Kembali Berhijab & Makin Berseri-Seri NONNY NADIRAH Kini Lebih Matang, Kembali Fokus Kepada Dunia Seni

Share

Nonny Nadirah Zainuddin atau nama komersilnya Nonny Nadirah pernah menggemparkan industri hiburan apabila ‘menghilangkan diri’ selama tiga tahun setelah terpalit dengan kontroversi.

Ketika itu, aktres cantik kelahiran Sabah ini membawa diri ke kampung halamannya demi mencari ketenangan.

Julai lalu, sahabat baiknya Mila Jirin memuat naik video di Instagram peribadi memaparkan pertemuannya bersama Nonny setelah sekian lama tidak bertemu.

Lebih menarik perhatian ramai ketika itu, Nonny dilihat kembali menutup aurat dan bertudung. Dalam video tersebut, Nonny tampil sederhana dengan berpakaian serba hitam.

‘Hijabista On The Way’ baru-baru ini memaparkan temu bual eksklusif bersama Nonny Nadirah.

Selain mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku di sebalik ‘kehilangannya’ selama tiga tahun, aktres berusia 34 ini turut berkongsi rahsianya cantiknya yang sangat natural beauty.

Tak dinafikan, penampilan terkininya lebih berseri-seri. Nonny juga kelihatan sangat tenang dan bahagia.

“Hampir tiga tahun saya balik Sabah kat rumah family. Datang KL ni pun tak plan, tiba-tiba Hijabista panggil.

“Semasa mengambil masa untuk kenal diri sendiri tu, hampir tiga tahun banyak benda saya belajar. Muhasabah diri, kaji balik diri sendiri mana kesilapan yang perlu diperbaiki.”

Menurut Nonny, setelah apa yang dilalui sebelum ini banyak mengajar dirinya untuk menjadi seorang yang lebih matang. Nonny juga tidak akan toleh ke belakang lagi. Kini fokusnya untuk kembali ke dunia seni.

Kembali Berhijab
Bagi Nonny, penghijrahan adalah sesuatu yang sangat besar dan perlu ada pengorbanan. Ternyata, ia bukan mudah.

“Sebelum ni saya free hair, tak solat dan tak buka Al-Quran pun. Langsung tak, tak pernah tahu tentang apa itu agama. Sejujurnya, saya datang KL dengan tiada ilmu. Berkawan dengan circle

sendiri.

“Oleh itu, agama sangat penting dalam kehidupan agar kita berada di landasan yang betul. Kita ‘nakal’ macam mana sekali pun Insha-Allah, Dia akan bantu untuk tarik kita ke jalan yang betul.

Nonny turut meluahkan kesyukuran kerana dipertemukan dengan lingkungan sahabat yang baik dan sentiasa memberi sokongan buat dirinya.

“Bila berhijrah ni akan ada ujian kuat atau tidak. Kalau kita berjaya fight, Insha-Allah.”

Seorang Yang Simple
Biarpun bergelar public figure, Nonny kini lebih selesa dengan penampilan yang sederhana serta ringkas. Baik dari segi berpakaian mahupun solekan.

“Actually saya seorang yang sangat simple. Kalau ikutkan keluar pun tak makeup. Saya memang suka makeup, suka belajar tentang makeup.

“Bukan makeup je, semua benda. Apa yang ada saya pakai je. Kadang-kadang orang ingat saya macam tak ada baju lain sedangkan banyak je baju. Saya kalau dah suka satu benda akan pakai itu je. Selagi belum rosak, saya akan pakai sampai puas.

“Mungkin orang lain mampu tukar baju hari-hari. Tapi kalau kita tak mampu just be ourselves.

Berikut pesan Nonny buat mereka yang mungkin pernah atau sedang mengalami situasi sama sepertinya. Just be yourself dan fahami diri sendiri. Cintai diri sendiri sebelum kita mencintai orang lain.

“Sebelum ni saya tak faham konsep tu. Bila dah faham, oh sebenarnya kita kena utamakan diri kita sendiri.

“Bukan untuk jadi selfish tapi untuk kita dapat sesuatu yang lebih berharga, lebih faham dan lebih senang untuk kita tahu apa sebenarnya yang lebih penting untuk diri kita sendiri.”

Nonny turut berpesan, utamakan urusan dengan Allah dan usah mempersoalkan apa yang Allah beri. Baginya, orang yang tenang selalu menang, dan orang yang sabar ganjarannya syurga Allah.

Published by
Amy Mohd