Kecantikan

Kelemumur Luruh Macam Salji? Doktor Ini Kongsi Penyebabnya & Pilihan Rawatan Yang Sesuai

Share

Kepingan halus putih seperti ‘salji’ yang hinggap di bahu antara petanda ketara anda mempunyai masalah kelemumur.Walaupun ia tidak berjangkit atau berbahaya, kehadiran kelemumur boleh menyebabkan seseorang kelihatan tidak kemas atau kurang bersih.

Dalam kebanyakan situasi, individu yang mengalami masalah kelemumur mudah berasa malu dan kurang keyakinan diri ketika berada di khalayak. Memelihara rambut daripada masalah kelemumur tidak sukar. Anda cuma perlu rajin. Jika anda bersikap sambil lewa dalam penjagaan rambut dan kulit kepala, ia menyebabkan kelemumur, rambut gugur dan bercabang.

Photo by Dellon Thomas from Pexels

Jika diperhatikan, kelemumur boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuk penjagaan kulit kepala dan rambut yang tidak teratur, penggunaan syampu berlebihan dan kulit kepala sensitif. Berikut perkongsian Dr.Iskandar Mirza

Anda ada masalah kelemumur? Banyak iklan syampu di televisyen, tetapi tidak berkesan? Rawatan apa yang terbaik?

 

BOLEH BUAT SESEORANG ITU KURANG KEYAKINAN DIRI

PERLUKAN SYAMPU YANG MENGANDUNGI UBAT 

AMBIL PERHATIAN BILA ADA SIMPTOM-SIMPTOM INI

INI PENYEBAB-PENYEBAB MASALAH KELEMUMUR

PILIHAN RAWATAN YANG BOLEH DILAKUKAN

 

HIJABISTA: Bagi wanita berhijab, anda perlu memberikan penjagaan tambahan pada rambut dan kulit kepala berbanding mereka yang tidak berhijab. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh yang lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu menyebabkan kelemumur yang serius.

Sumber kredit: Twitter Dr.Iskandar Mirza

 

Published by
Norhasliza