini banyak melalui proses mockrun dimana kami berlatih di set seperti siaran langsung untuk selesakan diri dengan suasana penyampaian berita.
“Selain itu, kami juga diberikan didikan oleh tenaga pengajar yang juga merupakan pembaca berita TV3 menerusi platfrom Zoom setiap hujung minggu untuk membaiki bacaan, intonasi dan juga lenggok gaya supaya sesuai dengan stail berita TV9.
“Memandangkan ini suatu perkara baharu untuk Mel, jadi Mel memang banyak sangat buat research mengenai gaya pembaca berita dan banyak menonton video dari pembaca berita terdahulu seperti Hazlin Hussein, Affiza TV9 dan ramai lagi,” tambahnya.
Buat anda semua, nantikan penjenamaan terbaharu berita TV9 pada bulan September ini jam tujuh malam yang akan menampilan Mel sebagai salah seorang wajah baharunya. All the best Mellya!