Terkejut dengan surprise party yang dirancang oleh keluarga mertuanya, Hanis terharu dihidang dengan 3 buah kek. Hanis Zalikha panjatkan rasa syukur pada majlis yang sederhana tapi cukup bermakna kerana tahun ini sambut bersama dua cahaya mata.
Hadiah Peminat Sempena Ulangtahun
Surprise berganda Hanis Zalikha untuk peminat sempena ulangtahunnya, Cakenis baru-baru ini melancarkan koleksi edisi terhad terbaru, The Kek Origami sempena perayaan Ulang tahun Hanis. Seperti biasa, setiap satu daripada koleksi edisi terhad hijab cakenis direka bentuk dengan teliti oleh Hanis sendiri dan disempurnakan oleh team cakenis.
Inspirasi di sebalik signifikasi koleksi ini berasal dari seni lipatan kertas Jepun, mengenai seni origami. Tudung-tudung ini boleh didapati dalam enam warna dan nama iaitu nafas, Apricot, Windmill, Oxford, Pinata, dan Kertas Mache & Unicorn. Cakenis juga membawa reka bentuk yang unik di mana unsur-unsur daripada origami diperbadankan. Untuk menjadikannya lebih menarik, kesan monogram Cakenis boleh dilihat pada setiap elemen utama di sekitar selendang.
Bonus Koleksi Ini
Setiap kotak Origami Cake dilengkapi dengan helaian kertas origami sebagai eksklusif hadiah percuma. Cakenis juga telah memberikan buku nota edisi terhad kepada 50 pelanggan pertama yang membeli minimum daripada dua koleksi origami dan sebarang item di laman web utama Cakenis.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Hijab Mampu Milik, Jenama Lokal Kolaborasi Bersama Penyanyi Bertaraf Antarabangsa
Meneliti gaya hijab figura bersuara lunak ini, pasti ramai mengenalinya. Punyai gaya hijab yang unik, Yuna penyanyi bertaraf antarabangsa membuat kemunculan khas dengan kolaborasi bersama jenama hijab lokal.
Pernah suatu ketika dahulu mengayakan stail hijab turban, gaya Yuna menjadi ikutan hijabi. Bagi Yuna berhijab perlu ada keselesaan sendiri tanpa lari dari akar sebenar berhijab. Tidak pernah mengikuti gaya mana-mana selebriti, Yuna selesa dengan kreativitinya tersendiri.
Hijab Tidak Perlu Mahal Janji…
Menariknya dalam sesi temubual bersama media, Yuna berkongsi pendapat bahawa mengenakan hijab tidak semestinya mahal. Bagi Yuna hijab mampu milik juga boleh memberi impak bagi si pemakai. Asalkan hijab itu bersesuaian dan anda pandai mengayakannya biarpun di mana sahaja.
Sebagai penyanyi yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Yuna tidak pernah memandang rendah pada jenama lokal. Malahan peluang keemasan ini memberi peluang dan ruang untuk menyokong jenama lokal di mata antarabangsa.
Putri N. Rex adalah jenama tudung lokal yang berpusat di Malaysia yang memberikan keselesaan dan hijab dengan kualiti kerja yang unggul dengan harga yang berpatutan. Berada di pasaran selama lebih kurang 5 tahun yang diasaskan oleh Putri Rex. Sebagai permulaan, ini adalah peluang seumur hidup bagi Putri untuk melakukan kolaborasi seperti ini dengan memanfaatkan situasi semasa dan mengaitkannya dengan tanda nama Eid kita “Embracing Sillaturrahim” . Walaupun memakan masa, ini merupakan kemajuan yang menyeronokkan dan Putri harap hijabi selesa mengenakan hijab dari Putri N. Rex semasa lebaran mahupun pengayaan harian.
Apa yang dimaksudkan “Embracing Silatulrahim”?
Perayaan lebaran selalu berkaitan dengan hubungan dengan orang-orang di kampung halaman atau saudara-mara kita yang jauh. Putri dan Yuna telah berkawan lama tetapi jarang bertemu kerana Yuna berpusat di Los Angeles.
