Wanita dan telekung bukan satu perkara yang biasa, malahan sekarang mempunyai rekaan tudung yang pelbagai mengikut keselesaan. Harus diberi pujian mereka yang menitikberatkan penampilan dalam memenuhi ibadah.
Jika dahulu telekung hanya terkenal dengan warna putih, namun sekarang terdapat pelbagai warna dan corak boleh dikatakan salah satu item mesti beli pelengkap ibadah di bulan puasa. Namun ada juga masyarakat yang masih memerlukan tetapi tidak kita sedari.
Jangan dipandang sepi masyarakat ini, golongan yang terdapat di pencil kampung ini walaupun agak ketinggalan tetapi dari segi kelengkapan ibadahnya juga perlu dititik beratkan. Mereka juga ada yang beragama islam.
Umum diberi bantuan dari segi pelajaran dan penempatan, justeru kelengkapan ibadah mereka dipandang remeh. Mujur ada golongan kayangan yang baik hati. Terkandang kita lupa ibadah mereka sama seperti kita penganut islam tiada beza dari segi material melainkan tingkat ibadah kepadaNya.
Allahuakbar! sayu hati… Kalau sebelum ni, apa yang saya perhatikan bila saya sedekahkan telekung kepada orang, mereka menerima dengan gembira. Tapi kali ini, perasaan tu berbeza. Tangisan yang jujur dari hati. belum pernah saya melihat ada orang sebak apabila menerima hadiah telekung. Biasanya, orang yang dah berumur je yang paling excited dapat telekung.
Sedangkan adik Azura binti Anjau ni masih muda remaja Sejujurnya, airmata syukur adik Azura yang sebak mengalirkan titis air mata buat hati saya tersentuh. Saya tanya kepada dia, kenapa Azura sebak? Katanya dia sudah lama mengimpikan telekung yg cantik dan mewah, namun masih belum ada rezeki utk membelinya. Bila saya perhatikan, tudung yang dia pakai pun dah lusuh. Adik Azura kata lagi, biasanya sumbangan yg disalurkan kepada komuniti Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong, Selayang, berupa keperluan harian. Jadi, kali ini dia sangat teruja bila menerima hadiah telekung eksklusif dr Munawwareen.
Tentunya saya sebagai tulang belakang jenama Munawwareen berasa amat bersyukur. Semoga adik Azura rasa gembira setiap kali memakai telekung Munawwareen ketika menunaikan solat. Tanpa saya sedar, air mata yang cuba saya tahan jatuh juga bergenang ketika saya dalam perjalanan pulang. Saya bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dgn mereka yang memerlukan, kepada komuniti orang asli dan amat terharu apabila mereka menerima pemberian saya dengan hati yang terbuka.
Pada 20 April yang lalu, Munawwareen mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yg penuh barokah untuk mengadakan program infaq di Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong. Selain telekung, kami juga memberikan brgn keperluan dapur antaranya beras, susu, mihun, minyak masak dan mineral water kepada 40 keluarga yg menetap diperkampungan itu.
Kami ke sana dengan bantuan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Taman Templer. Kenapa perkampungan orag asli? Ini kerana kawasan penempatan komuniti ini jarang menjadi “hot spotted” atau mendapat perhatian untuk program infaq di bulan Ramadan. Biasanya progam infaq ini melibatkan anak-anak yatim, ibu tunggal, rumah org tua-tua, fakir miskin, OKU dan anak-anak tahfiz.
Kesempatan ini, tentunya dgn izin Allah SWT yg tlh menjentik hati saya utk meninjau kehidupan penduduk Kampung Orang Asli Bukit Lagong yang majoritinya (75%) beragama Islam. Sebahagian kecil saudara baru Muslim. Walaupun hanya terpisah 10 minit dari bandar Selayang, mereka ini kurang mendapat pendedahan mengenai Islam. Justeru kunjungan tempoh hari, saya bawakan khas AF Ustaz Riduan Zainal Abidin utk menyampaikan tazkirah berjudul “Cahaya Ramadan” kepada Muslimin & Muslimat yang hadir. Meskipun bukan dalam kapasiti yang besar, tetapi sumbangan diberi mengikut kemampuan yang kami ada.
Saya ingin menzahirkan rasa syukur, kerana Allah SWT tlh gerakkan anggota badan untuk kami melaksanakan ibadah yang disukai oleh-NYA, bahkan Rasulullah SAW iaitu bersedekah. Semoga pahala ini menjadi peneman di alam barzakh, dihitung sebagai amalan yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Amin YRA- kongsi