Kecantikan semulajadi adalah dambaan setiap wanita. Untuk mencapai kulit yang sihat dan glowing. Salah satu rahsia kecantikan semulajadi yang telah digunakan berabad lamanya adalah dengan memanfaatkan teh hijau.
Masih ramai yang tidak tahu, selain enak di minum dan membantu penurunan berat badan, teh hijau juga merupakan salah satu penyelesaian secara semulajadi untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat.
Ini kerana teh hijau memiliki kandungan nutrisi yang bermanfaat pada kulit wajah. Nak tau apakah manfaat dan kebaikan teh hijau? Di sini Hijabista telah senaraikanya! Jom semak.
Teh hijau kaya dengan antioksida terutamanya polifenol, yang membantu melindungi kulit dari terancam dengan masalah kulit. Antioksida juga membantu mengurangkan kedutan, garis halus, dan tanda-tanda penuaan.
Sekiranya anda mengamalkan minum teh hijau secara konsisten, secara tidak langsung hijabi akan memberikan perlindungan secara semulajadi terhadap kulit dan menjaga keanjalan serta kelembapan kulit. Malah, pertumbuhan jerawat dapat dicegah dengan menggunakan teh hijau
Artikel berkaitan: Betulke Teh Hijau Boleh Kuruskan Badan, Mitos Atau Fakta?
Selain itu, teh hijau memiliki sifat anti-inflamasi yang membantu mengurangkan masalah radang kulit akibat jangkitan bakteria yang menjadi punca jerawat.
Kandungan antioksidan dalam teh hijau juga membantu membersihkan pori-pori, mengurangkan kulit dari mengeluarkan minyak berlebihan, dan mengatasi jerawat.
Sekiranya hijabi mengamalkan minum teh hijau secara teratur, ia dapat membantu menjaga kulit sekaligus membuatkan impian mendapat kulit bebas jerawat, lebih bersih dan cerah menjadi kenyataan.
Lebih menarik lagi, Teh hijau mengandungi bahan yang dapat membantu melindungi kerosakkan kulit akibat terdedah kepada sinar matahari (Ultra Violet) yang berlebihan.
Walaupun tidak dapat melindungi secara menyeluruh seperti menggunakan krim pelindung matahari (Sunscreen) tetapi dengan meminum teh hijau anda dapat memberikan perlindungan tambahan kepada kulit dari dalam dan membantu menjaga kulit agar tetap sihat.
Itulah tiga manfaat dari teh hijau untuk kesihatan kulit wajah. Semoga penjelasan diatas dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh hijabi yang mendambakan kecantikan secara semulajadi!
Artikel berkaitan: Rupanya Ini Sebab Teh Hijau Digunakan Dalam Rutin Kecantikan, Kaya Pelbagai Khasiat. Cukup Dengan 4 Cara Ini
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.