Mereka berdua merangkul Silaturahim antara satu sama lain selama Yuna masih tinggal di Malaysia. Merangkul Silaturahim dalam konteks ini juga bermaksud berhubung dengan pelanggan kita, membina kepercayaan dengan mereka dari seluruh dunia, dari seorang wanita ke wanita lain. Kerjasama ini adalah khas untuk pelanggan setia jenama Putri N. Rex, peminat Yuna di seluruh dunia yang mengagumi gaya hijabnya dan termasuk mereka yang dalam proses berhijab.
Set Hadiah Daripada Yuna Untuk Hijabi
Putri N. Rex menginovasi Petal Satin, bahan yang kukuh namun lembut dan sejuk yang dilengkapi dengan dua koleksi untuk mengejutkan pelanggan setia jenama ini. Pertama, Set Hadiah Yuna dilengkapi dengan satu set tiga selendang, yang juga termasuk satu kit tudung dengan harga RM 198 sahaja dan terdiri dari empat set yang mempunyai kisah tersendiri iaitu:
- KUL-LAX
- Lawatan Hilang
- Yuna Di Panggung
- Cinta Terbaik
Kedua, Grace Easy Hijab telah menjadi koleksi terlaris Putri N. Rex dan sekarang didatangkan dalam Edisi Yuna yang merupakan selendang separa instan dan mempunyai 10 warna dengan harga RM98 setiap satu. Pastikan anda mencubanya kerana ia adalah kegemaran peribadi Yuna!
Kenapa Memilih Yuna?
Yuna adalah ikon wanita fesyen terbaik dan juga menjadi inspirasi kepada wanita lain. Mengemari dan mengagumi Yuna dengan caranya tersendiri. Karier sebagai artis berhijab di Amerika Syarikat merupakan satu cabaran yang membuka mata kami dimana ia bukanlah satu perjalanan yang mudah untuknya diterima di sana. Berhijab adalah terlalu peribadi buat pemakainya. Walaupun menghadapi cabaran, gaya tersendiri Yuna menyerlahkan keunikannya sebagai seorang artis.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Kulit Muka Sedang Alami Breakout, Cuba Pakai Toner Timun Ini. Confirm Jerawat Boleh Kecut!
Jerawat yang sering muncul pada wajah tentunya akan buat anda rasa ‘down’ dan kurang berkeyakinan kerana malu untuk berhadapan dengan orang ramai.
Jika jerawat kecil pun sudah malu, apatah lagi jika muka sedang ‘breakout’. Rasa nak sorok je muka dalam baju dan tidak mahu bertemu dengan sesiapa pun.
Wajah ‘breakout’ mungkin disebabkan oleh alahan terhadap sesuatu produk hingga menyebabkan jerawat timbul dengan teruk sekali. Jangan risau hijabi, setiap yang terjadi pasti ada hikmah dan jalan penyelesaiannya.
Menurut seorang lelaki bernama Nauf Safuan di Facebook, masalah wajah ‘breakout’ ini boleh diatasi dengan penggunaan toner timun kerana dikatakan toner timun ini sesuai untuk kecutkan jerawat yang ada pada wajah.
Lebih menarik apabila toner timun ini dikatakan boleh mengelakkan jerawat daripada terus merebak pada wajah. Malah, jika anda mengalami masalah pori yang besar pun digalakkan untuk memakai toner timun ini.
Ayuh kita baca perkongsian oleh Nauf Safuan ini.
Toner timun ni sangat sesuai untuk kecutkan En J yang berleluasa kat muka tu. Dan paling best. Toner timun ni boleh elak dari En J terus merebak. Pakai sebelah malam. Esok bagun pagi inshAllah En J akan segera kecut. Best kan?
Untuk yang ada masalah pori besar pun di galakan untuk pakai toner timun ni. Sat ja pori akan mengecut dengan pemakaian secara konsisten.
