Terkejut dengan surprise party yang dirancang oleh keluarga mertuanya, Hanis terharu dihidang dengan 3 buah kek. Hanis Zalikha panjatkan rasa syukur pada majlis yang sederhana tapi cukup bermakna kerana tahun ini sambut bersama dua cahaya mata.

Hadiah Peminat Sempena Ulangtahun

Surprise berganda Hanis Zalikha untuk peminat sempena ulangtahunnya, Cakenis baru-baru ini melancarkan koleksi edisi terhad terbaru, The Kek Origami sempena perayaan Ulang tahun Hanis. Seperti biasa, setiap satu daripada koleksi edisi terhad hijab cakenis direka bentuk dengan teliti oleh Hanis sendiri dan disempurnakan oleh team cakenis.

IKLAN

Inspirasi di sebalik signifikasi koleksi  ini berasal dari seni lipatan kertas Jepun, mengenai seni origami.  Tudung-tudung ini boleh didapati dalam enam warna dan nama iaitu nafas, Apricot, Windmill, Oxford, Pinata, dan Kertas Mache & Unicorn. Cakenis juga membawa reka bentuk yang unik di mana unsur-unsur daripada origami diperbadankan. Untuk menjadikannya lebih menarik, kesan monogram Cakenis boleh dilihat pada setiap elemen utama di sekitar selendang.

IKLAN

Bonus Koleksi Ini

IKLAN

Setiap kotak Origami Cake dilengkapi dengan helaian kertas origami sebagai eksklusif hadiah percuma. Cakenis juga telah memberikan buku nota edisi terhad kepada 50 pelanggan pertama yang membeli minimum daripada dua koleksi origami dan sebarang item di laman web utama Cakenis.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI