Pelawak wanita yang juga pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie, atau lebih mesra disapa sebgaai Khiriah mengalami kecederaan akibat terbabas sewaktu menunggang motorsikal bagi menjayakan sebuah ‘scene’ dalam penggambaran drama Bosskid berkata dirinya berada dalam keadaan baik.
Malah, kecederaan yang berpunca dari kedegilannya sendiri yang mahu menjayakan babak berkenaan tidak begitu serius, Khiriah mengalami tisu koyak pada bahagian pergelangan tangan dan lebam.
Video berkenaan telah tular di laman sosial, sehingga rata-rata para peminat berasa terkejut dan mula mempersoalkan mengapa pelakon wanita berbadan kecil molek itu perlu menjayakan watak yang berat sedemikian rupa.
Menerusi video yang tular itu, dapat dilihat Khiriah yang sedang menunggang motorsikal membawa bebanan di belakang seperti seorang penghantar makanan, sebelum merempuh sebuah kereta yang ‘parking’ di hadapan set penggambaran tersebut.
Artikel berkaitan: Rangkul Anugerah ASA 2022, Noorkhiriah Bersyukur Kongsi Rezeki Dengan Anak
Susulan itu, Khiriah meminta orang ramai agar tidak mengecam mahupun menyalahkan pihak produksi, berikutan ia adalah kesalahan yang berlaku akibat kedegilan dirinya sendiri.
“Alhamdulillah, tangan saya tidak patah, cuma tisu koyak dan mengalami lebam.
“Apa yang terjadi adalah kesalahan saya, bukan produksi. Jadi, jangan kecam produksi kerana mereka sudah mengingatkan saya dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin,” katanya menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG) miliknya.
Mengulas lanjut, Noorkhiriah berkata, kemalangan itu berlaku bukan berpunca dari ketidakmahiran dirinya, ini kerana dia mempunyai pengalaman menunggang motosikal dalam drama Bedah Tong Gas, dahulu.
“Saya tidak mahu mengeluh kerana masih diberikan nyawa, itu paling penting. Sakit sikit-sikit.
“Selepas kejadian produksi menggesa saya mendapatkan rawatan susulan kerana bimbang keadaan menjadi lebih teruk.
“Sebenarnya, saya rasa seperti mahu pengsan akibat terkejut. Saya tak tahu hendak kata macam mana, tetapi Allah sudah jentik atas kedegilan saya,” katanya.
Justeru, Noorkhiriah menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminat yang prihatin terhadap insiden berkenaan dan mendoakan kesejahteraanya.
Menurut Khiriah lagi, dia tidak marah kepada netizen tertawa selepas menonton rakaman video berkenaan kerana insiden itu sememangnya lucu.
Sumber: Berita Harian & Instagram Noorkhiriah
Artikel berkaitan: “Dari Satu Van Jenazah, Sekarang Sudah Menjadi Empat. Allah Permudahkan Urusan,” – Noorkhiriah Bersyukur Ramai Yang Menyumbang
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.