Umum mengetahui pelakon Zizie Izette baru sahaja melahirkaan anak ketiganya baru-baru ini. Dan pastinya dia turut mengalami masalah kenaikan berat badan sepanjang tempoh itu. Namun sebagai seorang public figure, Zizie perlu menjaga penampilannya agar sentiasa nampak cantik dan menawan.
Berkongsi di laman Instagramnya Zizie memberitahu cara dia menurunkan berat badan hingga mencapai berat badan ideal. Dia berjaya menurunkan berat sebanyak 20 kg dalam masa 44 hari sepanjang tempoh berpantang.
Menurutnya, dia menggunakan khidmat berpantang dari @natalismothercare yang menyajikan menu berkhasiat setiap hari. Namun menurutnya, diri sendiri juga perlu kuat dan tidak boleh ‘tipu’ walaupun jika dalam bilik penuh dengan koklat.
Tambah Zizie lagi, jangan rasa nak susahkan diri dalam berdiet terutama bagi ibu yang menyusu anak. Ini adalah bagi mengelakkan susu badan jadi kurang dan tidak berkhasiat. Dia juga begitu mengawal kuantiti makanan diambil dan juga pengambilan kalori.
Malah menurutnya, menyusu badan juga sebenarnya banyak membantu membakar lemak. Oleh kerana menjalani pembedahan dalam melahirkan, jadi Zizie tidak memberi keutamaan untuk melakukan senaman dalam beberapa bulan ini selepas melahirkan.
Dan walaupun sudah tamat tempoh berpantang, perjalanan untuk menurunkan berat badan tidak akan terhenti. Sebaliknya dia mahu menghilangkan lagi 10 kg untuk kembali langsing seperti sebelumnya.
Gained 16 kg from my last pregnancy and lost almost 20kg in 44 days right after delivery.
What I had to do was to follow all @natalismothercare‘s healthy menu every single day!
Of course, diri sendiri kena kuat x boleh cheat esp when u hv a room full of chocolate.
But pls go easy on urself esp breastfeeding mothers out there. Jgn terlalu berdiet smp susu badan jadi berkurangan & x berkhasiat. I always practice portion control and counting calories. Breastfeeding juga bnyk membantu bakar lemak.
So utk kuruskan badan, selain rawatan2 dari Natalis, saya bnyk bg susu badan dan pump utk baby so badan saya bakar lebih calorie dlm satu hari since I’m a c sect mother and exercise is not an option for the first few months after delivery. And my weight loss journey doesn’t end here.
To look good, I need to lose another 10kg! I will take one step at a time. Oleh kerana keberkesanan team Natalis menjaga saya, saya sambung lagi rawatan berpantang selama 28 hari lagi. Yasssss we can do this @natalismothercare
Dalam posting Zizie juga dia turut memberitahu, sebaik habis berpantang ini, wajahnya makin berseri-seri dan nampak sihat bertenaga.
Ini kerana menurutnya servis berpantang yang diambilnya menyediakan perkhidmatan berurut, tungku, mandia herba, steam bath dan turut dijaga dengan rapi oleh mereka.
Bukan itu sahaja, ketika diakhir berpantang pula, mereka turut memberi perkhidmatan skrub, mask,, mandi bunga dan juga totok wajah. Inilah rahsia wajahnya jadi berseri-seri selepas besalin.
Bukan saya kata ya, org yg kata..(chewah!) selepas berpantang ni saya makin berseri2 & nampak sihat bertenaga.
Mana x nya, hari2, diurut, di tungku, mandi herba, steam bath in short, di jaga rapi & di pampered habis2an oleh confinement ladies dari @natalismothercare
Oh masa tutup pantang pula siap full body treatment and that’s including massage, tungku, scrub, mask, totok wajah (a must try) dan paling BEST3x sekali mandi bunga.
Mmg confirm lah berseri2 muka lepas tu.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ZIZIE IZETTE