Kalau ada masalah kulit berminyak. Boleh perah sedikit lemon. Lemon ni nanti akan serap minyak minyak kat muka hampa. Kat bawah aku share bahan dan cara penyediaan.
Bahan-bahan
- 1/2 Timun
- 1/2 Lemon
- Penapis air teh
- Penyagat
Cara penyediaan
- Sagat timun tu bagi habis. Kemudian asingkan air timun tu dengan hampas timun.
- Amik air timun, campur dengan perahan lemon. Khas untuk kulit berminyak sahaja. Kalau kulit tak berminyak. Tak perlu lemon na.
- Masukkan dalam botol. Simpan dalam peti ais sebelum guna. Toner timun ni boleh bertahan 2 minggu kalau simpan dalam peti.
- Pakai sekali pagi dan sekali sebelah malam sebelum tidur. Lepas ni tak payah risau muka breakout lagi.
Sumber: Facebook Nauf Safuan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apa Resolusi Hijrah ‘Awal Muharam’ Hijabi Tahun Ini? Pastikan Diri Jadi Lebih Baik Dari Tahun Sebelumnya!
Bulan Muharram adalah permulaan bagi kalendar umat Islam mengikut kalendar hijrah. Awal Muharram atau Maal Hijrah menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah.
Tahun terjadinya peristiwa Hijrah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah (tahun 622 Masihi). Sedar atau tidak sedar esok kita akan melalui fasa tahun baharu Hijrah (Awal Muharram), apakah resolusi penghijrahan yang bakal kita lakukan pad atahun ini?
Mereka Yang Gagal Menjadi Lebih Baik Dari Tahun Sebelumnya, Tergolong Dalam Kalangan Orang Yang Rugi!
Hijrah bukan sahaja dari sudut material, malah menyeluruh meliputi fizikal dan rohani. Orang yang berjaya ialah mereka yang sentiasa melakukan perubahan dan penghijrahan diri untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.
Menurut Pendakwah terkenal dari Indonesia, al-fadhil Ustaz Abdul Somad Batubara berkata, umat Islam seharusnya berlumba-lumba kearah kebaikkan ketika hayat masih dikandung badan, ini kerana ajal boleh menjempt pada bila-bila masa.
Malah, tiada siapa yang mengetahui bila ajalnya akan tiba. Lebih malang lagi, jika mautmenjemput sebelum seseorang individu itu sempat bertaubat dan menucapkan dua kalimah syahadah.
Justeru, Ustaz Abdul Somad menasihatkan agar kita dapat memanfaatkan ketibaan Awal Muharram yang juga merupakan tahun baru Hijrah bagi seluruh umat Islam. Berazamlah untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik di sisi Allah, berbanding tahun hijrah sebelumnya.
Artikel berkaitan: Awal Muharram, Jangan Lupa Baca Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun
“Orang Islam yang beruntung ialah mereka yang dapat menjadikan dirinya lebih baik di sisi Allah berbanding tahun sebelumnya, manakala mereka yang tidak berubah adalah orang yang rugi.
“Sebaliknya, mereka yang menjadi lebih buruk di sisi Allah berbanding tahun sebelumnya adalah orang yang terlaknat,” katanya
Bacaan Doa Akhir Tahun 1443 Dan Bacaan Doa Awal Tahun 1444 Hijrah
Sudah menjadi kelaziman setiap kali berganti tahun Hijrah, masyarakat Islam akan memasang atau memperbaharui azam selain membaca doa akhir dan awal tahun Hijrah, malah ada yang menjadikan hari awal tahun Hijrah sebagai kewajipan untuk menetapkan satu matlamat baharu dalam kehidupan.
Sebagai makluman, doa akhir tahun dibaca ketika matahari hampir tenggelam pada hari terakhir bulan Zulhijah. Manakala doa awal tahun pula hendaklah dibaca selepas solat Maghrib iaitu setelah muncul anak bulan Muharam.
Sumber: KOSMO Online!
Artikel berkaitan: Hijrah Sebenar Ialah Tinggalkan Dosa, Tanam Azam Ubah Diri Jadi Lebih Baik
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI